KL 21 - Definasi diri

Definasi diri

 

Assalamualaikum WBT kpd sekelian sahabat2 prctnr sekelian. Alhamdullilah setinggi tinggi syukur kpd Allah SWT yang telah memberikan keizinan maka dpt lah kiranya kita berkongsi ilmu Nya bersama sama Insyaallah.

 

Ada pertanyaan dari sahabat kita “Apakah definasi diri dan ke mana kah destinasi diri selepas kita mati?”

 

Diri terbahagi kpd 2 iaitu Jasad dan Ruh. Mengapa ada 2 tak satu je? Jawapan nya adalah jika hanya Jasad sahaja maka tak akan hidup atau bernyawa dan bergerak seperti sekarang!  Maha Pencipta Allah SWT sememangnya meletakkan Ruh ke dalam Jasad agar ia bersesuian dan boleh menjalani kehidupan di muka bumi ini. Jadi kenapa pula tak hidupkan kita dlm bentuk Ruh sahaja dan terus kekal hidup di Syurga? Kerana Allah SWT sememangnya sudah pun menciptakan masadepan kita golongan keturunan anak cucu Adam a.s untuk di turunkan ke muka bumi ini! Allah sememangnya sudah pun tahu bahawa Adam dan Hawa akan melanggar perintahNya sewaktu di Syurga lagi…..cuba fikir, di dalam Syurga Adam dan Hawa masih memerlukan makanan? Kalau lah mereka di dalam bentuk Ruh tidak akan mungkin mereka akan tertarik dengan “panggilan” nafsu! Dengan lain perkataan Adam dan Hawa sudah pun di dalam bentuk 2x diri (jasad dan Ruh) sewaktu di Syurga lagi…..

 

Harus kita mengambil tahu Jasad berasal dari tanah maka tuntutan dari tanah juga yang akan menuntut pada kita! Makanan, minuman, hiburan dan sebagainya yang berlandasakan nafsu nafsi akan menebal di dalam diri kita! Kenapa? Kerana Jasad itu adalah “Hijab” yang sebenarnya sengaja Allah SWT melaburkan pada diri Jasad kita agar “panggilan” Ruh tertutup jika kita tidak memberatkan ke arah tersebut (Ruh)……

 

Jasad hanya akan lebih terhijab apabila kita mula terlena dgn keasyikkan yang dunia dpt berikan! Cuba tanya pada diri sendiri paling tidak pun pasti akan tergoda kita jika terlihat sesuatu yang akan merangsang kehendak Jasad kita. Maaf kata jika ia boleh memberikan suatu puji pujian, dapat membanggakan diri, dapat menonjolkan diri, dapat mencoretkan nama kita di mata masyarakat dan juga segala Qaramah dunia semata mata!

 

Ruh apa cerita? Ruh umpama tiada fungsi jika Jasad tidak “bersama”! Serious! Perbuatan Solat sahaja jika kita faham ia sbnrnya adalah untuk Jasad serta Ruh! Bgmana tu? Apabila kita berwudhuk, seharusnya kita menilai di sebalik perbuatan Syariah di sebalik Wudhuk itu! Jaga kata2, jaga dan kekang nafsu, jaga pandangan, jaga perbuatan, jaga pendengaran, sentiasa merendah hati (matikan sifat ego, sombong, bongkak dll), semoga segala “kekotoran” yg dtg nya dari 4 unsur iaitu Spiritual, Emosional, Mental dan Fisikal dapat di keluarkan keluar menerusi embun2 sewaktu Sujud nanti Insyaallah….Maka jika Solat itu benar2 di buat dgn keempat empat fahaman iaitu Syariat, Tariqat, Haqiqat dan Makrifat maka sempurna lah perbuatan Solat itu Insyaallah! Ada pandangan yang menyatakan jika Syariat di lakukan tanpa yang 3x tadi maka Sia2 lah (syirik)! Wallahualam! Haqiqat Solat telah pun saya sentuh dalam KL bab Solat buat yang nak tahu lebih lanjut Insyaallah ada saya terangkan di situ…..Maka di pendekkan cerita Jasad akan dpt mentumpatkan sel2 di dlm tubuh kita dan dlm erti kata lain sel2 ini sbnrnya “bercahaya” maka jika ia “bersatu” dlm ketumpatan maka keluarlah cahaya yg gemilang (Quantum)! Di situ juga maka “Hijab” akan mula terbuka iaitu “pintu komunikasi” di antara jasad dan Ruh!  

