KURSUS LANJUTAN 0 - SIAPAKAH KITA?

Jamal Abdillah -Penghujung Rindu [OFFICIAL VIDEO].mp3

"Kehidupan dunia merupakan suatu Persepsi dalam rahsia Masa........Jangan sekali sekali kita terlena dengan keindahan Persepsi yang di persembahkan jika pandangan kepada nya itu "kosong" semata!!!"


Masa berlalu tiada batasannya. Cahaya demi cahaya datang dan pergi tanpa menunggu sesiapa pun diantara kita.

Hidup bagaikan suatu pelayaran bahtera yang hanya mengharapkan tiupan bayu untuk sampai ke destinasi akhir perjalanan kehidupan! Semalam merupakan sejarah, esok merupakan misteri dan hari ini adalah anugerah buat mereka yang mengerti...! Maka harungi lah setiap detik setiap saat helaan nafas dengan kesyukuran kerana mungkin itu adalah tarikan nafas yang terakhir kali.... 


Siapakah kita? 

Dari azali ceritera yang tersembunyi di balik rahsia bagaikan sutera yang menyalut segala impian-impian bermakna, yang akan berlalu mengikut pada ketetapan masa. Hingga ke hari ini, pastikah kita siapa kita? Apakah destinasi kita selepas ini? Adakah kita pasti sudah bersedia? Apakah rahsia disebalik rahsia yang ada pada kita? Selama ini kita hanya membenarkan masa berlalu tanpa sekatan. Tanpa menoleh, tanpa berkata, tanpa perumpamaan, ibarat "nyah lah engkau dari ku!" Adakah begitu sahabat-sahabat ku? Ia, walau apa sekali pun, kita tetap akan menemui jalan terakhir jalan "pertemuan yang abadi" suka atau tidak! Bagaimana nanti kita diketemukan tanpa mengenali akan "Sang Pencinta"? Mahu kah dia menerima "cinta" kita? Ingat, masa hanya berjalan sehala menuju kepada Pencipta tanpa keraguan dan masa bagi kita adalah Jasad kita! Jasad memegang rahsia masa! Tiada Jasad maka tiada lah masa! Jadi Jangan buang Masa!

Dari sudut CVT, kita diajak berfikir. Berfikir sebenarnya adalah suatu tenaga yang suci yang boleh membawa kita ke mana sahaja. Asal sahaja menuju kepada keseimbangan. Mari kita menggapai apa yang boleh di capai dengan ilmu. Keseimbangan manusia terletak pada AURA 7 nya. Spektrum warna 7 itu adalah milik kita suka atau tidak kesemua manusia sememangnya ada. Islam mengajak kita belajar ilmu untuk mencapai matlamat hidup dunia dan akhirat. Berguru lah dengan mereka yang tahu dan beramallah setelah tamat pengajian buat kebaikan dunia dan akhirat.

Saya teringatkan lagu M.Nasir yang bertajuk "Mustika", cuba kita lihat senikatanya - "Kau yang berselindung di balik sutera warna mu Pelangi"  - 7 Spektrum warna yang wujud di sebalik tabir Jazad! Sesungguhnya indah warna-warna itu yang telah Allah selindungkan dari mata kasar ini melainkan kepada mereka yang berfrekuensi rendah jika tidak hanya dapat di lihat dengan Kamera Aura sahaja! Cuba bayangkan pencipta lagu menyampaikan "Kebesaran Rahsia" di sebalik lagu! Cuba luangkan masa yang sejenak itu dengan berfikir dari mencari jalan menuduh fitnah orang lain! Banyak sangat masa yang membazir! Sayang kan! Fikirkan lah sampai bila diri kita ni nak duduk di dalam Makam yang sama! (peringkat makam nafsu 7). Tiap-tiap tahun bila "buku lama" di serah dan ambil buku baru cerita sama sahaja! Kita fikirkan lah bersama-sama ye......      

Firman Allah "Sampaikan lah kata-kata Ku walaupun dengan sepatah perkataan!" Nah!...Ada segelintir mereka yang menyahut seruan Allah itu seperti lagu-lagu yang diatas.....Sebenarnya ada lagi lagu-lagu yang ada membawa "Rahsia" seperti "Satu kesan abadi - Iklim, Cinta Sakti, Keroncong untuk Ana 1 dan 2, Hati Emas, Sufi, Rupa tanpa wajah, Cermin mimpi, Pada Mu Kekasih, Penghujung Rindu, Seribu tahun takkan mungkin (BPR), Suatu Masa dan banyak lagi.....ia dapat di buat "sparring partner" untuk kita menggapai pemecahan "Rahsia" selain dari kemestian belajar dari Guru yang bertauliah, Insyaallah anda akan berjaya!  Lagu-lagu sebegini akan membantu kita berfikir, mencari pengetahuan apa yang ada pada kita untuk mencapai matlamat mengenali diri sendiri, Insyaallah Taala!

Rasulullah SAW pernah bersabda "Kenalilah diri kamu rata-rata, barulah kamu kenal akan Tuhan yang Nyata"......

Firman Allah :- "Katakanlah ya Muhammad jika mereka bertanya akan Aku maka katakanlah yang Aku ini lebih dekat dari denyutan nadi mereka!"

Lagi lagu IKLIM - Suci dalam debu..

"Engkau bagai air yang jernih, didalam bekas yang berdebu, Zahirnya kotoran itu terlihat, Kesucian terlindung jua".

 Apa agaknya si pencipta lagu ini ingin sampaikan? Adakah ia berkisarkan cerita Roh didalam Jasad yang "berdebu - kotor"? Berfikirlah! Apa pun persepsi pandangan yang kita rasa ia adalah benar kerana ia datang dari kita! Sambung lagi....." Jazad yang terzahir tak kira siapa pun, terpantul nampak oleh setiap pandangan mata tetapi malangnya "Kesucian" yang ada di sebalik Jazad itu tak pernah atau pun nak di ambil tahu atau pun tak tahu langsung! Sambung lagi..."Cinta bukan hanya di mata, Cinta hadir di dalam Jiwa!" ...Yang terbiasa oleh kita adalah mengejar Cinta Dunia dari pandangan nampak oleh mata seperti Cinta antara lelaki-wanita, kereta, rumah, perhiasan DLL le...tapi sebenar-benarnya Cinta yang sejati wujud di dalam diri yang "sendiri"! Di situ lagi indah, lagi cantik dan lagi menawan jika "Cinta terbalas"! Tetapi banyak "pengorbanan" nak kena buat! Apa ye yang nak kena buat? Yang paling ASAS dan sangat berat pun untuk di amalkan adalah :- 

1.    Jaga kata-kata
2.    Kawal hawa nafsu (makan/seks/dunia)
3.    Jaga pandangan mata
4.    Jaga perbuatan kita (jangan mencuri, dll)
5.     Jaga pendengaran kita
6.     Sujud dan ingat pada Allah (embun-embun)
7.    Rendah kan hati ("matikan" sifat keakuan)
8.     Jaga perjalanan kita, Berjalan lah kepada jalan Allah

Nak tahu dari mana perkara-perkara ini wujud?

Ia adalah dari perbuatan Wudhuk!

Sabda Rasullullah SAW :- "Kekalkan air sembahyang (wudhuk) kamu!"

Dari fahaman kita dari golongan syariah ini maka kita tak lain dan tak bukan menahan kentut le....naik merah-merah muka! Rupa-rupanya ada yang lain yang harus kita peka iaitu keindahan yang tersirat di sebalik air sembahyang (wudhuk) ini! Cuba agak-agak "batal" tak air sembahyang kita selepas solat? Selepas setiap waktu Solat, ruangkan sejenak masa dengan memejam mata, fokus ada tak sebelum Solat tadi kita ada tak "melanggar perintah Allah" (perbuatan Wudhuk) maknanya ada tersinggungkan orang, menggelapkan siling, tengok "kecantikan" dengan nafsu berahi, memaki rakan-rakan, memfitnah orang, DLL le....! Jika ada, Istifar, jika ada kesempatan Solat Sunnat Taubah dan yang penting Jangan Buat Lagi!  Itu baru cerita Wudhuk, belum masuk cerita Solat, Puasa, Zakat, Haji, Korban....barulah kita tahu agama Islam ini Indah, Cantik dan tidak ada Agama lain yang seangkatan dengannya! Patut le ia adalah Agama terakhir! Agama Pelengkap! Tetapi sahabat-sahabat ku, titik berat kan Solat kerana itu yang akan di tuntut di akhirat kelak seperti mana Rasullullah bersabda marfumnya :- "Di akhirat kelak yang pertama dan utama yang akan di tanya adalah tentang Solat kamu! Jika ia tidak lulus, yang lain-lain tidak akan di kira!" Jika kita ambil perkataan ISLAM itu sendiri pun ada memegang rahsia 5 waktu Solat itu sendiri! I = Isyak, S = Subuh, L = Lohor, A = Asar, M = Maghrib! Jadi sesiapa yang tinggal kan Solat maknanya.....??? 
Insyaallah semoga Dia memberi kekuatan kesihatan Taufiq dan Hidayah buat kita semua....Amin!   

Kita sambung semula cerita tentang lagu "Suci dalam Debu"....

