KL 8 - Rahsia Cahaya


Cahaya adalah sesuatu sumber tenaga yang bergerak lurus. Istilah cahaya terlalu besar definasi serta maksud yang dapat di huraikan dengan penggunaan otak kiri. Bagi manusia cahaya merupakan sesuatu yang sangat memberi impak yang besar dalam kehidupan sehari harian kita. Dari cahaya matahari, cahaya bulan, cahaya lampu dan sebagainya.

 

Dari mana datangnya cahaya?


Jawapan yang bernas serta pantas adalah dari sumber cahaya yang telah di perkatakan tadi! Tetapi tahu tak sebenarnya cahaya wujud dari Kegelapan? Di dalam gelap itulah sebenarnya sangat terang di dalam rahsia kelajuan yang tidak akan pernah dapat di sukat dalam Rahsia Masa (Infiniti)! Begitulah yang sebenarnya terjadi pada manusia yang menyangka “celik” kerana “cahaya” yang di terjemahkan oleh pancaindera (mata) tetapi pada haqiqatnya masih “buta” dan dalam “kegelapan” yang teramat sangat!

“Cantiknya tudung tu Kiah! Kat mana kau beli?”

Terjejaslah sudah dalam tipuan “kecantikkan” yang di terbalikkan oleh pancaindera luaran kita! Yang terlihat dan yang terzahir adalah kain tersebut di mana Haqiqatnya “Kecantikkan tersebut yang sebenar masih tersembunyi!” Itulah lumrah biasa dan akan terus menjadi biasa apabila kita masih di dalam tahap “rasa” sedemikian! Pandangan mata masih pada jasad yang di bentukkan dan tidak pada yang Membentuk! Di sini lah yang kita telah beritahu dari awal lagi – itulah HIJAB! Hijab adalah Kegelapan! Ia akan meliputi pada sekelian Pancaindera jasad dan jika masih terhijab terus maka “Pancaindera mata hati dalaman” juga akan turut terhijab sama secara tidak langsung! Maka “menangis” lah “Cinta dalaman” kita yang tidak dapat berkomunikasi kerana Cinta tidak pernah berbalas! Jika kita meneruskan perangai “tidak apa” ini maka Hijab tidak akan ada peluang langsung untuk terbuka! Apabila tidak terbuka maka “buta lah pandangan” sehari harian kita! Maka buta lah perbuatan seharian kita! Maknanya “buta” segala galanya dan kalau tidak berhati hati boleh terjadi istilah Syirik! Ramai yang secara tidak langsung yang sempat saya lihat secara diam-diam masih takut dengan hantu! Walhal  solat tak pernah tinggal! Takut lagi nak ke kuburan! Takut nak pergi bilik air sorang-sorang! Di mana letaknya Tuhan? Tuhan – Hantu...perkataan yang di terbalik kan sahaja,,,,,,,,,! Fikir-fikir kan......

 Tetapi pada hemahnya tidak takut pada benda-benda ni tidak boleh di paksa-paksa ataupun di buat-buat lah! Ia akan datang secara sendiri pada yang faham dan yang sudah mengenal akan Haq, Insyaallah! Yang di pandang “lebur” dalam istilah “fana” dan yang terlihat hanya “Haq”.........di situ hanya kelihatan “Kebesaran yang Mutlak!” Apa pun yang di pandang dan yang di lihat adalah di dalam “Penglihatan Sejati!” Firman Allah “Pandanglah kamu di dalam pandangan Aku semata mata kerana jika tidak maka buta lah pandangan kamu itu!” “Di mana sahaja hadap kamu di situ Wujud Aku semata mata!”  

 Istilah bagi orang-orang yang sudah Berjaya di lihatkan dengan “Kenyataan” “hatinya” bercahaya tidak lagi dalam “kegelapan” dan itulah juga maksud Hijab sudah terbuka atau istilah dalam lagu Suci dalam debu – Pintu akan terbuka, kita akan bersama! Maka dari sudut CVT maka Gelombang Frekuensinya telah berada di tahap Frekuensi sangat rendah! (freq zero). Boleh sahabat-sahabat sekelian? Jom-jom....kalau ada yang berjaya maknanya ia boleh juga Berjaya buat sesiapa sahaja! Tetapi ingat......HIJAB yang sangat sukar untuk di lepasi adalah hijab keakuan! aku, aku, aku (yelah asyik kau je!)  Super Ego, Taksub, Sombong, Angkuh, Cemburu, Pujian, Kebanggaan.....dan pelbagai....tepuk dada tanya diri....!