 

Sedikit cerita pendek bab Solat….

Solat sebenarnya memegang definasi “Bercerai” dan “Bersatu”! Hanya buat mereka yang menjalankan keempat empat unsur iaitu Syariat, Tariqat, Haqiqat dan Makrifat akan enggeh (faham) Insyaallah……

Bercerai – Siapakah kita ini? Apakah kita empunya diri ini? Pandangan, pendengaran, percakapan, perbuatan, makan minum, tidur? Tidur….bagaimana kita bernafas ketika tidur? Kita ke yang membuat segala kerja2 harian kita tu? Suatu peringkat nanti Allah akan menguji maka kita akan menjadi taksub, sombong bongkak dan sebagainya! Yeke kita yang “champion”? Fikir dalam2….tarik nafas…….jawapannya adalah No! No! No! Nanti Allah akan tanya pada kita “Siapakah kau? Bukan kah Aku Pencipta kamu?” Dan jawapan pada awal2 sebelum Penciptaan Ruh (sudah tercipta sebelum Jasad) kita sudah menjawab pada Allah short and sharp iaitu “Bah kan! Kau lah Pencipta kami!” Dan jawapan pada orang2 yang dah berkorban semata mata kerana diri akan berkata dengan bernohta “Kau lah Tuhan ku Ya Rabbi!”

Kalau dah tahu semua, maka wajib lah kita “lepaskan atau menceraikan” segala “sifat empunya” plus sifat super ego kita tu! Maka terdampar dan terlihatlah nanti Insyaallah sifat “dungu” dan “serba lemah” tiada apa2 pada diri kita ini nanti Insyaallah………

 

Bersatu – Selepas segala sifat2 yang ada pada kita telah kita serah semula pada Allah (keupayaan dan lain2 seperti di atas tadi) maka serahkan lah lagi segala yang ada pada diri kita ini kepada Dia (Allah) semata mata! Segala kata2, perbuatan2, senang kata kesemuanya adalah Allah semata maka nanti seperti mana Firman Allah “Suatu masa nanti Cakap engkau Cakap Aku, Dengar engkau Dengar Aku, Nampak engkau Nampak Aku, Tending engkau Tendang Aku! Minta lah apa sahaja permintaan nescaya akan Aku kabulkan permintaan kau!”  Penyerahan itulah sebenarnya istilah Solat kerana di dalam Penyerahan itu ada bercerai dan bersatu! Sebab itu nanti Allah SWT akan bertanya tentang Solat dan jika tidak lulus yang lain2 tidak akan di kira! Hadis Qudsi ada menyatakan “Tiada sah sembah kamu melainkan kamu kenal dahulu siapa yang di sembah!”    

 

Balik semula kita pada cerita diri Jasad….ia sememangnya mempunyai “tirai” atau “hijab” yang Allah letakkan atau laburkan pada diri jasad ini! Sesungguhnya wajib lah untuk kita “membuka hijab” tersebut demi Allah SWT, demi kasih sayang RahmatNya! Perjanjian atau sumpah janji kita dahulu pada Dia “Engkau lah kekasih ku awal dan akhir!”

 

Malangnya kita akan lebih cenderung pada “You know, I love you darling more than anything else in this world and the universe!”  Betul?  Yang lain pula “Aku akan dapat kan rumah besar tu dan akan beli kereta semewah mewahnya  dan  akan aku buat semua orang sujud tunduk pada aku!”  Habis lah! Dah nak jadi Firaun zaman berteknology tinggi ni!