Chorus : - "Suatu hari nanti pastikan bercahaya "pintu" akan terbuka kita akan bersama, di situ kita lihat bersinarlah Haqiqat, "debu" jadi permata hina jadi mulia, bukan hayalan yang aku berikan tapi keyakinan yang Nyata".
Inilah saat-saat yang arif selalu ternanti-nanti tetapi hanyalah ngeri atau igauan bagi yang tak mengerti....
Teringat saya akan cerita Wali Sembilan di mana Syeikh Siti Jenah asyik memegang cermin dan melihat diriNya setiap detik setiap saat! Dari konsep di sebalik simbolik itu maknanya Keindahan yang Haqiqi (yang Satu) yang telah beliau dapat tak akan pernah sama dengan Cinta "Luaran" duniawi! Rugi walau pun sesaat "keluar" dari "pintu keindahan kenikmatan" itu!

Dalam cerita itu Syeikh Siti Jenah berkata yang bernohta :- "Mati itu akan meletakkan aku lebih dekat dengan Pencipta ku!"


Juga cerita yang sama pada lagu "Penghujng Rindu" - "Seribu tahun takkan sama, Sesaat bersatu dalam Nyata!"........Rasa Nikmat yang tiada tolak bandingnya walaupun maaf kata, hubungan suami isteri! Jauh dan jauh sekali! Bak kata sahabat-sahabat saya, tak sama langsung rasanya di sana dari yang di sini! Maka jika kenyataan sudah pun nyata jauh lebih baik walau sesaat, maka tak mungkin yang mengerti akan melencong ke arah lain! Insyaallah! 


 
Nota : Jika Jasad yang mempunyai frekuensi yang rendah bertekanan tinggi (sel-sel tumpat) ia akan menyebabkan tulang menjadi "kristal". (teringat saya suatu ketika semasa kecil melihat pemindahan "makam wali Allah", apa yang jelas didalam liang lahad itu hanya terbau harum serta seketul permata yang terdapat disitu! Subahannallah!
       
Jangan salah ertikan pula maksud saya ye...kita buat kebaikan dan segala perintah perintah Allah bukan kerana mengejar "Keramat" tetapi mengenali akan diri yang satu yang akan pasti memberikan kita jalan menuju kepada Pencipta yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Insyaaallah! Amin! 

Sabda Rasulullah SAW marfumnya -"Jika perbuatan kebaikan itu hanya untuk menunjuk-nunjuk maka sia-sia lah perbuatannya ibarat Debu diatas batu yang ditiup Angin".

Buat sahabat-sahabat ku, berbuat baiklah pada diri mu dan jangan sekali-sekali menganiaya diri sendiri! Jangan buang masa dan jika ditakdirkan masa tidak bersama kita lagi perjuangkanlah segala amal kebaikan buat dunia dan akhirat!
 
Ingatlah akan Firman Allah :- "Setiap yang berjiwa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala mu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan". Surah Al-Imran ayat 185.

Kisah Rasullullah SAW yang menangis pada saat-saat akhir ketika hendak menghembuskan nafas yang terakhir kepada sahabat-sahabat (yg bertanya mengapa beliau menangis) :- "Aku telah melihat Islam akan berpecah belah menjadi 73 bahagian di mana 72 bahagian akan masuk Neraka dan hanya 1 bahagian yang akan di masukkan ke dalam Syurga!" (diceritakan dalam lagu Tanya sama itu Hud-Hud - M.Nasir). Maka di tanya sahabat-sahabat bagaimana hendak mengikuti yang satu itu? Maka Rasullullah pun bersabda buat terakhir kali :- "Ikutilah Al-Quran dan Hadis nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya!"

Cerita Solat

Setelah segala amalan dari air wudhuk itu kita praktikkan maka tiba lah masanya untuk kita berdiri mengerjakan Solat! (Semoga dah “putih hati” setelah beramal dengan “puasa anggota - air wudhuk.”) Apa istilah Solat? 

Sabda Rasullullah SWT “Apabila kamu Solat makrifat kamu adalah melihat Allah”!

Tetapi bagaimana kita nak melihat Allah kerana ia Gruyub dari segala yang Gruyub (Maha Ghaib!)

Lagi kes berat adalah tatkala kita angkat Syahadah "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan lain yang di sembah melainkan Allah!" (Bernohta ke?)

Sebab itu bab Solat ni akan di titik beratkan kelak di akhirat kerana "Penyaksian itu semata-mata!"

Firman Allah "Di mana sahaja hadap kamu di situ wujud Allah!" Juga :- "Tiada bergerak walau sebesar zarah sekali pun melainkan dengan izin Aku semata-mata!" "Lahaulawalla kuwata'illa billa hialiyilazimmmm! Tiada daya upaya kamu melainkan dengan izin Aku semata-mata!"

Teringat kata salah seorang guru saya "Korang ni dah lah "pekak","buta" pulak tu!" Kalau dah "buta" gunakan "tongkat" untuk berjalan! Blurrr saya tidak terkata! Apa maksud guru ketika tu! Saya terfikir jauh seakan masalah yang berat tak terhurai....tetiba saya teringat kata-kata lemah lembut dari arwah Ibu saya "Selalu-selalu ingat pada Allah dengan kerap mengangkat lidah iaitu ingat pada Nya ibarat orang yang buta berjalan mesti dengan bertongkat! Katakanlah dengan lidah, tasdiqkan di dalam hati!" Masyaallah! "Terror" juga Arwah ibu saya ni! hehehe....tetapi itu hanya hujung jari sahaja "jalan" yang boleh membantu kita sampai Insyaallah.....! Jadi macam mana nak sampai? 

Maka baliklah kita mengenal dahulu diri sendiri....tuntutlah ilmu mengenal akan diri sendiri dahulu! Mari jom kita pergi belajo! Saya teringat satu teka-teki dari sahabat saya “Apakah benda ghaib yang ada pada manusia itu? Tak nampak tapi boleh di kendalikan! Kalau kau tahu itulah Rahsia Allah! Tapi jangan sentuh Ruh! Itu dah dalam sangat dan juga itu urusan Allah!” Agak-agak anda apakah jawapannya ye?

CVT membuktikan sebenarnya apa yang tersirat di sebalik perbuatan Solat yang begitu Unik dan Suci tidak akan dapat dengan perbuatan penyembahan dari yang lainnya! Ketahuilah Solat dalam agama terakhir zaman iaitu ISLAM di turunkan buat Rasullullah SAW mengandungi rahsia yang begitu besar jika kita tahu! 

Apabila kita mula berdiri didalam Solat, dengan segala segenap fokus, jika berdaya di dalam rahsia “penyerahan mutlak”, maka akan terbentuk suatu Cahaya yang bergerak membujur dari atas ke bawah tubuh! Bila tubuh mula didalam keadaan tidak lagi berdiri maka cahaya akan bertukar bentuk menjadi melintang! Penggerakkan ini akan menyebabkan Gas-gas atau Aura atau Cahaya yang “bocor” ternaik ke atas di dalam rahsia tekanan tinggi dalam sistem! Sujud kita itulah yang akan menyebabkan gas-gas tersebut keluar mengikut bumi yang tersentuh melalui dahi kita! Ada beberapa orang yang saya lihat ada berbekas di dahi mereka itu dan bersyukur lah kerana maknanya “penyakit” dapat di keluarkan melalui Solat! Kenapa kat Dahi? Kerana kaum Adam tak ada discharge tiap-tiap bulan seperti kaum Hawa!!! Dan bagi kaum Hawa itulah yang terjadi iaitu segala penyakit anda (kaum hawa) akan turun terkumpul di dalam darah kotor! Sebab itu tak pernah akan ada kaum Hawa yang berbekas pada Dahi mereka! Dalam istilah sebenar Solat itu adalah merupakan suatu Terapi untuk Hamba-hambaNya agar sentiasa dalam tekanan yang tinggi, Aura yang tersusun mengikut susunan tingkatan maka keluarlah Nur pada cakra 1 setiap individu itu (Dahi)! Selain itu juga, apabila di buat kajian, penggerakkan Solat itu ada menyimpan rahsia Gerakkan Harmonik Ringkas, membentuk tenaga mekanik yang berfrekuensi rendah yang berupaya mengeluarkan Hormons Melatonin! Bila Hormons ini terzahir maka kita akan menjadi Tenang...........! Unik bukan! Jadi siapa tak Solat maknanya terperangkap lah segala “penyakit” yang datang dari istilah Spiritual, Emosional, Mental serta Fisikal di dalam sistem individu itu! Maka kalau di kaji...amat RUGI Solat itu dipersia-siakan!!!!


