Persepsi Masa II


Assalamualaikum WBT kpd semua sahabat2 Prctnr sekelian....

Sebelum saya teruskan penulisan ini harapan dari saya adalah JANGAN skali2 menganggap cerita saya ini adalah untuk menunjuk nunjuk atau bermegah hati kononnya, kononnya...dan lagi dan lagi!  Tidak sama sekali Insyaallah....! Cuba rasakan “Vibration” penulisan ini.....Kalau dapat ingin sekali saya sparring dgn anda semua bercerita dgn “Rahsia diri dan Diri” bersama sama! Insyaallah suatu masa nanti kita beramai ramai mgkn kat PB Chalet Cikgu kita Ngobrol bab2 ini dgn “rasa!” Semoga kisah2 ini menjadi pedoman /tips/ pemangkin buat mereka yang serious “berjalan” Insyaallah!

Baik lah  saya akan sambung lagi kisah2 “penempuhan” bersama rakan2 seperjuangan dahulu bersama guru saya Wak Kang Insyaallah...

Suatu ketika dahulu, kami ada membeli tanah di Pontian sebesar 4 Ekar. Cita2 Wak Kang adalah ketika itu adalah untuk membina suatu tempat yang sesuai utk di jadikan “Latihan jalan mengenal diri!”....Maka kami pun bersama sama mengumpul dana, masuk tabung dan Alhamdullilah dapat membeli tanah tersebut dan juga alat2 binaan rumah untuk di jadikan seakan “Sekolah” untuk kami semua!

Teringat saya ada satu ketika (malam) saya dan Khalid hendak ke sini (Pontian) kerana Wak Kang dah sampai dahulu pada sebelah siang untuk menaikkan membina rumah yang di cadang. Khalid brthu saya suruh pergi dahulu kerana dia ada urusan dan mgkn lambat ke sana maka saya bersendirian menempuh malam ke Pontian menaiki “Kuda besi!”

Sampai ke sana hanya satu lampu putih yg di hidupkan dan saya tertanya tanya mana si Wak Kang ni....ada dalam 5 minit saya “tawaf” cari dia tak jumpa2 sambil teriak nama dia....dalam hati...”Mana si Kang ni!” Dengan hampanya saya melihat lihat lah ke arah kegelapan yang gelap pekat sambil tertanya tanya.....tanpa saya sedari si Wak Kang ni tepuk saya dari belakang! “Oi! Aku panggil kau dari tadi kau tak dengar2!” Saya dgn terperanjat beruk terus berkata “Eh! Saya dah tawaf keliling kawasan dalam dan luar tak Nampak pun!” Kang pun jawab “Hiss...aku ada panggil lah, tgh sibuk buat kerja dengan “kawan2” aku ni!”....Dalam hati saya kawan yg mana satu ni! Nampak dia sorang je! Dia teruskan perbualan lagi “Tadi tgh buat framework! Aku suruh dorang bancuh simen, naikkan besi semua! Nak harap korang semua, jawabnya tahun depan baru siap!” Saya hanya tertanya tanya dalam minda sendiri...Aduh...Ini mesti Jin2 lah ni...Wallahualam....!

Lebih kurang dalam jam 2 pagi kami pun berihat tidur, saya bermimpi bertemu dgn sesaorang gadis yang sgnt ayu jelita datang terus sorongkan kepala saya ke atas peha dia. Astarfirullah...terkedu ketika itu dan nasib baik lah dapat “perhati diri dan Diri” ketika itu...dgn secepat kilat perempuan itu bertukar bentuk menjadi “Langsuir!” Tersedar saya terus ketika itu dan melihat jam dalam pukul 3pagi....