 

Sahabat2 ku sekelian, jangan salah erti kata2 saya ini ye….boleh sahaja kita membeli segala galanya kerana itu adalah usaha murni kita semasa ada hayat jasad dan keringat kita! Cuma jangan sampai benda2 duniawi tadi tu “menghijab” kita maka gelaplah “cahaya atau Nur” pada diri kita dan akan menjauh lah kita pada Allah SWT! Sekarang ini Dunia pula memegang istilah “Bercerai” dan “Bersatu” tetapi dalam istilah Songsang iaitu tarikan pada harta dunia dan maka nafsu serakah akan bersatu dengan diri! Nauzubillah hi minzalik! Doa dan terus berdoa agar kita tidak di hijab dengan segala “lintasan2” duniawi ini Insyaallah Amin!

 

Sahabat2 ku sekelian,Diri zahir dan batin adalah milik Allah semata mata! Firman Allah “Wallahaulahwala kuwata’ illa billa hi aliyil azim!”  Dalam Hadis qudsi “Tiada bergerak walau sebesar zarah sekali pun sesuatu itu melainkan dengan izin Aku!”  

 

Apa yang dapat saya katakan Jagalah Air Wudhuk dan Solat kita! Itu adalah pembuka jalan (Tariqat) dalam mengenal diri…Banyak sekali dari kita apabila Solat, bacaan ayat2 suci itu kita baca seakan ayat2 tersebut kita yang punya! Betul?

 

Cuba lihat pertandingan nyanyian umpama Mentor atau AF. Juri akan katakan “Awk mcm menyanyi kat Pusat Karaoke! Takde feel langsung, saya tak rasa apa2 pun!”

Betul tu! Cuba bayangkan dalam solat kita pula yang mcm “berkaraoke!” Takde feel! Takde “penyerahan!” Takde “penyatuan!” Maknanya tidak ada istilah Nafi dan Isbat! Masyarakat umum akan kata susah lah saya tak boleh buat! Agree dengan disagree saya punya rasa! Kenapa segelintir pelakon2 drama atau filem boleh buat? Contoh Remy Ishak dah jadi “Ahmad Danish!” Watak berubah dari diri dia yang original! Betul? Begitu juga dengan Fazura….dari diri dia boleh jadi “Maisuri atau sesiapa sahaja!” Kenapa mereka boleh? Lebih kurang sama tetapi dalam istilah “kita dah takde atau dah tak wujud!” Boleh? Saya pasti semua akan boleh jika berkehendak kerana Allah SWT sendiri berjanji “Bersungguh sungguh lah kamu bermujahadah ke jalan Kami nescaya akan Kami tunjukkan kamu jalan Kami!”

 

Solat juga ramai yang rata2 belum ikhlas atau faham kenapa perlu buat! Yang umum tahu adalah kerana pahala! Buat Puasa juga Pahala, buat sedekah juga pahala, tolong menolong juga pahala! Persoalan nya di mana Allah SWT? Buat bukan kerana Dia? Kalau buat kerana Allah SWT, kenapa cari pahala? Tarik nafas…saya rasa ramai yang dah mula confuse! Hehehe…..Adeh apa kebenda ni? (dalam hati terkertik!) Yelah betul! Dari awal kita belajar bab rukun Solat, pahala dosa tiba2 je dengar buat bukan kerana pahala! Hehehe…..takpe, terpulang rasa hati anda ye jika keperluan itu yang awk cari. Nanti di suatu masa Insyaallah akan faham jua maksud saya ini ye! Amin!

 