Rasulullah SAW bersabda, عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ ص يَقُوْلُ: اِنَّ اَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ اْلعَبْدُ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ الصَّلاَةُ اْلمَكْتُوْبَةُ فَاِنْ اَتَمَّهَا وَ اِلاَّ قِيْلَ. اُنْظُرُوْا، هَلْ لَهُ مِنْ تَطَوُّعٍ؟ فَاِنْ كَانَ لَهُ تَطَوُّعٌ اُكْمِلَتِ اْلفَرِيْضَةُ مِنْ تَطَوُّعِهِ، ثُمَّ يُفْعَلُ بِسَائِرِ اْلاَعْمَالِ اْلمَفْرُوْضَةِ مِثْلُ ذلِكَ. الخمسة، فى نيل الاوطار 1: 345

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya pertama-tama perbuatan manusia yang dihisab pada hari qiyamat, adalah shalat wajib. Maka apabila ia telah menyempurnakannya (maka selesailah persoalannya). Tetapi apabila tidak sempurna shalatnya, dikatakan (kepada malaikat), “Lihatlah dulu, apakah ia pernah mengerjakan shalat sunnah ! Jika ia mengerjakan shalat sunnah, maka kekurangan dalam shalat wajib disempurnakan dengan shalat sunnahnya”. Kemudian semua amal-amal yang wajib diperlakukan seperti itu”. [HR. Khamsah, dalam Nailul Authar juz 1, hal. 345]

Rasulullah SAW bersabda, عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ ص يَقُوْلُ: اِنَّ اَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ اْلعَبْدُ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ الصَّلاَةُ اْلمَكْتُوْبَةُ فَاِنْ اَتَمَّهَا وَ اِلاَّ قِيْلَ. اُنْظُرُوْا، هَلْ لَهُ مِنْ تَطَوُّعٍ؟ فَاِنْ كَانَ لَهُ تَطَوُّعٌ اُكْمِلَتِ اْلفَرِيْضَةُ مِنْ تَطَوُّعِهِ، ثُمَّ يُفْعَلُ بِسَائِرِ اْلاَعْمَالِ اْلمَفْرُوْضَةِ مِثْلُ ذلِكَ. الخمسة، فى نيل الاوطار 1: 345 Dari Abu Hurairah, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya pertama-tama perbuatan manusia yang dihisab pada hari qiyamat, adalah shalat wajib. Maka apabila ia telah menyempurnakannya (maka selesailah persoalannya). Tetapi apabila tidak sempurna shalatnya, dikatakan (kepada malaikat), “Lihatlah dulu, apakah ia pernah mengerjakan shalat sunnah ! Jika ia mengerjakan shalat sunnah, maka kekurangan dalam shalat wajib disempurnakan dengan shalat sunnahnya”. Kemudian semua amal-amal yang wajib diperlakukan seperti itu”. [HR. Khamsah, dalam Nailul Authar juz 1, hal. 345]

Source: http://www.fiqihmuslim.com/2015/09/kumpulan-hadist-nabi-tentang-sholat.html

Saya ingin berpesan pada diri sendiri dan anda semua, ingatlah pada Hadis Rasullullah SAW marfumnya : ”Jangan lah kamu mencuri-curi masa dalam Solat”! Ingatlah pada Hadis yang awal-awal saya ada letakkan di atas “Yang pertama dan utama yang akan di tanya di padang Mahsyar adalah tentang Solat kamu, jika tidak sah, yang lain-lain tidak akan dikira!”

Maha Suci Allah dengan Sifat Pengasih Penyayang, dalam FirmanNya “Telah kami muliakan martabat kamu wahai cucu anak adam ke suatu tahap tertinggi dari makhluk Ku yang lain!” Apakah buktinya?

Dari sudut CVT :- Kita mempunyai 4 Level Aras (AURA luaran) iaitu :-

         1.    Spiritual/Putih/Angin/Cahaya,

         2.    Emosional/Merah Jambu/Api/Haba,

         3.    Mental/Hijau/Air/Kimia,

         4.    Fisikal/Biru/Tanah/Kristal.  

Serta 7 AURA dalaman tersusun mengikut susunan tingkatan Cahaya!  

Kajian membuktikan mahkluk Allah yang lain hanya ada 1 Level sahaja iaitu :-

        1.    Malaikat / Haiwan / Tumbuh-tumbuhan – Spiritual/Putih/Angin/Cahaya

        2.    Iblis – Emosional/Merah Jambu/Api/Haba


Bila kita menyentuh bab Solat ni saya tak akan pernah lupa kata-kata dari sahabat/guru saya ini :- Takkan lah Solat engkau tu nak sama macam dulu-dulu tu! Itu Solat budak-budak!”
 

Tersentak hati saya, kecil hati, malu hati dan sebagainya....tetapi saya buang segala yang negatif dan berkat usaha dengan pimpinan sahabat-sahabat saya serta guru saya Alhamdullilah...! Faham lah sikit! (Tetapi harus diingat - Air Wudhuk harus dijaga dan di kekalkan!") Kata-kata "racun" dari sahabat saya Md Khalid "Tuhan minta di sembah ke?"

Maka bunyilah Azan bila sampai pada setiap waktu yang ditentukan...

"Aku (Allah) lah Maha Besar, Tiada Tuhan lain melainkan Aku (Allah)!" Terdengar setiap 5 waktu Azan laungan suara Dia iaitu Allah semata-mata...menyeru, memanggil datang "bertemu" dengan Dia yang Satu!. Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang...! Tapi biasalah...apabila kita tidak pernah menghayati, maka tidak akan pernah boleh mendengar akan Dia yang Satu itu! Yang kita terdengar adalah Muazin atu pun lebih di kenali sebagai Bilal....jadi masih lah kita terhijab lagi dan lagi dan lagi....! Rajin-rajin lah berlatih untuk melepaskan diri dari "hijab" tersebut! Sebab itu saya lebih gemar mendengar Azan sewaktu belajo dahulu dengan melihat dari kaca TV Oasis! Video akan tunjuk dedaun tumbuh, matahari terbenam, air terjun dan pelbagai lagi pandangan alam semesta di mana kalau dilihat dengan Haqiqat sebenar, maka meremanglah bulu roma anda...! Maka fana lah "alam semesta" dan menjeritlah batin Ku bergema dengan laungan "La illah haillallah!"  

Barulah nanti sebenar-benarnya di dalam Solat itu akan kita nampak tiada lain hanya untuk Allah, "nampak Allah", "dengar Allah", "cakap Allah", segala-galanya Allah semata-mata! Barulah "terpampang nampak" segala yang kita belajo dahulu Sifat 20 dan segala Keesahan serta Allah itu Satu, tiada beranak dan diberanakkan!" Barulah faham Firman Allah yang bermaksud : "Di mana sahaja hadap kamu, di situ wujud Allah semata-mata"!

Fikirkan sejenak...fokus dan dengarlah.....sebenarnya segala apa pun yang wujud adalah Dia..."Disebalik Sutera (hijab) Aku bersemi...Bukalah setiap pintu hijab itu nescaya nampaklah kau akan Aku di situ dan apabila kamu mengenal akan Aku iaini Allah maka nescaya "binasalah" kamu!"

Sebenarnya juga rahsia Solat itu adalah "Penyerahan" semata-mata pada Dia yang satu. Dari Asma', Af'al dan segalanya dalam istilah Nafi dan Isbat! Ya...segala-galanya! Kalau dalam solat, setiap patah hayat-hayat Al-Quran yang dibaca atau didengar harus wajib "dikembali serah" pada dia semata-mata! Hingga "hilanglah pandangan,hilanglah bayangan,hilanglah kata-kata dan hilanglah segala apa pun milik kita kerana sudah "dikembalikan" pada Dia yang Satu! Firman Allah "Suatu ketika nanti kata-kata engkau adalah kata-kata Ku, dengar engkau dengar Aku, nampak engkau nampak Aku"....................................................................... 

(Lagu suci dalam debu - Suatu hari nanti, pastikan bercahaya, pintu akan terbuka, kita akan bersama, di situ kita lihat, bersinarlah Haqiqat, deu jadi permata, hina jadi mulia. Bukan hayalan yang Aku berikan tapi keyakinan yang Nyata!"....

Sabda Rasullulah SAW :- "Hendaklah kamu menukarkan cahaya kamu kepada cahaya Tuhan kamu!"

Dan juga Ibarat kata dalam lagu - Cermin mimpi :- "Bila Bulan bersatu dengan Mentari, bayang-bayang ku hilang, diselubungi kerdip Nurani, Mencurah kasih, kasih murni, kasih murni"... ....Nikmat...Nikmat...Nikmat! Barulah hadis Rasullullah itu kita akan faham Insyaallah "Sebenar-benar Solat itu adalah beserta dengan Zuhud!"

Dan ingatlah di dalam Hadis Qudsi :- "Tiada sah sembah kamu melainkan kamu kenal dahulu siapa yang disembah!"

Maka teringat juga saya pada Lagu Iklim - Satu Kesan Abadi...chorus lagu iaitu :-

Sendiri meminta, di cantum padanya, tak gelisah lara, cerita yang punah, biar pun meronta , tidak menjadi ngeri....ku yakin di sana, gelap yang tiada, kesan suatu Cinta, terpancar cahaya, jelas segalanya, hanya sinar Mu yang mampu memberi Cinta itu...! Dengan aman, senyum lah sepuasnya, Jauh berbeza, dari yang di rasakan rasa yang di sini! Itu suatu rahsia hanya tersendiri, itu hanya iringan nyanyian mimpi..." 

Cuba tanya dengan itu pokok (lagu) - Solat tu berat ke? Solat tu siksaan ke? 

Kita dah terlambat ni....cepat-cepat kejarlah Masa yang telah banyak tertinggal! Perbetulkan segala apa yang tak betul! Doa dan mohonlah pengampunan semoga pertemuan abadi akan beerti buat kita, Insyaallah!

Tetapi...! Ingatlah duhai sahabat-sahabat ku, Hijab yang teramat besar sekali adalah sifat keakuan kita sendiri! Maka "matikan" lah sehingga "hilang diri" dan yang penting "hilang nama (keakuan)!" (pandanglah dalam-dalam ke dalam diri sendiri ada tak masih ada sifat :- "aku lah yang buat tu! kalau tak kerana aku memang tak jadi semua tu! aku lah yang terbaik! aku lah tercun! amacam ok tak aku!" - selagi masih ada walau sedikit pun maknanya tak habis lagi "penyerahan" pada yang Satu!