Usaha kan lah dengan bersungguh sungguh! Selepas itu...ada lagi Hijab lain umpama Hijab Ilmu......hijab ini hanya akan membuatkan yang terhijab menyangka dia sudah “sampai atau game!” Tidak sama sekali! Ilmu tidak membawa kita ke situ tetapi merupakan suatu perjalanan iaitu Tariqat sahaja! Sebab itu apabila Rasullullah SAW Israk menaiki Buraq, Jibrail tidak boleh ikut sama! Yang terpilih harus “pergi” sendiri! Tinggallah segala galanya termasuk Ilmu, nama, harta anak isteri suami dan lain-lain!

Belajar lah mengenal akan diri Insyaallah akan kenal lah Diri, Insyaallah! Jagalah Wudhuk, jagalah Solat! Insyaallah...banyak-banyak Solat dinihari mudah2an Dia akan memakbulkan apa pun yang terpendam dan memberi cahaya kepada “hati”.....Insyaallah...Amin! Harus di ingat Islam berdiri dengan 4 tiang – Syariat, Tariqat, Haqiqat dan Makrifat.......Doa dan terus berdoa....Ya Allah ampunkan lah dosa kami kaum muslimin dan Muslimat Wal Mukminin dan Walmukminat...Ampunkan kedua ibubapa kami, anak, suami, isteri kami Ya Allah! Limpah Kurniakan lah seluas luas Rahmat Mu Ya Allah! Amin Ya Rabbal Alamin...!   


Dari sudut CVT

  

Dari sudut CVT setiap cahaya ada tingkatan aras. Ia beradab mengikut susunan serta bertingkat tingkat dengan penuh harmoni! Putih yang teratas dan yang terbawah adalah Merah hati. Jika pengamalan kehidupan kita baik maka Insyaallah ia tidak akan berubah tempat tetapi dari kajian ia sukar untuk di capai kerana dalam sesaat sahaja cahaya-cahaya ini akan saling bertukar tempat atau istilah kebocoran AURA (cahaya)!

 

Mengapa ini terjadi?

 

Pelbagai factor dan yang lazim nya adalah Pemakanan, Faktor kerja yang melibatkan Stress, Kepenatan, Kemarahan dan sebagainya, Faktor Kemurungan akibat gagal bercinta sesame manusia yang akan membawa kepada Depression! Gangguan daripada Penyakit Sihir atau Saka juga akan “membocorkan” AURA!


Ilustrasi Gambar AURA sahaja....

Terapi?

 

Islam adalah nama yang di khususkan untuk waktu-waktu Solat (Syariat)....jika di lakukan dengan penuh Amanah dan Ikhlas Insyaallah (sila rujuk pada “Siapakah kita - Solat?)...Cuba tanya pada diri “seronok” tak Solat? Apakah yang di rasai di dalam Solat tadi? Protokol di dalam Solat banyak yang kita cuai....Air Wudhuk walau pun sudah bertahun tahun di buat tapi masih tak faham-faham.....kenapa? Kita asyik “melanggar arahan” yang tersirat di sebalik Air Wudhuk sebenarnya (sila rujuk Siapakah kita – Air Wudhuk).....! Mana tak “bocor AURA......!” Jika ada peluang tambahkan dengan Solat dinihari....memang sukar dan sangat mencabar tetapi jika niat dan kemahuan itu Ikhlas dan bersungguh sungguh Insyaallah pasti kita akan terdaya dengan izinNya...!

 

Selain itu mandian ais SW juga ramai yang malas nak buat! Alasan demi alasan asalkan ada alasan.....! Tak percaya? Duduk tarik nafas dan Tanya pada diri........!


Bulan Islam 13, 14 dan 15hb (Bulan Putih dalam istilah Islam) buatkan amalan! Kurafat? Mandian ais datang dari Hadis Rasullulah SAW....     

Daripada Thauban daripada Nabi S.A.W sabdanya:-

 Apabila kena sesaorang kamu demam, maka sesungguhnya demam itu sepotong daripada api neraka, maka padamkanlah ia dengan air. Maka berendamlah dalam sungai yang mengalir, hendaklah berhadap pada pengaliran air (ke hulu), maka bacalah:

(Dengan nama Allah, Ya Tuhanku sembuhkan hamba-Mu dan benarkan Rasul-Mu), selepas solat Subuh sebelum terbitnya matahari. Maka selamlah ke dalamnya 3 kali selama 3 hari; jika tidak sembuh selama 3 hari maka 5 hari; jika tidak sembuh selama 5 hari maka 7 hari; jika tidak sembuh 7 hari maka buatlah 9 hari; maka bahawasanya hampir tidak melampaui sembilan hari dengan izin Allah.

