KL13 – Persepsi Masa V.

Bismillahirahmanirrahim....

Sewaktu kami belajar dahulu, pelbagai bagai cara yang kami masing2 buat. Saya sendiri senantiasa berusaha berlatih utk “mendapatkan rasa” Nafi dan Isbat Insyaallah. Setiap apa yang saya terlihat dan pandang akan saya cuba berusaha untuk “leburkan” pandangan itu iaitu “kembali” kepada Pencipta! Saya cuba berlatih dari melihat persekitaran, pemandangan, manusia, haiwan tak kira apa, saya akan tetap cuba “mematikan” mereka ini dalam “pandangan sejati” Insyaallah! Ia ibarat suatu “peperangan!” Jika kita menang maka Insyaallah “lebur lah” apa yg di lihat itu di dalam Kebesaran Dia semata mata tetapi jika kita kalah maka akan “terpaut” lah pula kita dengan segala hijab2 yg di bawa oleh “lintasan2” tersebut maka “hanyut” lah kita pada tipu daya “lintasan2” ini dan terhijab lah lagi hati nurani kita pada Haq yg sebenar! Nauzubillah hi min zalik! Inilah “perjuangan” atau pun “pengorbanan” besar tahap pertama yang sangat penting yang harus kita buat pada diri (Nafi dan Isbat)....Lillahitaala! 

Ingat pesanan saya ini...ia bukan Teori atau istilah Hypothesis! Tidak sama sekali...ia bukan sebegitu! Macam mana saya nak kata sukar! Ye memang sangat2 sukar kerana ia melibatkan “rasa” umpama jika kita pernah merasa durian maka apabila kita berbual tentang durian semua yang pernah makan durian akan ada “rasa” yang sama! Jika pernah melihat bulan maka kita akan bicara bahasa yang sama! Jika pernah mandi laut maka kita akan bercerita dengan “rasa” bagaimana ketika mandi dalam air laut tersebut! Yang mendengar dan pernah mandi laut akan enggeh (angguk) setuju dengan “rasa” yang sama juga!

Saya berlatih sehingga suatu ketika saya bersolat Jumaat di dalam sebuah masjid bersama Arwah Bapak saya. Sy cuba praktikkan “Nafi dan Isbat” dalam Solat Jemaah tersebut...Masyaallah! Imam “hilang” dan kesemua yg hadir “hilang” juga! Yang ada hanya Dia dan saya “mendengar” dalam “diam” di lihatkan dengan “Kebesaran” semata mata! Saya cuba lagi sehingga saya juga “hilang” dalam wujud Dia sahaja! Allah Hu Akhbar! Macam mana saya nak adakan kata2 fahaman bagaimana ketika itu “rasa ketika bersama”?. Ibarat Lagu Penghujung Rindu.... “Seribu tahun takkan sama, sesaat bersatu dalam Nyata!” Ya Rabbi sungguh Nikmat yang tidak terkata dengan kata2...................

“maka gementarlah hati nurani dalam gemalai tari yg sangat asyik bernada irama Cinta rayuan kasih tanpa batasan, tanpa halangan, tanpa hadangan....tiada, tiada, tiada! Hanyut dalam keasyikkan dalam Lautan berahi tiada bertepian, suci sejati dalam pelukan rindu di buai asmara....”

Walau bagaimana pun sahabat2 ku sekelian...ini bukan beerti saya dah “Game!” Rakan saya Md Khalid pernah kata yg dia dah “game!” Maksud game itu kita dah “masuk” ke dalam istilah “lorong2 atau jalan2” mengenal diri! Ia tak akan pernah “game” bila “berjalan” menuju kepada Pencipta! 

Suatu ketika saya dengan tidak sengaja hendak cuba2 jika mendengar lagu2 yang ada bersangkut paut dalam “Jalan mengenal diri” ini. Saya mendengar lagu M.Nasir Demi Masa.....Saya praktikkan cara yang sama....Keputusannya sama seperti di masjid tu......M.Nasir “lebur”....Dia yang Wujud dan berkata pada kesemua hamba2Nya, dengan perintah dan amaran demi kebaikan diri! Aduh...maka betullah Firman Allah “Di mana sahaja hadap kamu di situ wujud Allah semata mata!”.....barulah betul2 faham kata2 Kang...”Kalau tak nafi dan isbat selagi itulah pandangan korang kosong belaka!” Sampai ke hari ini, lagu2 seperti ini adalah menjadi “rakan sparring” saya! Syiok ohhh!