Yang lebih menghairankan adalah bagaimana sesaorang itu boleh mengaku dia itu Handsome (lelaki) dan "Jambu" (wanita)? Persoalannya bila atau bagaimana dia dapat melihat wajah dirinya sendiri melainkan dia melihat menerusi makhluk Allah yang lain iaitu Cermin atau Air ataupun orang lain yang beritahu dia tanpa disedari orang yang beritahu dia tu pun semakin "terhijab!" Maka pandangan itu "kosong" semata seperti Firman Allah "Hendaklah kamu memandang pada setiap pandangan bersama Ku!" Jika tidak maknanya "hanyut" lagi lah kita dengan arus "keduniaan" yang nampak serta yang tak nampak!)

"Tidak lah Aku mencipta kamu berpuak-puak, berkaum-kaum, berlainan bahasa, berlainan warna melainkan untuk kamu saling mengenal siapa Pencipta kamu!"

"Pandanglah dari yang satu kepada yang ramai, dan kembalikan lah pandangan pada yang ramai itu kepada yang satu, dan pandanglah terus dari yang satu itu kepada yang "Tiada"!"

Suatu hari nanti Bila Wajah bertentang Wajah, lidah kelu tiada berkata, hanya Haqiqat rasa yang akan berkata "Kaulah Tuhan ku!"..................

Barulah lagu "Cermin Mimpi" ini beerti pada kita, jika tidak, lagu tinggal lagu lah jawabnya:-

"Dengan tersingkapnya Tabir Siang, Wajah kita jelas terbayang, dan terpecah cermin mimpi, menjadi sinar Pelangi.."

Dan juga lagu "Suci dalam Debu" :-

"Suatu hari nanti, pastikan bercahaya, Pintu akan terbuka, kita akan bersama, di situ kita lihat, bersinarlah Haqiqat, Debu jadi permata, Hina jadi mulia, bukan hayalan yang Aku berikan tapi keyakinan yang Nyata!"

Senyum...senyum......dan tersenyum....! (mudah-mudahan)....


Cerita Puasa

Dalam setahun ada satu bulan yang sangat barakah dari yang lain iaitu Bulan Ramadan atau juga di kenali sebagai Bulan Puasa! Rata-rata setelah kajian di buat banyak juga yang menyatakan "Bulan Siksa"! Huh??? Saya ingat hamba Allah tu kata Setan kena siksa tapi maksud dia diri dia manusia ni yang tersiksa! Tak boleh makan dari terbit matahari hingga terbenam matahari baru boleh makan! Mak datok! Itu kah fahaman kita? Hisssss......! Takpe dulu saya sewaktu kecik-kecik pun sama je...curi minum dalam bilik air! Curi makan selagi boleh! Kita serupa le jawabnya.....! Kita perbetulkan agar anak-anak kita serta generasi baru dan lama yang kurang faham ini akan lebih faham Insyaallah! Maksud Setan kena ikat tu adalah Nafsu kita kena ikat! Bukan hanya ikat tetapi mesti kena ikat!

Rasullullah SAW bersabda :- "Ada seketul daging di dalam diri manusia itu dan jika ia Putih maka Putih lah keseluruhan tubuh badan anak adam itu dan jika sekiranya ia Hitam maka Hitam lah keseluruhan tubuh badan anak adam itu! Ketahui lah ia adalah Hati!"

Dari sudut CVT kajian kita menunjukkan segala pemakanan berlebihan sehari yang kita makan akan disimpan di dalam "peti simpanan" manusia iaitu Hati! Selepas sehari ada lagi berlebihan, lusa ada lebih lagi dan lagi dan lagi! Maknanya dalam peti simpanan tu tak pernah lekang dari "barang-barang" berlebihan! Masuk hari yang ketiga "barang-barang" ini akan rosak dan mula lah asid terbentuk dan di alirkan keluar ke sistem tubuh yang akan di bawa darah ke seluruh tubuh badan kita ini!!!! (Maka hitam lah keseluruhan tubuh badan anak adam itu! - dari Sabda Baginda Rasullullah SAW).
Dengan di adakan Puasa, apabila tidak ada pemakanan baru yang masuk ke dalam perut, dengan pekerjaan yang dijalankan kita biar pun hanya berfikir akan memerlukan tenaga, maka "tenaga" yang terbiar di dalam peti simpanan (Hati) kita tu akan di gunakan semula! Nah! Bersih le jawabnya, Insyaallah! Cuma kami bimbang apabila masuk waktu berbuka kita akan "bayar balik" apa yang tak dapat sewaktu berpuasa tadi dengan menghentam pelbagai makanan sehingga Puasa itu tidak menjadi munafaat seperti Sabda Rasullullah SAW :- "Ramai dari mereka yang berpuasa tidak lain hanya merasakan lapar dan dahaga sahaja!" Tetapi jika Puasa itu di jalankan dengan pengertian yang betul tidak lain Puasa adalah ibarat suatu Terapi semula jadi! Dari banyak asid sampai kurang asid sehingga tiada asid yang beracun! ("Maka Putih lah keseluruhan tubuh badan anak adam itu!")

Di dalam bulan Puasa tekanan pada perut akan menjadi tinggi! Jika yang berpuasa itu benar-benar ikhlas berbuat kerana Allah maka tekanan pada perut tidak akan menjadi rendah seperti biasa meminta di isikan dengan makanan. Dan sebenarnya tekanan tinggi akan terbentuk pada perut (Solar Plexus) seperti dinyatakan tadi! Ini akan menyebabkan tarikan gravity pada perut juga akan menjadi baik! Selepas berpuasa dalam 20 lebih hari maka sistem akan menjadi balance semula Insyaallah, dengan kandungan yang berlebihan dalam sistem sudah mula terkawal semula! Sel-sel tubuh mula menjadi tumpat...! Tarikan gravity perut akan "menarik" segala bentuk frekuensi rendah yang ada....ya apa yang ada!

Cuba tanya dengan itu pokok :- Puasa itu Penyiksaan ke? 



Pada mereka yang berjaya berpuasa dengan erti kata Ikhlas sebenar-benarnya maka mudah-mudahan anda akan tercapai atau pun mendapat ganjaran yang Allah janjikan pada semua Insyaallah! Selamat berpuasa ye......! 

  
IBADAH KORBAN DAN HAJI

 

Kalau anda terperasan, cerita bab Korban dan Haji saya satukan! Sememangnya Ibadah Korban ini ada bersangkut paut pada Bulan Haji. Tetapi kenapa ye?

 Kerana kalau tak buat “Korban” maka tak dapat “naik Haji” lah jawapannya kan! Dari Syariat sendiri pun, kalau tak berkorban simpan duit kita tak akan dapat “cium bau Kaabah”! Bagaimana dengan pengorbanan yang lain pula?

Tenangkan jiwa dan perasaan ye....Tarik Nafas panjang-panjang...! Kerana saya nak ajak kita semua menggunakan istilah akal sejenak dengan menggunakan istilah Lojik dan Rasionallity! Baca surat khabar....cuba kita lihat pelbagai “perbuatan aneh” manusia! Dari melanggar hukum-hukum yang kecil sehingga hukum-hukum yang besar umpama membunuh, merompak, menculik, merogol, dan pelbagai lah kalau nak baca tu hari-hari kita akan di persembahkan dengan kejadian pelik manusia! Adakah itu fitrah manusia?

Kalau kita lihat rancangan "Animal Planet" kita akan terlihat seekor Pelanduk di intip seekor Harimau! Silap sahaja langkah si sang Pelanduk tu, "ngap" kepala dia hilang (kena baham le!) Kenapa? Adakah si sang Rimau tu tak kesian ke melihat si cute miut sang Pelanduk tu! "Apa aku peduli!" kata sang Rimau, "itu makanan aku dah! Mana ada istilah kesian-kesian!"

Kalau begitu baharulah kita katakan fitrah! Binatang tiada AKAL! Sebab itu haiwan berjalan dengan 4 kaki! Tetapi manusia berjalan dengan 2 kaki, kepala di atas lagi! Kenapa? Kerana ada "rahsia Allah" di situ iaitu AKAL!  Itulah bezanya antara Haiwan dan Manusia! Cuba kita perhatikan sifat kita bila kita tiada berakal! Allah mencipta untuk kita pelajari, lihat dan berfikir perbezaan diantara manusia dengan haiwan! Saya ambil satu kisah tragis yang berlaku di JB sikit masa lalu, kisah budak dalam lingkungan "hingus masih meleleh" di rogol dan di bunuh!  Lepas tu di campak kat longkang je! Alahai manusia!!! Juga di kawasan Gelang Patah, JB lebih kurang sama je kes! Adakah itu fitrah kita? Astarfirullahal azimmm! Tetapi sahabat-sahabat ku, ingat dan selalu berjaga-jaga kerana ia boleh berlaku (jadi manusia jahat) kepada sesiapa sahaja jika terleka dan hilang akal pertimbangan! Na'uzubillah!    

