4th Kursus Lanjutan - Bulan Puasa


Assalamualaikum WBT.....


Suatu konteks syariat yang hanya di titik beratkan dalam istilah menahan lapar dan dahaga!

Sahabat2 practitioner saya sekelian....bertarikh 1hb Jul 2016 ini maka penulisan ini Insayaallah dapat lah di rakamkan dalam bulan yang bertekanan tinggi ini! Saat saya bertulis ini adalah pada Hijri 26 Ramadan.....

Cahaya demi cahaya datang dan pergi. Saat kita berpejam celik mata dalam rahsia Masa jua kita di ketemukan lagi di dalam bulan yang penuh berkah ini! Pernah ke kita terfikir apakah kesan atau kesedaran sebenar yang kita dapat di dalam bulan Ramadan ini?

Bertanyalah pada diri sendiri apakah perbezaan puasa kita dahulu tatkala zaman kanak2 dan sekarang di dalam zaman sekarang menjadi ibu dan bapa! Ada kelainan???

Rata2 puasa yang kita amalkan banyak sangat terikat dengan kebiasaan syariat dari baru2 belajar berpuasa sehingga lah ke hari ini! Anak saya baru sahaja bertanya “Papa how many days to Hari Raya?” hahaha.....jadi kita berpuasa hanya saat menanti ganjaran berhari raya! Itulah istilah rakan guru saya Wak Kang pernah katakan “Itu istilah puasa budak2!” Sekarang ni, baru puasa 2 minggu sana sini masuk gedung membeli belah Lagu Raya sana sini untuk semarakkan rasa hati untuk beraya! Tetapi itulah juga istilah “perangkap di bawah minda bawah sedar” untuk membeli belah sakan untuk beraya! Pada dasar haqiqat Syariat maka bertukarlah kita dengan Baju baru, Langsir baru, Kereta baru, Rumah bercat baru umpama lagu raya dari Allahyarhamah Datin Rafeah Buang “Biar serba baru untuk para tamu!” Betul ye?

Apa pula dari dasar istilah Haqiqat sebenar pula istilah Puasa? Kita di latih dan yang bersungguh sungguh mengambil tahu maka akan di berikan pengertian sebenar Insyaallah iaitu barulah kita akan di anugerahkan “Rumah baru, Baju baru dan yang penting Kereta baru yang boleh membawa ke destinasi yang sebenar benarnya Insyaallah!” Tetapi itu pun jika Wudhuk dan Solat di jaga! Ingat akan pesanan Rasullullah SAW “Yang pertama dan yang utama yang akan di Tanya di padang Masyar adalah tentang Solat kamu! Jika ia tidak LULUS yang lain2 TIDAK akan di kira!”

Yang terbest adalah selepas 20 malam terakhir maka mencari cari lah kita akan malam istimewa iaitu Lailatul Qadar! Kenapa cari malam tersebut? Untuk mendapat pahala 1000 bulan? Ya itu sudah pasti bukan! “Nawaitu Saumaradin an ada i fardi syahri ramadana hazihi sanati lilahitaalah!” (Kerana Allah tu niat kita kan!) Tapi last2 kerana Lailatul Qadar lah pulak! Macam mana nak jumpa sedangkan kita nakkan malam tu tapi tak nak Allah! Astarfirullah hal azim....! Sedangkan “malam itu” juga adalah dalam mengikut perintah Allah jua.....ini dah masuk bab Ikhlas! Maka tanpa kita sedari kita kurang Ikhlas dalam perjuangan bermujahadah pada diri sendiri!

Jangan terasa hati ya sahabat2 sekelian! Saya dah pernah kena ketuk dengan Wak Kang dahulu kerana bab ni jadi saya ingat hingga ke hari ini! Jangan di perdayakan oleh ketidak ikhlasan beribadah kita pada Allah! Percayalah keikhlasan perbuatan itulah kunci akan segala galanya! Maka datanglah bersujud segala makhluk2 spiritual nanti pada anda Insyaallah jika anda dapat ganjaran itu.....mudah2an Insyaallah Amin Ya Rabbi! Jangan bimbang dah terlepas ke belum kerana ia ada dan akan hadir pada kita tatkala berjayanya kita berpuasa dan "berkorban" pada “diri” Insyaallah!

Bagi pihak keluarga saya maka saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf pada semua jika ada tersalah khilaf kami, kata terucap bukan lah maksud sebenar, perbuatan tercipta bukan istilah maksud hati....Harap maaf Zahir dan Batin! Akhir kata Salam maju jaya Zahir dan Batin Insyaallah Amin...! 

             

Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

 

Ya Rabbi...! Ampuni lah diri ku ini.....! 

"Tak rela meninggal suci kasihMu itu....!
Bersemadi cinta Ku di sini...
Biar mekar mengharumi...
Andai ada Masa kan Ku temu....Kasih...."

Mencinta diri mu
Untuk yang terakhir kali ini
Lihat ku di sini
Setia untuk dirimu

Kasih yang ku belai
Gugur selama lamanya
Waktu yang memisah
Menghukum luka yang lama terpendam

Kesuraman yang telah menjelma
Dihujani sedihku
Melarakan kenangan bersama
Di akhir pemergian dirimu

Tinggalah aku menanti
Mimpi yang indah kan mewarnai hati

Hanyalah dirimu
Yang bertakhta di jiwa ku dulu
Tak rela meninggal suci kasihMu itu
Bersemadi cinta Ku disini
Biar mekar mengharumi
Andai ada masa kan Ku temu.. Kasih



Make a free website with Yola