Cuba lihat dan perhatikan betul2 senikata lagu ini :-

M NASIR DEMI MASA

Aku telah melihatnya, aku telah mendengarnya
Tak perlu engkau kejutkan aku
Tidakkah kau mengerti, hidupmu dalam teka-teki
Mencari kebenaran
Yang sedikit tapi payah, jika kau mengejar yang lain
Merindui kilauan emas, tapi alpa dengan yang mencipta
Demi masa, manusia sentiasa dalam rugi
Melainkan mereka yang tahu

Engkau sering bermusuhan, hanya tentang kebenaran
Sedang engkau masih keliru
Bagaimanapun jua, engkau mesti berjalan
Walau harus tersesat dan luka
Dan berpindahlah engkau insan, dalam putaran hidup ini
Hingga saatnya kau bertemu, dalam satu pertemuan yang sejahtera
Hanya mimpi, kata mereka yang rugi
Hanya mimpi, mereka tak mahu mengerti
Dan tak peduli

Jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi
Ku harap kau memahami keadaan ku dan mungkin kau ingin bersama Ku
Bersama bermimpi dalam Kenyataan yang Satu

Semakin mendalam hanya Aku yang tahu
Perasaan hati nurani
Mungkin kau kan bertanya, Siapakah dirimu
Apakah destinasimu
Apakah ada yang lain, dari pegangan mu yang ada
Atau mungkin perjalananmu tamat di sini dan tiada lagi
Hanya mimpi, kata mereka yang rugi
Hanya mimpi, mereka tak mahu percaya
Dan tak mengerti.

Jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi
Ku harap kau memahami keadaan ku dan mungkin kau ingin bersama
Bersama bermimpi dalam kenyataan yang Satu....

Selepas itu saya juga mula rajin membaca Buku2 yang ada maksud yang sama dalam hal mencari identity diri dan mengenal akan diri. Macam2 jugak di baca seperti “Mengenal diri dan Wali Allah”, “Haqiqat Insan – Tok Kenali”, “Mengenal Diri – Tok Kenali”, “Melihat Allah”.

Buku “Melihat Allah”  ini Syiok sangat di baca sehingga kan saya bermimpi bertemu dengan Penulis buku ini! Dalam mimpi itu kononnya saya sedang berjalan di daerah rumah arwah ibubapa saya. Saya berjalan dan terus berjalan, korner sana korner sini tiba2 saya termasuk ke dalam satu kawasan asing sangat! Saya terlihat ada seakan macam Masjid tetapi ia di perbuat dari kaca (tembus nampak). Depan pintu masuk masjid itu kat atas pintu gerbang masuk ada gambar si penulis tu tetapi ia seakan hidup (macam cerita Harry Porter, gambar bergerak gerak). Dan di kedua tepi pintu masuk masjid tu ada tertera dalam bahasa Arab “Asma” sebelah kanan pintu dan “Af’al” pada sebelah pintu kiri....Penulis ni memandang pada saya dan mengukirkan suatu senyuman yang berunsur telepati dan dengan spontan saya dapat menerima “isyarat” maksud tersebut! Saya hanya ringkaskan lah ye...”Matikan sifat, perbuatan dan pandangan” kau di dalam Kebesaran Allah semata mata baru kau layak masuk ke dalam “Taman Sejati” hanyut di dalam “lautan Cinta Berahi!” seperti aku ini!  Aduhhh.....maka tersenyum lah saya selepas tersedar dan fahamlah saya bagaimana cara untuk teruskan lagi perjuangan diri saya ini Insyaallah iaitu sentiasa di dalam “wudhuk!”!