Keesokkan pagi saya brthu kpd Kang dan dia terus berkata “Itulah dugaan kau! Jika kau sangkut semalam hancurlah perjalanan kau! Akan datang lagi yang lebih hebat utk mengganggu perjalanan Tariqat kau sebelum kau akan menuju kepada Haqiqat rasa. Nanti jika berjaya lagi maka naik lah kau ke “Rahsia Makrifat!” Maka kenal lah engkau akan Tuhan! Barulah kau akan Nampak “taman” yang telah kau bina selama ini....”Kenderaan” itu sebenarnya adalah diri kau sendiri yang akan membawa apa yang telah kau ciptakan semasa berjasad ini! Ingat, bersih kan “Tong taik!” Pukul hingga bersih.....! Itulah kata2 hikmat dari Guru saya yang masih saya ingat hingga ke hari ini Insyaallah....

Wak Kang pernah juga berpesan pada kami ““Solat” jangan tinggal walau sesaat kerana tatkala korang “tak beringat” dalam sekelip mata sahaja hati korang akan berpaling dari Dia!” “Haqiqat dunia adalah menarik bagi pandangan mata kasar! Tetapi “mata” Ruh hanya tetarik pada “pandangan sejati!” “Korang pilih nak yang mana!”

Sewaktu belajar dahulu dgn Wak Kang ni byk juga bermimpi yang aneh2! Yang saya masih teringat juga adalah ketika saya bermimpi “menelan” Ayatul Fateha! Kononnya saya berdepan dgn Kang dan dia suruh saya baca Surah Alfateha...Saya pun membaca dan menelan ayat tersebut! Dalam mimpi tu, ayat2 tersebut berjalan/bergerak dari tenggorok terus ke bahagian2 lain tubuh saya! Keesokkan hari biasalah saya bertanya pada Kang (sekarang dah berani byk bertanya sikit pd Guru krn dah lama dgn dia) dan Kang pun menjawab...”Ayat2 itu harus di hayati kerana ia hidup dan harus “dihidupkan!” Jika tidak ayat2 itu tinggal kata2 yang kosong dan tidak memberi munafaat apa2 pun pada si pembaca! Kalau dalam istilah CVT, setiap ayat2 suci Al-Quran itu sememangnya ada “Vibration” yang akan memberi kemunafaatan buat si pembaca tersebut tetapi jika tidak di hayati memang betul ia “kosong” tak ada  "jiwa", tak ada “vibration!” langsung, hampa.....!

Walau pun masa telah berlalu jauh meninggal kan yang dahulu, jasa baik Guru saya Wak Kang ini serta rakan saya Md Khalid tetap saya kenang Insyaallah...begitu juga dgn Guru2 yang lainnya sprti Allahyarham Pak Suni Wakil Guru SSG, Allahyarham Wakil Guru BSS Wak Marsom, Allahyarham Ustaz Syed Al Jufri Alsagoff, Allahyarhamah ibu saya yang sebenarnya ada juga belajar Tasauf ni tapi sayangnya hanya mgkn belum dapat betul2 menyelam ke dasar “lautan cinta” yang “berapi!” Tapi tak apa Insyaallah anak mu ini dgn izinNya akan meneruskan perjuangan ini demi Dia dan mudah2an Insyaallah kedua mak dan bapak akan tersenyum Insyaallah Amin! Inilah guru2 ku pencetus bagi diri utk mendapatkan Diri, mengenal diri dan Diri dalam Rahsia Cinta Abadi yang harus kita pikul dan buktikan pada Haqiqat sebenar siapakah kita yang sebenar benarnya pada Dia!!! Berat sebenarnya! Saya tidak berbohong! Nanti di depan Allah maka terkedu tak keluar apa pun dari diri kita kerana Haqiqat yang sebenarnya kita tak buat!!! Dua kalimah Syahadat itu sungguh besar erti maksud dan maknanya....sebab itu akan di tanya dahulu dari soalan2 yang lain kerana jika tak lulus yang lain2 tidak akan di kira nanti di Padang Mahsyar!

Insyaallah lain kali sambung lagi banyak cerita lagi kalau nak cerita.....Insyaallah dgn izinNya saya akan tulis lagi....

Oh ye...baca lah jika terasa ia boleh di baca dan tinggal kan sahaja jika rasa tak boleh baca kerana ia adalah utk saya berulang baca utk saya jua Insyaallah......!


Wassalam... 

Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham       

    

Make a free website with Yola