Kenapa? Kerana sifat Haiwaniah kita lah! Macam kisah Harimau dengan si Pelanduk tadi! Sebab itu secara simboliknya, sewaktu kita dilahirkan, disuruh kita beraqiqah, maknanya semoga kita “dimatikan sifat haiwan” itu! Selepas akal dikembalikan (akil baligh), maka kita buat pula Ibadah Korban tetapi masalahnya rata-rata ramai yang masih keliru dan tak faham istilah “korban” tu! Pengorbanan apa yang sudah kita buat untuk diri kita? Yang dituntut langsung terlewa! Cuba perhatikan semula Rahsia Air Wudhuk! Sudah kah kita “kekalkan Air Wudhuk” itu??? Sahabat-sahabat ku sekelian...jika benar-benar kita “bermujahaddah” dengan mengamalkan “kekalkan air wudhuk” itu, Insyaallah, “putih lah Pintu Makrifat” kita di sisi Allah! Putih bersinar bersihlah “Hati Nurani” kita! 

Teringat saya akan petikan dari sebuah filem lama "Wali 9". Jika tidak berjaya "berkorban" maka seperti Syeh Siti Jenah katakan pada para murid nya " Ilmu weh datul Wujud ini jika kamu berjaya, maka kamu akan melihat kebanyakan manusia yg di sekeliling kita berkepala hewan! Tetapi jika kamu tidak berjaya maka kamu akan terlihat kepala kamu yang berkepala hewan!" 

Percayalah! Ia adalah benar! Jasad hanya akan merakam (sel-sel) apa pun yang kita cuba hendak mencipta dan sudah pasti ia akan tercipta! Jika "diri" yang dicipta itu berfitrah seperti Haiwan, maka tercipta lah ia! Nauzubillah himin zalik! Maka nanti segala yang ada pada diri dari bentuk Spiritual, Emosional, Mental serta Fisikal akan berkemahuan seperti Haiwan! Yang sangat menyedihkan kepala kita akan tercipta seperti Haiwan juga! JANGAN sekali-sekali ye! JANGAN ANIAYA DIRI SENDIRI! Mengapakah harus siksa diri sendiri! Jagalah diri yang satu itu dengan sebaik-baik mungkin! Berkorbanlah apa sahaja demi kesejahteraan untuk dia! Bagaimana nanti kita hendak mengembalikan Jazad kita kepada Pencipta yang sememangnya ada tanda chop "This property belongs to Allah!" 

Teringat akan lagu Allahyarham Ismail Haron "Janganlah kau mengotori Jazad mu duhai Insan! Tidak kah kau takut nanti Ruh mu tak mengenal Jazad mu!"    

 Berbalik kita pada cerita "Berkorban".- Suatu ketika dulu, saya pernah bertanya dengan kakak ipar saya yang sememangnya boleh “satu kepala” tentang pengetahuan beliau tentang ibadah korban ni dan jawapannya adalah:-

“Kita buat korban untuk nanti di akhirat, di padang Mashyar kita buat tunggangan lah nanti! “ Secara spontan lah pulak saya terjawab kat dia “Alamak kak, pengsan lah kambing-kambing atau lembu-lembu tu!” Mana nak tahan,kambing kalau bawak orang yang saiz macam akak adeh! Kalau lembu pulak 8 orang yang tunggang!” Dengan penuh konfiden akak ipar saya jawab balik “Ya, memang kita akan tunggang binatang korban ni nanti!” Tuhan akan kuatkan binatang-binatang tu nanti! (Ada logic jugak ye!)

 Bagaimana fahaman anda? Saya bergurau lah pulak dengan dia, kalau saya, saya buat macam orang-orang cina tu yang bakar kereta, lagi best kak! Niat lah kereta tu ada air-con, sedap je nanti kat sana yang sudah tentu panas gila (matahari sejengkal)! Tak perlu susah-susah berjalan kaki atau tunggang haiwan korban tu! Pandu kereta berhawa dingin lagi! Adehhh! Mesti ramai yang nak tumpang kak kat sana nanti...! Dia mengekek ketawa dan dengan selambanya dia kata “Akak tumpang jugak tau!”.....

Berbaliklah kita dengan kisah peristiwa “Korban!”. Kisah Nabi Allah Ibrahim yang di kurniakan anak sesudah lewat usia dan di beri nama Ismail. Nabi Allah Ibrahim A.S. bermimpi sesungguhnya Allah memerintahkan beliau menyembelih satu-satunya anak nya iaitu Nabi Ismail A.S!

 Saya petik cerita dari seorang hamba Allah di Internet dan saya tampalkan kisah tersebut di bawah. Terima kasih dan semoga Allah menganugerahkan kebaikan buat kamu dunia akhirat, Insyaallah...Amin! 

 

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"
(Ash-Saffat: 102)

Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak pergi melaksanakan penyembelihan puteranya itu, beliau berkata kepada Siti Hajar, ibu Ismail a.s.: "Tolong kamu pakaikan anak kamu Ismail pakaian yang paling baik dan cantik kerana aku akan pergi berziarah dengannya."

Siti Hajar memakaikan pakaian yang paling cantik kepada Ismail, memberinya minyak rambut, lalu menyisir rambutnya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. pergi bersama Ismail dekat dengan kota Mina. Dia juga membawa tali dan pisau yang tajam. Waktu itulah, iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Menyaksikan perkara itu, Ismail ketakutan dan berlari ke hadapan ayahnya.

Iblis lalu berkata: "Apakah kamu tidak memerhatikan badannya yang gagah, parasnya yang tampan dan perilakunya yang santun?"

Nabi Ibrahim a.s. menjawab: "Ya, tetapi aku telah diperintah oleh Tuhanku untuk menyembelihnya."

Apabila iblis terkutuk itu putus asa kerana tidak dapat menggoda Nabi Ibrahim a.s., dia pun pergi menemui Siti Hajar dan berkata: "Bagaimana boleh kamu hanya duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelih anak kamu?"

Siti Hajar menjawab: "Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak akan sanggup menyembelih anaknya sendiri!"

Iblis berkata: "Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisau. Dia mengira Tuhannya telah menyuruhnya untuk itu."

Siti Hajar mengelak: "Nabi tidak diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika memang Allah s.w.t. telah memerintahkan perkara itu, aku sendiri bersedia untuk menurut perintah itu dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa, malah anakku rela kukorbankan demi Allah s.w.t.!"

Apabila iblis terkutuk berputus asa kerana tidak boleh memujuk Siti Hajar, maka dia pergi menemui Ismail seraya berkata: "Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu."

"Jangan berdusta, hai iblis. Mengapa ayahku hendak menyembelihku?" tanya Ismail.

"Dia mengira bahawa Tuhannya telah menyuruhnya demikian."

"Aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku!" tegas Ismail

Ketika iblis yang terkutuk itu melontarkan kata-kata yang lain, terlebih dahulu Ismail a.s. mengambil batu dan tanah lalu melemparkannya kepada iblis sehingga menyebabkan mata iblis yang kiri pecah dan menjadi buta. Setelah itu, barulah iblis pergi. Peristiwa inilah yang melatarbelakangi perintah Allah s.w.t.yang mewajibkan umat Islam untuk melemparkan batu di tempat itu untuk mengusir syaitan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ismail.

Apabila Nabi Ibrahim a.s. sampai di Mina, beliau berkata kepada Nabi Ismail: "Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkanku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu?"

Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu. Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah s.w.t. itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah s.w.t. atau tidak.

Lalu Ismail menjawab: "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t., ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t."

Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: "Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh)." Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah s.w.t.

Kemudian Ismail berkata: "Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesanan kepada ayah! Hendaklah ayah mengikat tanganku agar aku tidak dapat bergerak-gerak kerana mungkin aku akan menyakiti ayah. Hadapkan wajahku ke tanah agar ayah tidak dapat melihat wajahku dan berasa kasihan kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah agar tidak dilumuri darah meskipun sedikit sehingga mengurangkan pahalaku dan diketahui oleh ibu hingga dia menjadi sedih. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah dan mempercepatkan sembelihannya di atas leherku agar aku tidak merasa terlalu sakit kerana sesungguhnya mati itu sakit sekali.

Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai kenang-kenangan dariku, serta sampaikan salam hormatku kepadanya dan katakan; Bersabarlah engkau menerima perintah Allah s.w.t. dan jangan beritahu kepadanya bahawa ayah telah menyembelih aku dengan mengikat tanganku. Jangan pula ayah memasukkan anak-anak ke rumah ibu, agar kesedihannya tidak terlalu lama. Begitu juga ayah, janganlah kamu melihat anak seusiaku kerana nanti ayah akan menyesal dan bersedih terhadapku."

Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sebaik-baik penolong adalah kamu, wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t."

Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Nabi Ibrahim a.s. sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail seperti membaringkan kambiing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim a.s. menelungkupkan wajah Ismail dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.

Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku di suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisaunya pada leher Ismail a.s., beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali, tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu.

Sesungguhnya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t. telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut. Ketika melihat Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih puteranya Ismail, mereka tersungkur bersujud kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman: "Perhatikan oleh kamu sekalian tentang hamba-Ku ini, bagaimana dia meletakkan pisau di atas leher puteranya untuk mengharapkan keredhaan-Ku, sedangkan kamu dahulu telah menyatakan sesuatu ketika Aku berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah." Kamu berkata: "Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi dan akan menumpahkan darah, sedangkan kami semua maha sucikan Engkau?"