Dalam Solat, istilah “pendekatan”, “penyerahan” adalah wajib barulah nanti “persatuan” akan terbentuk. Jika masih nampak diri kita seakan menyembah Allah SWT maka tanya lah pada diri sendiri adakah agama kita ini sama dengan agama2 lain selain Allah SWT iaitu ada penyembahan atau menganggongkan Tuhan? Perlu ke Allah di anggongkan? Kenapa Dia yang sudah Maha segala galanya, terduduk dengan puji pujian dan penyembahan dari hamba2 ciptaan Dia? Kalau itu terjadi maka lemah lah Zatullah! Lemah lah Dia seakan benda yang baru dijadikan yang masih memerlukan kata2 pujian, kata2 menganggongkan baru terzahir Kebesaran! Maka hanyut lah kita kalau ada fahaman sedemikian! Allah SWT tetap Agong,tetap Berkuasa, tetap Teguh, Tetap Kukuh…tetap dan tetap! “Cukup bagi Aku mengatakan Kun maka Fayakun lah ia!   “Tapi malaikat kan bertasbih utuk memuji Allah SWT?”  Ye benar itu tetapi anda tahu ke kenapa? CVT sudah memberikan ilmu iaitu gema Bunyi yang bertekanan tinggi berfrekuensi rendah akan menyerap dan menstabilkan segala gelombang2 buruk! Gelombang buruk? Siapa yang buat? Malaikat2 ke? Hisss! Kita lah! Dengan segala istilah Syirik, kelakuan dosa2 besar dan lain2! Tak cukup juga dengan itu Allah dengan RahmatNya memberikan pada umat Rasullullah SAW dengan Solat! Gema Azan dan bacaan2 ayat2 suci yg terzahir itu juga akan membantu menyerap dan menstabilkan alam! Bersyukurlah kita dengan Rahmat Allah itu! Soalan cepu emas - Pernah ke kita bersyukur? Insyaallah jika ratio orang2 yang beriman masih ramai dari yang tidak beriman maka stabil lah tempat mukim kita itu Insyaallah!

 

Apa akan terjadi jika kita tidak Berjaya mengenal diri dan kemana kah kita nanti?

 

Semua dari kita ini akan melalui proses transition iaitu alam kubur atau alam barzah. Di situ lah nanti adakah kita akan “tidur” sehingga hari berbangkit atau pun “tak boleh tidur” kena belasah dengan utusan2 Allah SWT sampai hari berbangkit! Pilih yang mana satu! Peringatan : Jangan sekali2 beranggapan dengan cukup Solat tak tinggal, Puasa tak pernah miss, Zakat tak pernah lupa, Umrah dah berkali kali dan dah buat Haji, kita akan bersenang lenang nanti di akhirat! No! No! No! Kita dah sentuh bab Syariat, Tariqat, Haqiqat dan Makrifat…..jika kita hanya menitik beratkan Syariat, kaji lah semula! Jika pahala lah yang kita harapkan nanti di sana jangan hampa dan tertunduk malu di depan Allah Azawajallah!  

 

Firman Allah ta’ala, “Mereka di dalamnya (syurga) memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami (ada) tambahannya (melihat wajah Allah ta’ala).” (QS. Qaaf:35).

 

Kita datang dari Allah dan pada Allah lah kita kembali dan sudah semestinya sentiasa bersama! Sudah di katakan Allah dan Muhamad tidak dapat di pisahkan!

Dalam sebuah Hadis Qudsi, Allah berfirman :   “Aku Ciptakan segala sesuatu untukmu  dan Aku Ciptakan dirimu untuk-Ku! Tanpa mu Wahai Muhammad (Nur), Aku tidak Ciptakan Alam Semesta”

 

Sahabat2 ku sekelian…ketahuilah masa hanya tinggal sejengkal sahaja! Dari perkiraan yang berilmu Imam Mahdi dah hampir sangat akan memunculkan diri Insyaallah. Dajjal juga akan muncul dan turunnya Nabi Isa a.s, Yakjuj dan Makjuj,  Al-Jassasah, Dabbah dan pelbagai lagi yang sudah terlalu hampir mendatang dan hanya Allah SWT sahaja yang tahu bila! Peringatan :- JANGAN LOCK bab ini!

 

Marilah kita mempercepatkan atau mendapatkan dengan segera pengetahuan untuk mengenal diri dan Diri! Jangan sampai tak berjaya! Sama2lah kita berdoa agar Allah SWT memberikan jalan dan pengetahuan untuk “sampai” dan “bersama” Amin!

 

Peringatan lagi :- Jangan hanya sampai pada peringkat Hypothesis! Ia adalah fakta berlandaskan rasa yang teramat sukar untuk di terjemahkan dengan kata2 fahaman biasa….

 

Wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamualaikum Warah matullah hi wabarakatu…..!

17hb Jan 2019 Khamis


Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

 

Make a free website with Yola