Cerita bab mimpi ni seingat saya pernah bermimpi bertemu dgn M.Nasir, pernah bermimpi bertemu dengan Nabi Allah Isa a.s. bersama 2 sahabat dia....dalam mimpi tu, Nabi Isa sedang menangis di atas satu kuburan di temani 2 orang sahabat beliau (berdiri) yang juga sedang dalam keadaan sedih. Saya masih ingat lagi pakaian mereka seakan zaman pemerintahan Rome...mereka memakai “Robe”....Dalam mimpi tu saya bertanya pada Nabi Isa dan dia menjawab dalam “Rahsia Telepati”....”Aku tak pernah mengajar umat2 aku untuk menyembah aku sebagai Tuhan! Mereka menyangka aku dah mati bersama sama dengan segala dosa dan noda2 mereka! Apa lah nanti akan aku perkatakan pada Allah SWT! Malu diri aku ini di depan Allah Azawajallah!”

Saya pernah bermimpi juga di masukkan di dalam zaman Rasullullah SAW! Saya tidak bertemu dengan Baginda tetapi seakan ada di dalam zaman sewaktu baginda sedang menyampaikan fahaman Islam pada golongan kafirin!  Sangat sukar dan bahaya! Baginda sebenarnya bertarungkan nyawa untuk menyampaikan amanat Allah pada keseluruhan manusia yang rata2 sedang dalam kekafiran dan sangat sukar untuk menerima Islam ketika itu!  Sebab itu lah dalam hemah saya Rasullullah di berikan pelbagai keistimewaan kalau di bandingkan dengan Nabi dan Rasul yg lain2 dan sememangnya kesabaran Baginda memang high class! Kesemua Nabi dan Rasul sudah menggunakan Doa buat umat2 mereka tetapi Rasullullah menyimpan tak nak gunakan walau pun kepala beliau pernah berdarah dek kena hentam dengan batu dan pelbagai fitnah hasutan, pakatan untuk di bunuh dan sebagainya....Baginda simpan doa tersebut untuk kita umat2nya nanti di sana! Masyaallah!

  Firman ALLAH dalam surah al-Ahzab ayat 21 (33 : 21), yang bermaksud,

"Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah merupakan contoh tauladan yang begitu baik untuk mereka yang mengkehendaki ALLAH dan Hari Akhirat."

“Tidaklah Kami mengutusmu (Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”  [Al-Anbiyâ’21:107].


Dalam mencari perjalanan hidup di muka bumi yg fana ini maka pelbagai tempuhan pengalaman kehidupan yg akan di hadapi oleh kesemua dari kita manusia ini. Ada yg di lahirkan dalam istilah “Spoon fed with a Golden Spoon!” Ada yg di lahirkan cacat. Ada yg di lahirkan dalam keadaan daif dan pelbagai lagi....Tanya pada diri...adil ke?

Dari semua sudut perspektif maka kita akan terlihat ketidak adilan! Betul? Kalau anda di lahirkan di dalam keluarga yg makan guna Sudu Emas, woww! Beruntung! Betul? Tapi jika di lahirkan sebaliknya? Woooh Rugi? Begitu???

Cuba pula pandang dari satu sudut perspective  sahaja....maka sebenar benarnya Allah lah yang Maha mengetahui segalanya! Ada untung dan rugi nya! Dan jika di ambil kira sebetul betulnya kesemua dari kita ini harus rasa bersyukur kerana dengan di lahirkan sedemikian maka kita akan Berjaya kehidupan Dunia dan Akhirat, Insyaallah! Itu pun jika diri di dalam keimanan yg sejati!  Mungkin sahaja hanya segelintir dari kita yg akan gagal kerana...kerana apa...tidak lain dan tidak bukan MALAS dan lebih rela serah pada TAKDIR tanpa ikhtiar! Betul?

