KL16 -  PENEMPUHAN


Bismillahirahmannirrahim....


Setinggi tinggi Syukur Alhamdullilah kehadrat Allah SWT yang telah melimpah kurniakan kita dengan kesihatan yang baik, serta memberikan keseimbangan kepada keempat empat aras kita iaitu Spiritual, Emosional, Mental serta Fisikal maka dapat lah kiranya saya bertulis lagi untuk kita kongsi bersama-sama Insyaallah!

 

Alhamdullilah! Dari KL15 – UJIAN, saya ada menyentuh sedikit bab sejarah Rasullullah SAW bersama Zaid Bin Harithsa yang di lontar batu oleh penduduk Kota Taif! Saya di beritahu oleh salah seorang sahabat kita bahawa sebenarnya yang melontar batu2 tersebut adalah dari golongan kanak2! Kebetulan sahabat kita ini sedang menunaikan Umrah ketika membaca KL15 dan beliau juga sebenarnya memang merancang akan melawat Kota Taif pada hari Ahad nya. Ini adalah gambar kiriman sahabat kita sewaktu di Kota Taif....

Mengikut penerangan dari sahabat kita ini, sebelum menziarah Taif beliau dan rakan telah melawat Raudhah terlebih dahulu, tempat di antara mimbar Rasullullah SAW dan rumah beliau (Nabi SAW)! Alhamdullilah rakan sahabat kita ini telah mendapat “penempuhan” yang sangat luar biasa dari Allah SAW.....mari kita sama2 hayati buat renungan jiwa kita Insyaallah.......

 

“Salam Dr,  just nak cerita pengalaman dan minta pandangan.  Waktu sy nak masuk ke raudhah, iaitu tempat di antara mimbar Rasulullah dan rumahnya dahulu,  dlm hadith disebutkan,  "antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman syurga"  hadith riwayat bukhari & muslim. 

 
Waktu sy ke raudhah,  hampir 12 tgh mlm.  Sy tgh menunggu giliran utk masuk sambil sy berzikir dan solat.  Sy duduk bertentangan dgn raudhah tu,  dr jauh nampak lampu2 di dlmnya.  Sy duduk dgn kawan.  Tak sedar sy terlelap,  bila terjaga tu sy terus nampak awan menaungi raudhah dlm keadaan cahaya matahari terang benderang.  Redup dlm masa yg sama terang benderang.  Masa tu sy x pasti sy dlm keadaan tidur atau pun x brp sedar.  Bila sedar betul2 sy nk tanya kawan ttg apa yg sy nampak,  ttpi keadaan yg td dh lenyap.  Yg nampak cuma lampu2 yg biasa. 


Keadaan tu terlalu singkat dan berlaku pd mlm ke 2 sy ziarah ke sana. 
Jd sy pun x pasti,  cuma keadaan yg cantik sgt tu sy pernah nampak 2x waktu dlm mimpi di msia. Satu scenary yg begitu cantik redup ttp terang bercahaya.  Bila bgn rasa rindu utk bertemu dgn scenary mcm tu lg. 

Wallahu'alam”

 

Sahabat2 sekelian, di dalam waktu yang sangat2 singkat penempuhan sahabat kita ini tetapi ia telah memberikan kesan yang teramat mendalam, terasa akan Nikmat yang hanya yang menempuh sahaja yang tahu akan erti sebenar benarnya Nikmat tersebut! Ingatlah Penempuhan juga boleh berlaku di mana mana sahaja dengan kehendak Allah SAW! Alhamdullilah! Kami tumpang gembira dan semoga akan di tempuhkan lagi dan lagi dan lagi "Taman" yang lebih baik lagi Insyaallah Amin!

 

Gambar2 di Raudhah :-

Batas makam paling dirindukan di dunia, Rasulullah Muhammad SAW. Di dalam ruangan bekas rumah Rasulullah itu dimakamkan pula 2 sahabat terbaik, Abu Bakar Ash Shiddiq dan Umar bin Khattab. Ini menjadi batas kiri Raudhah.

Ini Dia, Tempat Indah yang Disebut Dengan Taman Syurga.  Area raudhah ditandai dengan karpet hijau. Membentang dari rumah Rasulullah SAW (yang kini menjadi makam beliau) hingga ke mimbar. Sekitar 26 x 15 meter.

Kubah hijau pada foto diatas dahulunya adalah letak rumah Rasulullah Muhammad SAW. Di rumah tersebut yang kemudian Rasulullah SAW dimakamkan. Dan kini, akibat perluasan Masjid Nabawi yang letaknya memang berdekatan dengan rumah Rasulullah maka saat ini rumah Rasulullah masuk ke dalam wilayah masjid Nabawi.

Penampakan kalau dari luar, area Raudhah juga ditandai dengan Kubah hijau. Kubah perak sendiri merupakan penanda mihrab tempat imam. Untuk masuk Raudhah bagi kaum lelaki adalah pintu dari Babus Salam. Bagi kaum wanita pula adalah dari pintu 25.

