SUATU CORETAN (1st KL)

Salam di mulai dengan Bismillahirahmanirrahim......!


Coretan demi coretan telah di coretkan bersama rasa Pahit, Masam, Manis serta Masin! Pelbagai penempuhan demi penempuhan telah di singkapkan bersama rahsia yang Satu dalam rahsia Syariat. Tariqat, Haqiqat serta Makrifat! Sudahkah sahabat-sahabat sekelian Faham?


KL (Masa)


Bagaimana boleh ada kehidupan?

Pertanyaan demi pertanyaan timbul dari Saintifik sehingga ke Islamik! Jawapannya tetap sama iaitu kehidupan Nyata kerana Masa! Tiada Masa maka tiada Kehidupan! Kesimpulannya adalah Kehidupan wujud di dalam rahsia Masa! Cuba lihat umur kita ia beredar dalam rahsia Masa! Tahun lepas umur Cuma 1 tahun tetapi 10 tahun kemudian dah masuk 11 tahun! Persoalannya adalah Apa yang dah kita buat dengan peredaran Masa itu? Tentu mudah jawapannya....Makan, Minum, Bersekolah, Bekerja, Berkahwin, Beranak pinak, Terima menantu, Menimang cucu, Menimang cicit kalau panjang umur, dan akhirnya Mati! Mudah sangat kehidupan ini kan!?? Selepas Mati....ke mana ye? 

 

Selepas mati tiada lagi Kehidupan?


Apa pendapat sahabat sahabat sekelian? Yang beragama Islam wajib percaya akan ke Alam Barzah (transit)! Yang Agama lain kebanyakannya percaya akan di hidupkan semula! Saya tertarik dengan kata kata rakan kerja saya dahulu yang mengatakan ramai dari mereka suka di hidupkan semula menjadi anjing comel yang kecik cute tu! Dia kata nanti tuan dia akan urut usap dia dan bela dia dengan baik! Dia kata tak mahu jadi manusia lagi kerana dah bosan! Adeh!!!!???  Rata-rata saya dapati bukan hanya yang beragama selain Islam yang keliru tetapi ramai juga yang beragama Islam juga lebih kurang sahaja memahami atau pun mengambil tahu tentang kehidupan selepas Kematian!

 

Betul ke ada Kematian?


“Kering Kering!” (bunyi telepon dah!)....Assalamualaikum....Mak Long! Ini Ilham, nak beritahu papa dah meninggal!.... :)

Senario ini biasa sahaja dalam peredaran kehidupan seharian kita kan! Tetapi persoalannya adalah Betul ke ada Kematian? Apa maksud definasi Kematian itu? Kematian = Death! Tetapi dalam hukum Physics ada bernohtakan “Energy cannot be destroyed!” Wah! Pening sekejap jika memikirkan ye! Ok takpe Insyaallah kita fikirkan sama sama....


Komposisi Asas manusia – Jasad dan Ruh! Jasad jika bersendirian tidak akan bergerak hidup melainkan bersama Ruh! Boleh lah sejenak kita buat perumpamaan Ruh macam “Electrical Supply atau High Charge Capacitor” yang boleh mengeluarkan tenaga selama bertahun tahun tanpa re-charging kerana “Quality Control” yang superb ISO standard yang maha tinggi dalam klass nya yang tersendiri di dalam rahsia Penciptaan!

 
Di dalam Al Quran menyatakan bahawa Ruh sudah sedia tercipta sebelum Jasad seperti mana firman Allah “Bukan kah Aku ini Tuhan kamu?” Maka jiwa menjawab “Betul! (Engkau Tuhan kami!”) - Al A’raaf ayat 172.  


Maknanya Jasad adalah baru. Maka Ruh pun di tiupkan ke dalam Jasad! Rahsia tiupan ini juga unik kerana tidak semua Malaikat yang khususnya boleh berbuat demikian! Tahu tak Malaikat yang mana satu yang Berjaya meniup Ruh ke dalam Jasad tanpa memecahkan Jasad?