Walau bagaimana pun...ingatlah....Bukan senang nanti nak “leburkan” segala kesenangan yg sangat mudah mendatang...dan amat dekat buat yg sentiasa dalam kedaifan memanjatkan doa dengan ikhlas dalam rintihan yg ikhlas pada Pencipta! Wallahualam......Ibarat Prof kita pernah katakan

“Kehidupan di dunia ini adalah Illusi semata mata.......kehidupan di Akhirat sememangnya Kekal kerana Masa telah Resonan! ”   

Maka sahabat2 ku sekelian, sekali lagi ingin saya memperingatkan pd diri sy sndri dan diri sahabat2 sekelian yg di kasihi MASA amat singkat sekali! Perbanyak kan melihat akan diri yg sememangnya memegang Masa itu! (Tiada diri tiada lah masa).  Jaga Air Wudhuk, Jaga Solat dan jaga diri jangan menganiaya diri sendiri! Jangan sampai tercipta diri menjadi Haiwan! Astarfirullah hal azimmmm....! Maka merugilah nanti kerana masa tidak boleh di balikkan! Masa berjalan seperti “Diode” iaitu sehala sahaja! Jadi fikirkan lah duhai sahabat2 ku sekelian....Buatkan amalan selepas Solat iaitu melihat pd diri kita ini masih kah ada tertinggal kesilapan2 besar atau pun kecil? Buat sebagai amalan utama iaitu Solat Taubah Nasuha! Ia bagaikan satu “tahap pertama” kerana jika di terima baru boleh cerita yg lain2 Insyaallah! Kalau dapat, buat lah Solat Sepertiga Malam...Ingat lah kesilapan2 kita masih menanti untuk di “Neutralkan”  kerana Hati masih bergelumang dengan Hasat dan sebagainya...kalau berterusan Hijab akan terus tertutup! Nauzubillah hi min zalik!

Sahabat2 ku sekelian....marilah kita bersama sama memandang pada diri... Adakah masih ada sifat keakuan yang masih “aktif?” Mungkin kita tidak perasan “keaktifannya!” Ingat akan wudhuk (menyuci tengkuk iaitu merendah diri).....buang sifat tersebut (keakuan) dan kembalikan pada Haq! Tak rugi sesen pun! Percayalah! Kenapa mesti ada sifat “tinggi diri”, sombong diri serta iri hati dan sebagainya...ini semua adalah hijab semata mata yang menjalankan perintah Allah SWT sebenarnya.....! Jangan terhijab dengan ini semua! “Lepaskan” lah ia....kembali serah pada Dia.......!

Kita berhenti seketika....*Apa pun duhai sahabat2 sekelian, apa pun yg di zahirkan di sini adalah kerana Diri untuk diri...Bacalah jika anda berasa boleh di baca dan tinggal kan sahaja jika anda berasa tak boleh terima....kerana yg tertulis sebenarnya adalah dari saya untuk saya, berulang baca untuk saya jua...Insyaallah!

*(Adapun ilmu hakikat atau ilmu tasauf memang tidak boleh disiarkan kecuali kepada orang yang menginginkannya. Memberikan dan mengajarkan ilmu hakikat kepada yang bukan ahlinya ditakuti jadi fitnah disebabkan pemikiran otak sebahagian manusia ini tidak sampai mendalami ke lubuk dasarnya yaitu ilmu Allah Ta’ala. Ibarat kayu di hutan tidak sama tingginya, air di laut tidak sama dalamnya, dan tanah di bumi tidak sama ratanya, demikian halnya dengan manusia – petikan dari seorang Hamba Allah.)

Sekian dahulu....semoga bertemu lagi Insyaallah.....

Buat renungan bersama :-


Artinya: “Aku jadikan dalam rongga anak Adam itu mahligai dan dalam mahligai itu ada dada dan dalam dada itu ada hati (qalbu) namanya dan dalam hati (qalbu) ada mata hati (fuad) dan dalam mata hati (fuad) itu ada penutup mata hati (saghaf) dan dibalik penutup mata hati (saghaf) itu ada nur/cahaya (labban), dan di dalam nur/cahaya (labban) ada rahasia (sirr) dan di dalam rahasia (sirr) itulah Aku kata Allah”. (Hadis Qudsi)

Wabillahi Taufiq wal Hidayah.......

Wassalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatu.....

 

Jumaat 24hb Nov 2017.

Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

Make a free website with Yola