Di sebalik keindahan Islam adalah tips-tips yang di siratkan di sebalik Al-Quran dan Hadis maka gunakan lah akal dan fikiran, kiri dan kanan kekuatan otak untuk sampai kepada niat dan maksud! Dalam mandian tersebut ada Pemujaan ke? Ada penyembahan ke? Ada kebesaran selain Allah SWT ke?  Ada baca2 mentera atau seru2 ke? Aiseh....sebab itu jangan tuduh sembarang2 bagi yang tak tahu serta yang hendak mengambil kesempatan atas sesuatu....!

 

SW ada JIN! Hahaha....pertama sekali bila saya terbaca satu blog saya tak dapat nak tahan ketawa terbahak-bahak! JIN? Tahu tak asal usul mereka? Kekuatan dan kelemahannya? Siapakah kita iaitu Manusia? Kalau dah mengenal atau tahu mengapa pula nak guna JIN? Kenapa saya berkata begini? Kerana pengalaman mereka yang menggunakan SW dan “terkena pelbagai musibah!” Aiseh....! SW ni buat kecelakaan ke? Dalam kajian CVT, ada lebih kurang ratusan ribu pengguna Insyaallah (data dari HQ) SW ni.....Bila kajian di buat yang ada masalah penggunaan ini lebih kepada “barang sendiri (Saka)” yang “mengamuk” kerana cuba nak hindarkan mereka dari tubuh Pengguna tadi! Dari feedback pengguna yang nak “buang SK” akan kena gangguan seperti ini...ada yang jadi Pemarah, jadi tak tenteram, badan jadi panas dan Demam pun ada! Beb...dah bertahun tahun “duduk dalam” tiba2 nak suruh keluar.....! Mahu SK akan kata...”Selepas madu di hisab sepah senang2 je nak buang!” hahaha haruuuu.....! Buat sahabat2 yang mengalami masalah sebegini (tak boleh guna SW) cuba guna Air Yassin dan buat mandian Insyaallah! Cahaya yang di Zahirkan Insyaallah juga Putih....!  Pengalaman yang pernah berlaku seorang sahabat mengambil air dari setiap daerah Masjid/Surau sehingga ke Muar dan di bawa ke Masjid berdekatan rumah beliau untuk di Yassin kan....Dia buat mandian Terapi dan keputusan nya sama sahaja! Sampai hari kedua sahaja dah Malas...! Selepas tu hati kuat menyuruh buang je Air Yassin dari Tong tersebut! Adehhh! Jadi? Istilah yang sama sahaja....tak kan lah pulak Air dari Masijid2 tu ada JIN....!!!    

 

Kenapa saya bercerita bab SW (Sejuta Wajah)?

 

Sw di gelombangkan dgn Cahaya Putih....maknanya ia dapat membantu segala istilah “kepincangan warna atau cahaya” pada bahagian2 lain Insyaallah! Begitu juga dengan Formula 1 atau 2 yang dapat “turun membantu” yang “lain2 Insyaallah!”

 

Yang faham dan yang banyak Berfikir akan tahu Rahsia Frequensi Rendah! Bacaan2 Hayat2 Suci Al-Quran Nul Qarim akan menzahir kan gelombang ini Insyaallah, itu pun jika di baca dengan Betul...!

 

SW sudah di sukat serta sudah di “rakamkam” dengan Gelombang yang di perlukan, Insyaallah gunakan dengan niat yang baik serta Ikhlas...Insyaallah..!

 

Buat sahabat2 sekelian luangkan sedikit masa untuk menilai aspek diri dari 4 sudut yang memerlukan perhatian! Jangan buang masa dan isikan kalau dapat dengan lebih banyak “sparring” tentang hal2 yang akan memberi kemunafaatan pada keempat empat Level tersebut! Percayalah Cahaya timbul dari dalaman tetapi ia tidak akan berfungsi jika Luaran “menyepi!”

 

Salam Muhibbah buat semua....!

 

Wassalam....


Hakcipta Pusat Rawatan CVT ILHAM

Make a free website with Yola