Kemudian Ismail berkata lagi: " Wahai ayahku, lepaskanlah ikatan tali di tangan dan kakiku agar Allah s.w.t. tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah-Nya. Kemudian letakkan pisau itu di leherku agar malaikat-malaikat tahu bahawa putera Ibrahim a.s. telah mentaati perintah Allah s.w.t. dengan ikhtiar (pilihan sendiri dan secara sukarela)."

Lalu, Nabi Ibrahim pun menelentangkan kedua-dua tangan Ismail dan kedua kakinya yang tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun dengan izin Allah s.w.t., ternyata pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.

Melihat kejadian itu, Ismail berkata: "Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana kamu masih menyimpan cinta kamu untukku. Oleh kerana itulah, kamu tidak boleh menyembelih aku."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. memukulkan pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.

Kemudian Ibrahim a.s. berkata: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu itu, tetapi mengapa engkau tidak mampu memotong leher anakku?"

Dengan izin Allah s.w.t., pisau itu dapat berbicara dan menjawab: "Wahai Nabi Allah Ibrahim, kamu memang mengatakan "Potonglah!" kepadaku, sedangkan Tuhan penyeru alam sekalian juga berfirman: "Jangan kamu potong!" Maka bagaimana mungkin aku mentaati kamu, sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini."

"Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."

Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."

Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

 

Apakah pengertian kita disebalik kisah tersebut? Kalaulah kedua beranak tadi tidak sampai kepada sifat Ainul Yakin dan juga Redha sebenar-benarnya Redha, serta sifat Tawakkal yang sebenar-benarnya maka belum tentu Nabi Ibrahim dan anaknya akan dapat melaksanakan perintah dari Allah itu! Cuba lihat, sifat-sifat mulia yang tercipta menzahirkan sifat Insan dan maka “matilah” sifat “haiwaniah” dari diri manusia itu! Dalam konteks yang sebenar, jika kita telah benar-benar berkorban untuk diri, maka tatkala melakukan ibadat korban Syariat, maka seakan kita melihat haiwan yang disembelih itu adalah sifat haiwaniah kita yang Berjaya kita matikan kerana Allah semata-mata! Insyaallah!

Belek punya belek, korban ini tersentuh cerita Wudhuk dan Solat, iaitu Pemgorbanan serta Penyerahan pada Dia yang Satu jua seperti Sabda Rasulullah SAW marfumnya “Yang pertama dan utama yang akan ditanya adalah tentang Solat kamu, jika ia tidak lulus, yang lain-lain tidak akan dikira!”

 

Apakah rahsia di sebalik perbuatan-perbuatan ataupun gerakan-gerakan semasa melakukan ibadah Umrah atau Haji? Mari kita fikirkan sama-sama...

 

Kita melontar batu ke Jamratul-jamratul tu adalah straight forward! Maknanya harus melawan segala godaan ataupun halangan-halangan dari Iblis, seperti dalam sejarah kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s tadi. Bila tawaf, kita bergeseran (friction) bahu dan tubuh, ini akan mengeluarkan haba. Bahu kiri dimestikan menghadap ke Kaabah! Mengapa?

 

Secara logic, air zam-zam terzahir di bawah serta persekitaran kaabah maka berlakulah rakaman, iaitu segala niat, keikhlasan serta kesungguhan kita. Geseran tadi akan mengakibatkan segala wap-wap atau aura-aura yang “buruk” mula keluar dari tubuh. Kain Kaabah yang berwarna hitam itu akan memerangkap aura-aura yang keluar. Kenapa bahu kiri harus menghadap pada Kaabah sentiasa? Kerana kat situ buku catatan buruk kita! Dengan perbuatan yang benar-benar Fokus, Ikhlas serta bersungguh-sungguh, Insyaallah segala “dosa-dosa” anda tertarik dengan izinNya! Ada yang terus berasa hening, sebak dan ada yang Nampak pelbagai “kenampakkan” bila dia melihat Kaabah! Ya! Insyaallah, jika benar-benar terampun, maka frekuensi pada hati pun akan jadi sangat rendah, maka terpantul Nampak lah segala “rahsia sejenak” yang Allah nak berikan pada hamba-hambaNya yang terpilih! Dapat cium Hajar Aswad, bonus beb! Maka terkeluarlah segala “tenaga buruk” yang tertinggal dan meresap ke Hajar Aswad yang menanti menyerap (warna hitam)!

 

Apa istilah dari sudut saintifik pula? Dalam majalah Medical Jounal 2000, kajian saitis mendapati apabila air mani memasuki ruang rahim, berjuta-juta sperma berenang mengelilingi telur berlawanan arah jam sebanyak 7x pusingan, sebelum salah satu sperma berjaya mesenyawakan telur! Subhanallah! Sama seakan ibadat haji, dengan maksud yang lebih mendalam iaitu, kita dikembalikan ke tahap baru nak kena jadi! Ada dosa ke bila dalam tahap ini (baru nak kena jadi?) Secara Syariatnya, berjuta-juta jemaah bertawaf, mengelilingi Kaabah (Hajar Aswad) dan anda, satu-satunya, masuk menyelinap, cium hajar aswad! Saya terdengar banyak cerita dari jemaah “Aku tak sangka dapat cium hajar aswad tu! Nampak macam tak boleh masuk line, asyik kena tolak je, tapi niat aku nak jugak, tup tup, aku dah dekat sangat dengan hajar aswad dan dapat cium lagi!” Rupa-rupanya kisah ataupun cerita haji kaabah ada di dalam diri kita ye! Tak pernah terlintas pun kan? Dalam Islam, segala perbuatan Syariat mengandungi maksud yang sangat-sangat mendalam dari istilah, Tarikat, Haqiqat dan Makrifat. Jika hanya dilakukan dengan Syariat sahaja, maka rugi lah amalan itu...!seperti Sabda Rasullullah SAW “Jika syariat itu dilakukan tanpa yang tiga iaitu Tarikat, Haqiqat dan Makrifat maka sia-sia lah perbuatan Syariat itu!” Ya! Memang benar....! Tarik nafas....perhatikan dengan minda yang tenang.....lihatlah segala apa pun di dalam perbuatan Syariat sehari-harian kita....cuba masukkan segala erti maksud erti sebenar di sebalik rahsia perbuatan itu.....gabungkan ia menjadi satu, Insyaallah, maka “sempurnalah” Syariat kamu!

 

Saya tergerak hati suatu ketika dahulu apabila seorang rakan kerja saya seorang India bertanya dengan saya “ Orang Islam pusing-pusing itu Kaabah, apa lu punya Tuhan ada kat dalam kah? Itu “Black Stone you all kiss for what? I saw a lot of people all kissed the stone for forgiveness! That means you guys prayed to a stone or what? Same like my religion, prayed to idols! Sorry huh, no offence buddy I just want to know!”

Mak datok! Terpegun (pegun terus) saya ketika tu! Terfikir dan rasa sangat bersalah jika tidak dapat menjawab soalan ini! Tetapi Alhamdullilah! Fahamlah sekarang istilah maksud serta rahsia disebalik perbuatan-perbuatan yang sungguh unik dalam rahsia Allah semata-mata!


Zakat (Sedekah)


Apa itu zakat dan sedekah? Semua orang tahu iaitu pemberian dari sudut wang ringgit, barang-barang, mahu pun keringat tulang empat kerat!

Dalam Hadis Rasullullah SAW  marfumnya :- "Bila kamu bersedekah, bersedekah lah dengan Ikhlas  sehinggakan jika kamu bersedekah dengan tangan kanan mu, tangan kiri kamu tidak mengetahui!"

Boleh ke kita???

Al maklum, sekarang sedekah atau pun bantuan, ada tulis nama, alamat, no telefon dan email lagi dari yang bersedekah! Sekarang lagi ada Facebook, boleh Upload gambar sedang bersedekah, dapat "LIKE" lagi! hehehe....

Aiyoh! Adakah kita dari golongan sedemikian?

Tak apa, kita latih bersama-sama Insyaallah lain kali bila kita jatuhkan sedekah sampai terlupa dah sedekah ke belum! Insyaallah!

Dari sudut CVT, sedekah itu akan menerbitkan suatu tenaga gelombang frekuensi rendah (baik)! Ambil contoh kononnya pemberi zakat/sedekah A memberikan kepada Masjid (peti duit) dengan sepenuh keikhlasan. Maka wang itu di berikan pula pada penerima B. B menerima dengan penuh kesyukuran, dan tercetus hati dalamannya ucapan terima kasih dan syukur pada Allah! Duit yang tadi itu akan terus jatuh pada tangan C (mungkin penjual roti), selepas itu jatuh pula pada penjual tepung D dan sebagainya. Tanpa disedari duit tadi yang dirahmati Allah "berpusing" dalam satu pusingan dan akan kembali semula kepada Pemberi zakat A (hukum tenaga) yang asal tadi, tetapi dengan "vibration" yang jauh lebih besar seperti Firman Allah "Akan kami berikan resqi yang datang dari yang tidak disangka-sangka!" Senang cakap, duit itu melalui suatu proses ibarat "pelaburan dari Allah" dan hanya Dia yang tahu tahap keikhlasan hamba-hambaNya....! Bagi yang kedekut nak bersedekah, duit atau resqi mereka tiada keberkatan kerana duit-duit mereka ibarat tiada "energy" atau "vibration"!  Cepat habis dan asyik rasa tak cukup je tiap-tiap bulan! (kadang-kadang tak sampai sebulan pun!) Jangan terikut perangai si Karun tu! Rugi...rugi dan rugi!