“Ah chu....!”(bersin!) Itulah yang pertama sekali ungkapan ataupun perbuatan manusia yang di hidupkan selepas di tiup Ruh ke dalam Jasad! (Sebab tu kita kena ucap Alhamdullilah selepas bersin!) Tapi saya selalu terdengar “Haiyah!, Hooooo! Apa dah!” Dan macam macam ucapan yang saya dengar selepas bersin! Yang paling Vulgar kata kata adalah dari rakan cina saya dahulu....”Kanninah!” itulah yang selalu tersembur dari mulut dia selepas bersin! hahaha....dasyat ye! Bukan selepas bersin sahaja, tetapi kalau Hujan juga! Aiseh!


Maka beredarlah masa (Jasad) dalam suatu kehidupan bertahun lamanya (kebiasaannya), dan Ruh hanya “duduk” berdiam sendirian kerana cuba nak contact Jasad asyik tak angkat telefon atau pun Engage sahaja telefon tu! Mungkin sibuk kot! Cuba Watsapp! Ruh dah cuba Watsapp tapi Jasad tak mahu ADD! Hehehe........! Apa taknya Jasad adalah Dunia...maka tuntutan juga adalah merupakan “benda benda” dunia! Sebab itu ada yang panggil dunia itu HIJAB! Hijab maknanya Penutup atau Tirai yang menutup atau Penghadang! Semakin Jasad tertarik dengan Dunia maka semakin menebal “kain penutup” tersebut dari Ruh! Apabila sudah menebal ciri ciri nya adalah akan menjadi melenting apabila di dengarkan dengan nasihat nasihat yang berunsur Ukhrawi! (boleh jadi marah gila beb!) Dan selalunya orang orang sebegini suka menyatakan “ Eh! Kubur aku aku jawab sendiri! Kau jangan nak pandai pandai! Kau apahal nak nasihat nasihat orang ni!”  Teringat kata kata P.Ramlee dalam cerita Seniman Bujang Lapuk “Wah! Bukan main marah lagi orang tu!”  hehehe....!
 

·         Maka kesian lah kisah si Ruh tadi.....! Semakin “jauh” Jasad maka semakin terhijab tebal lah “pintu komunikasi!”  Ruh hanya memerhati dalam tangisan!

      Selepas bertahun demi tahun, maka sampailah masa untuk Jasad kepada penghujung jalan kehidupan! Biasanya akan Nazak dahulu tapi ada yang tak perlu nazak, bahagian masing-masing.....! Maka, “tayangan video” bermula, tayangan Perdana pun bermula....boleh tengok tapi tak boleh Comment atau LIKE! Suka tak suka tengok je! Hehehe...! Last-last sampai penghujung pernafasan, Ruh di datangi Malaikat Maut ,yang dahulunya yang berjaya tiup Ruh masuk ke Jasad manusia dengan izin Allah jua, yang akan menjemput Ruh keluar dari Jasad dan itulah asal perkataan Arwah....(Ruh Keluar! Agaknya....!) Saat-saat sakaratul.....Masyaallah! Yang tak pernah berbakti pada diri...Alamak! Yang tak pernah Solat...Alamak! Yang tak pernah“BerNyata!”....Alamak Tuan! “Sorry Tuan!”....Maka jawapannya pasti - ”Apa Sorry sorry!”    

Macam Arwah Tompel kata dalam filem lakonannya Apa sorry-sorry! Sorry too late!”


Astarfirullah hal azimmmm! Ramai yang saya pergi menziarah kenalan termasuk keluarga sendiri, kebetulan tengah Nazak, apabila “pergi” mata serta mulut ternganga! Wallahualam....tapi seakan macam nak tunjuk reaksi melihat akan sesuatu yang tak pernah di lihat sebelum ini! Pasti Cun ataupun sebaliknya kan? Maka hitunglah diri kita pada saat ini! Lihat perhatikan pahala dosa kita! Perhatikan pada diri lebih lebih lagi pada Jasad yang ada tanda Cop Mohor “This property belongs to Allah SWT!” ada sambungan lagi ayat rupanya kat bawah cop tadi “You are Mine!”

Adakah Jasad itu berkeadaan “Suci”?