Cerita tentang Penempuhan, teringat lah saya pada insiden Azmi adik si Khalid sahabat saya. Pada salah satu malam pembalajaran, Azmi di lihat begitu letih lalu tertidur di tepi kerusi rumah Wak Kang. Kami yang lain2 macam biasa menelaah bersama Kang. Ada dalam lebih kurang 5 minit, Azmi terbangun dan seperti orang hilang akal berteriak "Eh! Tadi Kang bawak aku pergi Mekah!"  Kami dgn wajah2 yg hairan hanya memerhati gelagat Azmi. Azmi hanya menunjuk jejari telunjuk pada Kang...."Serious lah! Tadi Kang bawak aku! Masuk Masjidil Haram, tengok Makam Nabi....! sahut Azmi dengan penuh ghairah!" Kami terus menumpuhkan perhatian pada Kang menanti akan komen beliau dan alangkah terperanjatnya kami kerana dia hanya memberi isyarat "Shhh" dengan tangan dan tujukan pada Azmi! Allah hu Akhbar! 

Selain itu teringat lah saya juga pada kisah dari sahabat2 yang lain pula. Penempuhan mereka adalah di dalam mimpi yang memerlukan tafsiran...kisahnya begini...:-


Penempuhan pertama sahabat kita- “Doc, saya mimpi saya terbang tinggi sangat di langit dan dapat melihat persekitaran dari atas. Tanpa saya sedari ada seorang wanita memegang kaki saya sewaktu saya sedang terbang itu!” 

Penempuhan kedua (orang yang sama):- “Saya bermimpi sedang berusaha bercucuk tanam. Ada seorang wanita datang mengganggu saya dengan memeluk saya dari belakang tetapi saya tidak ambil peduli. Tiba2 saya terlihat tanaman saya menjadi! (membesar dan membiak). 


Penempuhan sahabat lain :- “Saya bermimpi boleh meloncat sangat tinggi! Tiba2 tanpa di sedari loncatan selanjutnya yg sangat tinggi itu saya terlihat alam mula berubah warna seakan keunguan! Semua macam dalam warna ungu (purple)! Sangat cantik dan indah sekali!”


Penempuhan sahabat lain - “Sewaktu saya sedang Solat Tahajjud ketika itu dalam lebih kurang jam 3.30 pagi, sewaktu Solat saya terlihat Cahaya yang sangat terang pada persekitaran saya! Cahaya tu begitu terang sekali kerana saya tak suka pasang lampu yang terang sewaktu Solat malam maka cahaya itu begitu menyerlah dalam kegelapan! Saya tidak berasa gerun malahan terasa seakan Nikmat kerana suasana amat Nyaman sekali!” 


Sesungguhnya jika hati nurani kita semakin bersih maka Insyaallah maka akan tertarik lah gelombang2 frekuensi yg rendah akan mendatangi kita dan cermin yg bercahaya itu akan dapat pelbagai penempuhan kenampakkan dan yang lain2 yang hanya Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui di mana layaknya kita untuk sampai ke taman tersebut.....

Sahabat2 ku sekelian....ingatlah walau apa pun Penempuhan hanya suatu Petunjuk dari Allah SWT kerana kemungkinan kita “bekerja keras” kerana Dia! Tapi ingat itu bukan segala galanya....Jelmakan lah ia menjadi Realiti...seperti dalam Lagu Mustika :- “Yang bermain di mimpi, menjelmalah Engkau dalam Realiti....!”

 
Maka bertaqwa lah kita kpd Allah SAW tanpa membuang masa lagi kerana kita telah kesuntukkan masa! Esok lusa atau pun tulat kita akan di jemput Allah SWT untuk menghadap kekal bersama Dia! Persoalannya adalah :- Sudah ke kita bersedia?  Sudah bersedia untuk masa Peralihan dari dunia kepada yang kekal iaitu Akhirat? Sudah ke kita berasa yakin akan Solat kita di terima Allah SWT? Kenapa Solat? Kerana itu yang akan menjamin segala perbuatan kebaikan yang lain2 di kira! Maksudnya jika Solat GAGAL, yang lain2 tidak akan di kira! Alamak! Alapak! Lagu mana ni?


Sahabat2 sekelian...ketaqwaan kita kpd Allah SWT harus lah bulat dan tekad! Ikhlas dan jangan sekali2 mengharapkan balasan apa pun dari Dia! Perhati kan diri, yang sememangnya memegang Rahsia Dia yang Satu! Yang akan sebenar benarnya hanya di cipta untuk Dia “saling memandang!” Kekasih Awal dan Akhir!

Akhir kata tangisi diri kita seikhlas ikhlas hati dalam pemohonan keampunan yang Haqiqi sebelum kita menangis yang Haqiqi pula melihat Jasad sendiri yang terbujur tanpa kejayaan memecah Rahsia dalam Rahsia yang tersirat sewaktu masih di anugerahkan hayat!

 

Sekian dahulu....

Wabillahi Taufiq wal Hidayah.......

Wassalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatu.....

 

Jumaat 5hb Jan 2018.

Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

Make a free website with Yola