Salam kepada kesemua pengamal yang saya hormati sekelian....lama dah saya tak melihat-lihat disekeliling dan tup-tup dah ada macam-macam cerita dan pelbagai-bagai fitnah juga dah banyak tercetus yang ditujukan kepada Prof dari Golongan Orang yang Lemah Fikiran! (GOLF). Banyak nya masa mereka ye sehinggakan ada banyak masa terluang untuk berkata-kata! Jika kata-kata yang berunsur munafaat ok jugak tapi....aiseh man!....    

Masyaallah! Kenapa minda kita jadi kacau bilau? Tak pasal-pasal kutuk orang tu kutuk orang ni! Prof Mickey, Prof Dakyah dan macam-macam lagi! Tak baik mengutuk orang dengan niat nak mengaibkan orang tu! Ingat : - Segala gelombang perbuatan akan berputar kembali kepada si pemula perbuatan tu! Apakah rasionalnya disebalik mengondemkan dia (Prof)? Segala ilmu adalah milik Allah dan segala apa pun bentuk manusia yang masih bermasa berhak mendapatkan ilmu Allah itu! Berlandaskan kepada itu maka Prof juga berhak mendapat dan memberi ilmu-ilmu yang boleh diamalkan buat kebaikan dunia akhirat! Jika anda berasa tak berasas, maka gunakan akal, keluarlah sahaja dari jadi ahli pengamal CVT dan ikutlah rasa emosi anda itu tapi jangan merugikan diri kita sendiri dengan menabur pelbagai andaian!  

Syukur Alhamdullilah hingga ke hari ini Prof masih boleh tersenyum dan masih berupaya berfikir! Itulah ilmu yang sangat mahal - BERFIKIR yang akan menzahirkan frekuensi rendah dalam istilah fekuensi DELTA! Inilah ilmu yang harus kita ambil dan amalkan! Apa pun ilmu CVT dah pun mengajak kita berfikir, maka senantiasalah HENING, SABAR, IKHLAS dan REDHA! Semoga Allah akan memberikan taufiq dan hidayah buat kita semua serta keselamatan dunia akhirat, Insyaallah Ta'ala!  

Pada 29hb Nov 2011 saya tersentak dengan kandungan satu website yang menggelarkan dirinya Ustaz (gambar mereng kerana tak berani nak tunjukkan muka) menyatakan dengan lantangnya CVT, AURA SERI, CAKRA dan lain-lain perawatan yang seangkatan dengan nya adalah HARAM dan SYIRIK! Begitu juga dengan perawatan Islam Ustaz Harun Din, persilatan Cekak Hanafi, BSS dan banyak lagi...  Alasannya adalah itu ilmu dari Syaitan dan menggunakankan JIN! Ramai yang dah suruh dia report je kat JAKIM jika perawatan-perawatan seperti diatas HARAM dan SYIRIK! Tapi tak nak pulak! Tetiba sahaja saya teringatkan senikata lagu M.Nasir "Demi Masa" - "Engkau sering bermusuhan hanya tentang kebenaran sedang engkau masih keliru!"...... 

OMG! Saya begitu terpegun kerana tanpa beliau mengetahui  dahulu ilmu-ilmu yang dia tuduh itu dah jatuhkan HUKUM! Menurut beliau dalam botol AURA SERI (Prof Ibrahim) ada sejenis Jin yang akan memakbulkan 3 permintaan! Dari mana dia tahu dia tak kasi sokongan fakta! Yang tak begitu mengikut protokol adalah beliau tak nak bersemuka dengan Ketua-Ketua Pengasas yang dituduh tu! 

Soalan saya :- Kat mana nya pula CVT simpan JIN? Kat mana yang sesat? Pertama sekali JAKIM tak ada apa hal pun dengan perawatan CVT! Kalaulah dia betul-betul Ustaz dan berilmu pasti dia tidak akan sewenang-wenangnya menjatuhkan HUKUM suka-suka tanpa Dalil dan Nas yang kukuh! Kalau perawatan CVT dan yang lain-lain  bebas dari apa yang dia tuduh maka sudah pun terbentuk suatu FITNAH!  Check punya check beliau seorang perawat juga tapi dari perawatan konsep Islamic method! Tapi yang mengherankan saya, Perawatan Islamic yang lain juga tak dapat lari dari tuduhan HARAM dan SYIRIK  beliau juga umpama Ustaz Harun Din dan sebagainya! (garu kepala...)  

The moral of the story is :--  Apabila kita tak pernah memakan buah durian jangan lah sekali-sekali memberikan pandangan rasa buah itu dan mengambil jalan cantas dengan menggunakan kata-kata dari orang lain umpama Mat Saleh "The durians smell and taste horrible!"

Akhir sekali, tahniah dari kami PPCVT diatas kejayaan Prof kita meletakkan perawatan alaf komplementari ini ke tahap yang tinggi! Syllabus CVT telah berjaya di applikasikan di College of Medical Sciences di Bertam, Penang!  Nah! Jika Prof adalah dari golongan Professor Mickey kenapa pula pengajian CVT ini diiktiraf Pengajian Tinggi serta mendapat pengiktirafan Kerajaan? Tepuk dada Tanya selera! Salam Maju Jaya buat semua Dunia Akhirat! 


Wassalam

Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

Make a free website with Yola