Satu soalan Cepumas "Jika bagi kaum Adam yang bersolat Jumaat, bila peti beroda tu sampai kat anda, anda seluk saku sekali terkeluar rm50.00 atau rm100.00 adakah anda akan masukkan balik dalam saku? hehehe......!

Akhir kata, Berimanlah dengan sebenar-benar beriman! Jadilah sebenar-benar seorang yang beragama ISLAM yang sebenar-benarnya! Insyaallah jika dah sampai pada tahap faham, fahamlah sudah kita nanti akan maksud "Tiada Tuhan melainkan Allah semata-mata, tiada wujud yang lain melainkan wujud Allah semata-mata!"

Kehadrat Allah aku bersyukur, yang telah memberikan ku kekuatan, kesihatan, taufiq serta hidayah untuk ku sampaikan kata-kata pesanan Mu! Maka lengkaplah segala perjanjian ku pada Mu pada saat ini! Semoga penulisan yang tidak seberapa ini akan memberi kemunafaatan dunia dan akhirat, Insyaallah! Amin....!


Ampun dan maaf jua yang saya mohonkan dari sahabat-sahabat semua jika ada tersilap kata, kadangkala "terkeluar" sejenak juga saya sebagai manusia biasa. Apa pun, yang tersurat diatas adalah dari saya  untuk saya....cerita yang berulang baca untuk saya jua!

Terima kasih.... Sembah salam penuh kerinduan dalam kesyahduan!

Wassalam...  

 Hakcipta Pusat Rawatan CVT ILHAM

Lagu Demi Masa

M. Nasir

Aku telah melihatnya aku telah mendengarnya
tak perlu engkau kejutkan aku
tidakkah kau mengerti hidup mu dalam teka-teki
mencari kebenaran
SEDIKIT tapi PAYAH
jika kau mengejar YANG LAIN
merindui kilauan emas tapi alpa dengan yang Pencipta

DEMI MASA manusia sentiasa dalam rugi
melainkan mereka 
YANG TAHU

Engkau sering bermusuhan hanya tentang kebenaran
sedang engkau masih keliru
Bagaimana pun jua engkau mesti berjalan
walau harus TERSESAT dan luka
dan berpindahlah engkau INSAN dalam putaran hidup ini
hingga saatnya kau bertemu dalam satu 
PERTEMUAN YANG SEJAHTERA

hanya mimpi kata mereka yang rugi
hanya mimpi mereka tak mahu mengerti dan tak peduli
(tak mahu percaya dan tak mengerti)

Jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi
ku harap kau memahami keadaan ku
dan mungkin kau ingin bersama ku
bersama bermimpi dalam kenyataan 
YANG SATU

semakin mendalam hanya 
AKU YANG TAHU
perasaan hati nurani
mungkin kau kan bertanya
SIAPAKAH DIRIMU dan apakah DESTINASIMU

apakah 
ada yang lain dari pegangan mu yang ada

atau mungkin perjalanan mu tamat di sini
dan tiada lagi?

Ada apa-apa pengertian yang dapat kita singkap disebalik pemahaman kita dari lagu yang sungguh bermakna ini (bagi saya)?



Akhir kata renung-renungkan lah puisi dari sahabat-sahabat dibawah ini : -..... 


Cinta Abadi (Puisi Diri) – oleh sahabat Pena

"Detik demi detik, masa berlalu pergi tanpa kata, tanpa ibarat, tanpa panggilan, pergi meninggalkan aku yang rindu akan kehadiran Mu! Kau menyisih dari ku! Maafkanlah aku duhai Dikau! Janganlah  Dikau berdiam diri lagi tanpa kata-kata Syahdu, membelai jiwa ku yang muram sedih tanpa Mu!
Hadirlah pada ku, peluklah aku yang benar-benar merindui Mu! Rintihan demi rintihan, tangisan demi tangisan, berharapkan kehadiran Mu! Semoga kau akan menerima ku.....! Andainya sahutan ku kau terima, huluran tangan Mu kali ini  tidak akan ku lepaskan lagi.............!"


Di kala senja hari semalam

Menusuk kalbu sejarah lampau

Memikir perjalanan haluan abadi

Terlunjur langkah jatuh jauh terpinggir….

 

Janganlah kau berpaling dari ku

Maafkanlah aku duhai kekasih

Rindu ku pada mu segenap kalbu

Jiwa meronta tanpa kehadiran mu …..

 

Jauh sudah aku berjalan

Mengetuk pintu mu mengharapkan kasih

Rintihan pedih memilu di awan lalu

Kau diam di dalam diam…..

 

Adakah aku seorang penanti

Menjadi boneka tarikan duniawi

Terlena sejenak merugi diri

Hijab menebal menggelap diri…...

 

Aku bukan lagi semalam

Terbangun dari lena yang jauh

Teraba raba dalam lamunan hayalan

Mimpi yang tiada membawa erti…..

 

Ku tersentak dari lamunan

Bayangan wajah terpancar seri

Kau datang kembali,  tersenyum manis

Tangisan hiba tiada lagi terperi….

 

Indah sesungguhnya kau disitu

Kau yang datang membawa sinar

Sirna hijab kembali terbuka

Kau yang sebenar dibalik aku…..

 

Tiada kata dapat ku ucap

Hanya rasa membezakan kita

Taman syurgawi dunia terkambus sudah

Tiada lagi wujud dimana mana…..

 

 Sentuhan halus pujukan mu

Belaian nurani meluluhkan jiwa

Dakapan mu menghapus derita

Cerita cinta di balik jiwa…..

 

Kau hulurkan tangan mu dengan mesra

Ku sambut dikau dengan airmata

Tiada kata yang dapat di ertikan

Duduk bersama tiada akhirnya……

Tiada… tiada…. tiada…….


Hakcipta Pusat Rawatan CVT ILHAM

Aku Melihat Mu Ya Allah! oleh sahabat Pena

Kau bersemi di segala tabir-tabir selindang mu

Bagaikan sutera membalut segala tercipta

Di dalam diam Kau berkata
Di dalam kata Kau berdiam

Sesungguhnya Kau lah di sebalik segala itu!

Aku melihat Mu Ya Allah!
Maha Indah, Maha Perkasa, Maha Penyayang, Maha Pemberi, Maha Pemaaf...Ya Rabbi!
Keindahan di sebalik tabir-tabir Mu itu,
Bagai salutan-salutan beerti sungguh bagi yang tahu,
Aku terpegun, terpegun dan terpegun,
Maha Engkau yang sebenarnya...!
Aku yang buta sebelum ini alpa serta buta pandangan ku pada Mu,
Panggilan-panggilan Mu tidak ku endahkan
Maka merugilah aku selama ini...

Ya Allah! Ya Rabbi!

Ampuni aku yang tergelincir jauh dari melihat Mu!

Sesungguhnya tiada yang mencinta selain Mu

Tiada cinta yang Maha Agung dengan penuh kesetiaan yang haqiqi melain dengan Cinta Mu!

Baru ku tahu segalanya Ya Allah!

Ampuni aku....! Ampuni aku! Ampuni aku Ya Rabbi.....!

Aku melihat Mu Ya! Allah! Tersenyum dengan keindahan Mu,

Dari kata-kata manis Mu

Terduduk aku dalam tangisan...demi tangisan, demi tangisan......

Kagum aku melihat Mu Ya Allah! Kau lah Tuhan ku tiada lagi yang lain-lain!

Aku sangat terharu hiba Kau menerima ku dengan pelukan Abadi Mu...!

Lelehan airmata ku tiada henti kerana kekasalan kealpaan ku pada Mu....! 

Lindungilah aku dari lintasan-lintasan Mu yang sememangnya menjalankan perintah -perintah Mu dengan taat setia pada Mu!

Sayu di hati ku bila terperhati......sikap-sikap ku yang tidak seperti yang Kau mahukan! Malunya aku pada Mu......!

Terharu hiba terus aku apabila Kau menolak ketepi sahaja segala kesilapan-kesilapan ku itu!

Ya Rabbi Tuhan ku....!

Matilah aku di dalam kasih Mu! Matilah pandangan Ku di dalam pandang Mu! Matilah segala dengar ku di dalam dengar Mu Ya Rabbi.........!

Astarfirullah! Ruginya aku selama ini......! Astarfirullah hal azimmmmm Allazilailla hailla hual hayul qayyum. wa'utubu illaik...!

Ya Rabbi........


Hakcipta Pusat Rawatan CVT ILHAM


Cinta yang bersemi - Oleh Sahabat Pena

Bibit bibit cinta yang terukir

Indah bagai sutera yang membalut pelbagai rahsia

Bagaikan mimpi di dalam mimpi

Di buai lamunan cinta sejati....

Mentari pagi menjadi saksi

Cinta Ku Cinta Mu

Di dalam rahsia yang abadi

Menjadi rasa hanya antara kita.....

Duhai dikau kekasih hati

Janganlah ditinggal lagi diri ini

Keluh kisah ku tak terbendung lagi

Bawalah daku bersama mu pergi.....

Di alam abadi kita bersemi

Rumusan rahsia cinta kita

Yang kekal tiada akhirnya

Tanda kasih mu tiada batasnya 

Bersemi sudah cinta yang terukir

Dalam lembaran kasih sejati

Buat kenangan dunia jasad bersemadi......


