3RD KL - SUATU CORETAN BUAT KITA SEMUA......


Bismillahirahmannirrahim.....

 

Kehidupan merupakan suatu persepsi dalam rahsia masa. Tatkala kita di “ikat” oleh dunia maka terlupalah akan asal usul serta amanah kehidupan yang sebenar.....! Haqiqat adanya Hijab maka Kabur lah “pandangan” kerana setiap yang di pandang adalah pada “luaran” yang terzahir semata-mata! Maka “Buta” lah mata pandangan tersebut di dalam Hijab itu sendiri! Maka merugilah kita selama kehidupan di muka bumi yang fana ini.......! Astarfirrullah hal azimmm!

 

Hijab adalah sebesar besar penghalang atau pun penghadang dari “Pandangan yang Sejati” dalam rahsia Allah SWT....! Firman Allah “Di mana sahaja hadap kamu di situ wujud Allah semata-mata!” Maka persoalannya adalah Nampak tak kita? Tanya pada diri kita dah berapa tahun lamanya kita hidup di dunia ini? Tak pernah Nampak apa-apa ke? Mungkin sekali sekala seperti Gerhana bulan yg baru lepas maka ramai yang bertakbir “Allah hu Akhbar!” Ada yang menitis nitis airmata kerana “Nampak kebesaran!” Alhamdullilah! Tetapi apabila berkata secara jujur, selepas beberapa hari maka rasa yang tercipta tadi tu mula perlahan lahan pudar.....betul tak? Bila di sentakkan lagi mungkin ada Awan yang terbentuk nama Allah maka mula beringat balik....! Betul ye! Maka kalau di kaji kita lebih kurang sama je dengan kaum-kaum sebelum ini....! Bila ada Nabi dan Rasul baru nak ingat! Itu pun Nabi atau Rasul lewat sejenak tidak bersama kaum-kaum tersebut terus Alpa! Adeh! Bila agaknya kita dapat kekalkan “Rasa” ye?

 

Saya begitu tersentuh hati untuk menulis kerana telah menerima berita pemergian abadi adik seorang sahabat kita. Muda sangat lagi! Maka ia memberikan kita pengetahuan bahawa umur tidak semestinya panjang, kita tidak semestinya berkahwin, beranak pinak, tidak pula bercucu cicit baru nak di jemput Pencipta! Allah telah memperhalusi segalanya dalam rahsia Dia semata mata! Maknanya bila-bila masa sahaja kita boleh di ambil bertemu dengan Pencipta tercinta! Tetapi alangkah malangnya kita tidak pernah ambil pusing dan membiarkan masa berlalu tanpa batasan! Hisss! Amat bahaya sahabat-sahabat sekelian.....! Ingatlah bahawa jasad hanya sekali sahaja di pinjamkan untuk buat rakaman (amal kebaikan atau sebaliknya) sebelum kita bertukar alam! Selepas itu dah tak boleh rakam apa-apa lagi...! Ingatlah 1 hari di sana bersamaan dengan 1000 hari di dunia ini...! Yang dah tahap faham akan tahu maknanya masa sudah Resonans! Jadi diri kita pula bila nak Resonans?

 

Pengetahuan demi pengetahuan kita mengambil tahu tetapi amat sedikit yang di amalkan....! Ilmu itu adalah untuk di amalkan dan bukan sekali-sekali untuk di pertontonkan! Takde gunanya.....orang akan memuji ilmu anda tetapi apa bakti atau pun kelebihan puji pujian itu dapat berikan pada kita pada haqiqat yang sebenarnya? Maka akan hanyut lah kita dalam puji pujian yang sebenarnya Hijab yang akan “menjauhkan” lagi dari “Kebenaran Haq” yang sebenarnya......! Terlena lagi lah kita dalam rahsia dunia yang “menarik” kita ke dalam alam fana yang penuh dengan tipu daya....!

 

Kita “hidup” di dalam kalungan Laillahaillah Muhammadarasullulah! Malangnya ia tertutup oleh Hijab hitam legam yang tidak memberi ruang langsung bagi Nur itu “keluar!” Bertahun demi tahun bertambah lagi “kekuatan” hijab tersebut menjauhkan lagi kita dari “Kebenaran!” Ego, takkabur, riak dan sombong adalah intipati Hijab tersebut! Segala apa Air wudhuk “nak sampaikan” tak sampai-sampai! Habissss lah kita! Nauzubillah himinzalik!!! Astarfirrullah hal azimmmm......!

 

Tatkala sampai pada saat dan ketika, Hijab di buka maka terbeliak biji mata kita dan terlopong lah mulut di lihatkan akan “Kenyataan Kebesaran!” Pada saat ketika itu sungguh sedih dan pilu kerana “Dunia sudah kiamat!” Hijab yang meliputi pada “Diri” punar sudah........jika yang telah Bersaksi Alhamdullilah! Tetapi buat yang tak pernah “kenal” ketika itu sangat-sangat gelisah, cemas dan amat sekali takut untuk menghadapi peringkat selanjutnya.......! Gambaran kenyataan ini banyak ada di dalam Al-Quran dan Hadis Shahih.....ia bukan guruan Maharaja Lawak Mega atau Super spontan! Ini bukan Cubaan tapi Betul Betul!!!!

 

Maka sahabat-sahabat sekelian yang amat saya kasihi cepat-cepatlah! Kita dah terlalu lambat kerana masa hanya tinggal sekerat sahaja lagi....sesungguhnya Jangan lagi buang Masa! Ingat, Ingat dan terus Ingat pada Allah SWT........! Esok lusa kita akan pasti menyahut panggilan dari Pencipta Abadi! Sayangi diri kita..... Jangan terlambat!

 

Senantiasa berdoa agar kita senantiasa di beri Taufiq dan Hidayah selamanya Insyaallah agar senantiasa kita beringat, ghairah untuk terus bertaqwa agar Sentosa selamanya Dunia akhirat Insyaallah Aminnnnnnn!

 

Sembah salam penuh kemaafan dari saya buat sahabat-sahabat sekelian.....! Salam Maju jaya dunia akhirat Insyaallah Amin Ya Rabbal Alamin......!        

 

Hakcipta Pusat Rawatan CVT ILHAM.


  

Lirik lagu cinta mu - Rahimah Rahim

Cintamu Bagai Embun Yang Terhampar Di Halaman
Cintaku Bagai Pantai Yang Terbiar Kerinduan
Cintamu Seketika
Cintaku Selamanya
Antara Kita Kini Yang Tertinggal Penyesalan

Cintamu Pernah Bagai Dian Menerangi Hati
Cintaku Muzik Indah Menghiasi Kamar Sepi
Cintamu Kehangatan
Cintaku Kejujuran
Tercabar Di Batasan ini Keimanan

Sayang Kau Ulang Kata-kata Sayang
Mesra Kau Bisikkan Kata Cinta
Tapi Renungan Matamu Menyatakan
Segala Rayuan Kepalsuan

Cintamu Bagai Embun Yang Terhampar Di Halaman
Cintaku Bagai Pantai Yang Terbiar Kerinduan
Cintamu Seketika
Cintaku Selamanya
Terpisah Kita Oleh Kenyataan

(balikkan fahaman maksud kepada diri sendiri....)

Make a free website with Yola