KL 9 - Persepsi Masa


Persepsi kehidupan adalah hak manusia itu sendiri dalam menghuraikan segala maksud atau erti yg sebenar buat diri masing2. Dalam haqiqat hidup tiadalah kehidupan melainkan Haq itu sendiri! Kita yg masih jauh serta masih dalam kesamaran sama sekali tidak pernah mengambil tahu akan segala “perjanjian rahsia” yg telah teriqat bersama Pencipta! Masih ingat ke kita akan perjanjian itu?

Tak orang tak kita....semua akan terleka dan pasti tak tahu walau sebesar zarah pun! Itu pasti kerana kebanyakkan dari kita di besarkan dgn krga yg rata2 dari fahaman Fuqaha yg hanya menitik beratkan Syariat sahaja! Yg lebih menyedihkan Syariat itu pun belum tentu “patuh Syariat!” Jadi bagaimana? Macam mana? Nak bermula dari apa? Konfius! Konfius! Konfius!

Betul? Itulah cita rasa hati sanubari saya dahulu ketika baru2 nak belajar...teringat akan kisah lampau pada tahun 1992, rakan sahabat saya ketika itu Mohd Khalid datang membawa “ilmu baru” (bagi sy kerana pertama kali mendengar)! Pertama sekali dia kata “Di...aku dah tak payah sembahyang!” Menggaru kepala saya ketika tu...ternganga tak faham! “Fuh! Di...best jalan ni Di! Jalan mengenal diri baru kenal Allah!” Saya celah “Macam Ilmu sesat je! Tak payah sembahyang!” Dia ketawa terkekek kekek....dgn selamba menjawab “Bukan tak payah sembahyang lah! Sembahyang cara yg betul bukan susah pun! Solat dgn cara yg betul...meremang bulu roma Di! Esok jom ikut aku kita pergi belajar dgn Wak Kang!” Maka itulah pencetus saya bermula mengambil tahu dan berguru dalam mengenal erti Mengenal diri mengenal Allah!

Persepsi saya ketika itu....Pertama sekali bertemu dgn Wak Kang tidak akan percaya dia ini guru yg Mursyid! Berambut panjang dengan bersongkok serta akar bahar terikat kat kedua belah lengan mcm bomoh lah! Hehehe.....Tetapi sy masih ingat petua berguru, kosong dan rendahkan hati, tolak segala sangsi, buka minda, hati dan jiwa, niatlah menjadi pelajar utk mendapatkan ilmu serta petunjuk jalan bagi menyampaikan matlamat dan yg sangat penting harus hormati guru maka Insyaallah datang dan melekatlah ilmu itu nanti dgn izinNya!

Maka “berjalanlah” pengajian bersama dgn guru serta rakan2 seperjuangan saya ketika itu adalah dalam 10 orang. Yang masih sy ingat adalah Md Khalid, Azmi, Wak Hassan, So’ot, Fadil dan yang lain2 tak ingat...maaf ye! Pelbagai pengalaman, pengetahuan serta percubaan praktikal yg byk kami lakukan bersama (pelajar2)! Wak Kang hanya byk berdiam dan memerhati.....! Ada juga beberapa “kelebihan” yg secara tak sengaja yg terlihat pd guru saya ini! Ketika hendak ke Pontian, kami membonceng motosikal! Khalid menumpang Wak Kang. Ketika tu hujan lebat sangat! Habis kami basah kuyub! Setelah lebih kurang riding dalam 20 minit hujan masih tidak berhenti dan semakin lebat, kami berhenti di warung tepi jalan seketika! Alangkah terperanjatnya kami terlihat Khalid dan Wak Kang iaitu guru kami tak basah langsung! Sy himpit kat Khalid dan bertanya “apa crita?” Khalid menjawab “Aku pun blurr, hairan...hujan “lari” dari depan motor aku! Hujan mcm tak boleh dekat!” Kami diam seketika dan duduk dlm warung ngeteh bersama sama! Pengalaman dgn rakan2 dan guru sy ini kisahnya panjang sebenarnya...Insyaallah lain kali saya sambung lagi.....Jangan marah ye...

Pesanan terakhir yg guru saya berikan pd saya, “Apabila hijab berjaya di buka maka janganlah mempersia sia kan anugerah itu! Tapi sebelum tu wajib pecahkan “tong taik!” yg ada dlm diri kau!” Saya tak faham ketika itu maksud “Tong Taik!”...rupa2nya ia adalah “istana iblis” yg bersarang di dalam hati kita!

Kenapa nak pecahkan? Kalau tak pecah macam mana ye? Soalan itu bersarang dalam minda bertanya! Nak Tanya guru, dia ni asyik diam je! Tanya kawan2 ketika tu, byk yang sama je “bol blow! (blown bulb)” Adeh!!! Sekian lama berjalan maka Alhamdullilah barulah tahu...jika tak pecah “tak bersatulah aku!” kerana Hijab masih wujud! Itulah dia duniawi, nafsu nafsi, masih dalam kecintaan yg belum terlepas dari diri kita! Selagi tak terpecah atau terlepas atau terbuka maka tak akan dapat lah ilmu jalan mengenal diri dalam istilah mengenal Diri! Istilah mudahnya adalah - Hijab tak akan terbuka!

Sahabat2 ku yg di kasihi...setelah sekian lama saya “berjalan” byk sangat ranjau duri dan halangan yg sy harus tempuhi maka sampailah jua dgn izinNya sy dapat berkata demi Dia! Jangan jadi macam saya berjalan sehingga bertahun tahun lamanya barulah nak kenal istilah “rasa!” Pesanan saya...Jangan buang Masa kerana kita dah takde Masa! Semakin kita melewatkan masa maka semakin lama lah masa yg terleka di bawa dgn seribu macam hijab yang akan melambatkan lagi utk kita mencapai matlamat sebenar! ***Ingat – Hijab bukan senang nak buka! Jika ada sesiapa yg berkata dia boleh tolong membuka hijab...itu bohong sama sekali! Logiknya, kita yg buat dosa, kita bayar pd orang tu dan orang tu bukak kan utk kita!” Wah! Dosa boleh di tebus dgn wang ringgit! Logik ke???

Sahabat2 ku sekelian....jangan berputus harap dan jangan sekali2 rasa susah atau sulit atau confuse! Bertanya lah selalu sambil belajar! Berdoa, mohonkan petunjuk, harapkan pengampunan dan bersungguh sungguh lah dalam pengajian! Insyaallah akan Allah tunjukkan Jalan nanti seperti FirmanNya yg bermaksud “Bersungguh sungguh lah bermujahaddah ke jalan Kami maka akan Kami tunjukkan kamu Jalan Kami!”

Sahabat2 ku sekelian, Insyaallah jika ada izinNya saya tulis lagi. Jika anda sekelian berasakan bernas maka bacalah dan jika tidak ia akan tetap menjadi rakan sparring saya jua.....Insyaallah.

Semoga berjaya...Amin!

Sekian dahulu...

Wassalam....

25hb Oktober  2017.      

Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

 

Make a free website with Yola