Hakcipta Pusat Rawatan CVT ILHAM



Jika anda ada kelebihan dapatkan buku TOK KENALI - MENGENAL DIRI dan MENGENAL ALLAH. Harga dalam linkungan rm60.00 senaskah untuk buat tambahan bacaan. Insyaallah best! 

Ustaz Hj Rosli Dlm Face Booknya telah menuduh kitab Tok Kenali Diharam Oleh Jakim

Filed under: Uncategorized — makrifattokkenali @ 4:23 pm

Saya telah mendapat talipon dari salah seorang peminat blog tel 010 4006951, yg mengatakan bahawa ustaz hj Rosli dalam face booknya telah mewarwarkan bahawasanya kita Tok Kenalai (mengenal diri dan mengenal Allah) itu haram.

Sesebuah kitab itu boleh dikatakan haram, adalah setelah diharam atau diwartakan oleh pihak JAKIM. Setelah diwartakan oleh pihak JAKIN barulah boleh dikatakan haram. Haramnya sesebuah kitab itu, bukan boleh didengar melalui seminar, ceramah, tuduhan atau surat khabar.

Haramnya sesebuah kitab itu, hendaklah melalui arahan atau melalui warta jabatan JAKIM atau KDN sendiri. Setahu saya dan selama saya berkecimpong dalam arena pengeluaran kitab, saya tidak pernah menerima apa-apa surat atau tidak petrnah dipanggil oleh pihak JAKIM yang mengatakan kitab itu haram.

Biarpun dulu ada masuk surat khabar METRO selam 2 hari berturut-turut yang mengatakan kitab itu boleh memesongkan akidah, menyebabkan pihak KDN sendiri telah meyiasat perkara ini sehingga sampai ke rumah kediaman arwah Mohd Yusof Cik Wook dikelantan. Setelah KDN siasat, ternyata tidak ada apa-apa yang membolehkan diharam. Demi Allah Taala, telinga saya sendiri telah menerima panggilan dari KDN Putera Jaya yang mengatakan kitab Tok Kenali ini :TIDAK ADA APA-APA ISU YANG BOLEH DIKETENGAHKAN”. Semua itu, adalah salah kefahaman semata-mata.

Sebenarnya kenyataan Harian Metro itu, sesungguhnya melariskan lagi penjualan kitab, kerana sudah dapat masuk Harian Metro muka depan secara percuma.

Jika ianya benar haram, makasakan kitab saya ini telah diterima pakaii oleh sebilangan Sultan ,Raja, pembesar Negeri, Dato’ Nik Aziz dan Tuan Guru Hj Hadi Awang?. Masakan saya berani bawa kereta curi masuk kebalai polis!. Tuan-tuan fikir-fikirkanlah sendiri.

Saya telah mendapat dugaan dan tuduhan sesat ini, dari segenap penjuru. Sy sendiripun tak tahu apakah sebabnya mereka tuduuh sesat. jika ilmu didalam kitab Tok Kenali ini sesat, cuba tunjukkan kepada saya, dimanakah sedsatnya. Jika baris, baris yang keberapa, jika muka surat, muka surat yang keberapa. Jika dituduh sesat, tunjuk dan buktikan sesatnya dimana dan saya minta kepada orang yang menuduh sesat itu tunjukkan kepada kita semua mana yang benar dan mana yang betul. Jangan main tuduh sesat dan salah sedangkan yang benar dan yang saheh tidak dapat diberinya????????????????????????????

Apa-apapun sebagai org yang berilmu makrifat, yang menuduh sesatpun Allahh jua dan yang menuduh harampun Allah jua. Saya terima segalanya dengan berlapamng dada dan saya sudah muak menerima kenyataan seperti ini.

Tuan boleh talipon sendiri kepada Jabatan JAKIM bahagian terjemahan dan bertanyakan soal kitab saya ini, betul ke haram?……………………………….
Kepada ustaz Hj Rosli, saya ucap berbanyak-banyak terima kasih, kerana ada juga orang seperti ustaz yang sudi mengata kitab ini haram. Terima kasih kerana tuduh haram. Seramai-ramai orang ulamak diMalaysia hanya face book ustaz Hj Rosli sahaja yang mengnharamkan kitab Tok Kenali. Terima kasih ustaz. Semoga ustaz berbahagia denngan kenyataan itu.

Saya doakan e\semoga ustaz Rosli dan face booknya serta anak isteri serta keluarga akan mendapat rahmat dan kebberkatan Allahh .amin drp hj shaari

Sumber dari : http://makrifattokkenali.com/

 


Kalau ada lebih rezeki lagi, dapatkan buku "MELIHAT

ALLAH" oleh Dr. Musthafa Mahmoud. Harge rm12.00 shj.


Setelah bermujahaddah pada diri sendiri, segala amalan baik yang di amalkan, maka jika anda berjaya, maka buku ini adalah terbaik!


Buku Melihat Allah ini harus di baca dengan "Jiwa" serta setelah ada fahaman yang agak "dalam" tentang "rahsia diri"! Setiap patah perkataan yang di lafaskan adalah "beserta" dengan Dia! Bagi yang sudah "menempuh" buku ini adalah ibarat confirmation atau pun sebagai galakkan lagi jika belum sampai ke "taman" atau "pintu" yang sebenar! Semoga tercapai niat murni Insyaallah....! Semoga Allah memberikan Taufiq dan Hidayah pada kita semua, Amin...!


Lagu Retro yang mempunyai unsur mengenal diri yang di

sampaikan oleh Allahyarham Ismail Haron


LIRIK - ILHAM PUJANGGA


Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana

Ia anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kakinya
tetapi matinya anak muda itu ialah kerana tergelincir lidahnya
berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan

Berikanlah tenaga
Untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan

Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda

Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang Satu

Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
berjasalah kamu untuk keharmonian negara

Kau katakan pada aku sekarang puan
apakah pendapat kau atas kewajipan muda mudi...

Pembela, harapan dan tiang segala bangsa dan negara...


Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajipan ku...

Kamu mempunyai akal bukan, tepuklah dada tanya selera.

Sungguhkanlah hati mu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang merugi

Maaf mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa

INSAN YANG MULIA – ISMAIL HARON

 

Oh! Insan yang mulia         

Kembalilah ke jalan yang di Redha

Jangan selalu membesarkan dunia sayang

Ingatkan Allah yang Maha Kuasa

Ingatkan Allah ingatlah selalu sayang

Jangan lalai Allah berfirman

“Duhai Insan janganlah kau lalai

membuat suruhan Tuhan Mu,

Janganlah hanya membesarkan dunia sahaja,

Maka kau lupakan Tuhan yang memberi nikmat pada mu!”

Ingat ya, ingat...

 

Oh! Insan yang budiman

Janganlah membesarkan harta

Miskin kaya pandang sama saja sayang

Buruk cantik tiada bezanya

Caci hina jangan kau amalkan sayang

Nanti murka Tuhan mu Insan

 

Ya! Jangan lah kau mencaci dan membezakan antara satu dengan lain

Kalau kau membezakan dan mencaci

Samalah juga engkau mencaci kebesaran Tuhan

 

Sucikan lah hati mu

Bersihkan Rohani Jasmani

Takutlah kamu pada Tuhan sayang

Kau tiada kekal hidup di dunia

Akhirat juga akhir tempat kamu sayang

Tak dapat dikau tak dapat elakkan

 

“Janganlah kau mengotori Rohani mu Insan

Tidakkah kau takut nanti Roh mu tak mengenal Jazad mu,

Sampai di sini....

Dengan nama Tuhan ku Syukur kepada  Maha Suci Tuhan!”


 Penghujung Rindu

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada tabir sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu


Kongsi Biodata Penulis Lirik

          
      Ucapan jutaan terima kasih saya yang INFINITI kepada guru-guru yang pernah saya pelajari terutama kepada Allahyarhamah Ibu saya, Allahyarham Ustaz Syed Al Jufri Alsagoff, Allahyarham Wakil Guru SSG Pak Suni,  Allahyarham Wakil guru BSS Wak Masrom, Allahyarham Wak Ibrahim, Abang Masron, Abang Masdon,Abang Masri, Wak Kang (Na'am), rakan-rakan seperjuangan Lan Dagu, Is, Azman, dll, terutama Md Khalid yang tak pernah penat datang "mengganggu" saya dengan satu soalan yang sama "Apa crita? Kau dah Game?" Terima kasih Lid! Alhamdullilah, Insyaallah! Juga kepada
Prof Emeritus Dato' Seri Dr Norhisham Wahab, isteri saya Aziah, serta kepada kesemua rakan-rakan practitioner CVTjohor, Aziz, Rozie, Hishamuddin, Sulaiza, Faiz, Khaleeda, Remy, Niza, Jafry, Omar, Dr Farrah Nadia, Kak J dll khasnya. Anda juga sebenarnya "Guru" saya! Anda semua banyak sangat memberi saya cetusan-cetusan yang tidak pernah saya terfikir! Jangan jemu-jemu belajar dengan Ikhlas kerana "diri"! Suatu hari nanti apabila masa penentu telah tiba maka di situlah nanti terketik di dalam hati "Nasib baik aku.....!" Jika sebaliknya tak berjaya "Alamak! Habis aku!"

Akhir kata "Tangisi diri sendiri sehingga "cair hati beku" yang tersirat di dalam diri sebelum orang ramai menangisi kita tanpa faham dan sebab!" 


.......Wassalam.......!   
 

Make a free website with Yola