Yelah...! Sewaktu datang dahulu ke dunia sebagai Baby! Kan Suci tu! Takkan sewaktu balik “Tak Suci” pulak! Agaknya inilah kata dari guru agama saya dahulu....”Hitam pada Ruh tu nanti pembersihnya adalah penyucian dengan Api Neraka!” Alamak Ustaz! Teruk tu! Nauzubillah!


Jasad apa cerita? Ingat ia adalah dari unsur Angin, Api, Air dan Tanah! Ia boleh balik semula kembali kerahmatullah dengan 4 cara juga! Dengan cara Salai seperti kaum kaum Dayak buat! Api cara agama agama lain iaitu Bakar! Air dengan cara melepaskan ke dalam Laut! Dan yang ter akhir dengan cara menanam di dalam Tanah! Dan cara inilah yang paling sempurna kerana di tunjukkan Allah pada anak Nabi Adam Alaihisalam yang telah membunuh saudaranya sendiri dengan memberikan “ilmu” dilihatkan burung bergaduh dan mati salah satunya dan ditanam oleh burung yang menang dalam pertarungan tersebut!

 
Setelah “kematian” berlaku maka ditanam ke dalam Tanah.

Selepas 7 tapak orang terakhir yang meninggalkan kuburan maka soalan Kubur pun bermula!


Soalan pertama :- "Marabbuka?" (Siapa Tuhan kamu? Who is your God?)

Dengan sepintas kilat jawapan dari yang ditanya :- Oh My God!!! Siapa ek? Aiyoh! Lupa lah! (Boleh gitu???)

Soalan tidak akan berganjak! Seperti mana Arwah mak saya pernah berkata, Nungkar Nangkir akan bertanya soalan dan buat sesiapa yang tak berjaya menjawab akan di sebat hingga berkecai! Selepas itu bercantum semula dan selagi tak dapat kena sebat lagi! Adeh!!!!

Rasullullah SAW pernah bersabda :- "Di akhirat kelak yang pertama dan yang utama yang akan di tanya adalah tentang Solat kamu! Jika tidak lulus yang lain-lain tidak akan di kira!"  

Ingatlah wahai sahabat-sahabat sekelian akan Penyaksian Syahadah di dalam Solat! Ucapkanlah dengan lidah tasdiqkan lah di dalam hati!

Maka hancurlah Jasad di mamah bumi....maknanya unsur unsur Jasad dikembalikan semula kepada Allah melalui proses “pengembalian semula” iaitu Angin, Api, Air dan Tanah! Semua unsur-unsur tersebut balik secara sempurna kepada Pencipta maka adakah kematian di situ? Tulang sahaja yang tinggal! Kenapa? Bab ini saya dah sentuh kat “Siapakah kita?” Ringkasnya sel-sel yang merakam bertahun tahun lamanya di pindahkan ke tulang sulbi yang boleh juga di namakan sebagai “perakam Black Box!” Sebab itulah apabila Jasad di bangkitkan semula, infomasi tak perlu susah susah nak di cari....semua dah kena saved dalam “black box” ni! Jangan main-main....”disc” ni sememangnya All weather Proof dan Guaranteed for Live time tak akan rosak! Tak boleh corrupt data datanya, tak akan hilang data data terakam! Yang pasti “disc” ni tak boleh di format lagi! Tak boleh kena Hack! Tak boleh kena Virus! Fuh! Quality Assurance guaranteed! Ada cop lagi “Made by One and Only - Allah!”


So....sahabat sahabat yang saya rindui.....”Awak kat mana? Awak awak kat mana?”

 
Harapan saya semoga coretan ringkas ini akan dapat memberikan seakan motivasi pada diri kita Insyaallah untuk “bangkit dan sedar dari lamunan panjang!” Insyaallah! Doa saya senantiasa buat kita semua semoga berjaya kehidupan di Dunia dan Akhirat! Insyaallah! Amin.....!


"Demi MASA manusia itu senantiasa di dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman & beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." -  Al-Asr (103 : ayat 1-3).

Hayati serta Ingat kata-kata dari lagu di bawah ini:-

"Just call my name and I'll be there!"

  

MJ_J5- One day in ur life_9.mp3

Make a free website with Yola