KL18 – Bila ye Lailatul Qadar?

Assalamualaikum WBT kpd sekelian sahabat practitioner sekelian. Maka menulis lah lagi saya akan perihal Bulan Puasa dan Lailatul Qadar! Mengapa? Kerana ramai yg bertanya pada saya…”Doc, macam mana nak tahu malam Lailatul Qadar dan bagaimana nak dapat kan nya Doc?”

 

Ooops! Seingat saya bab ini sudah pun saya sentuh pada KL 4 terdahulu! Tak baca ke atau dah lupa atau tak faham?

  

Kadangkala saya juga tidak mengerti  apakah penulisan saya penuh dgn kata2 penulisan metafora yg menyebabkan orang tak faham atau bahasa yg saya gunakan itu terlalu berbunga bunga atau asing sangat sehingga sukar utk di fahami? Itulah penyebab mengapa skrg kesemua KL sy telah keluarkan dari site kita kerana sy berasa ia hanya utk bacaan hiburan yg tiada membawa erti dan mungkin juga tidak berasas!

 

Tapi takpe lah mcm sy dah katakan….setiap KL yg sy letak ada masa nya nnti akan sy keluarkan juga dan ia sbnrnya adalah rakan sparring sy jua utk di menelaah  agar memberi suatu perangsang lagi dan lagi Insyaallah!

 

Tidak mengapa sy akan cuba menjawab soalan dari sahabat2 kita tentang bab Lailatul Qadar Insyaallah! Pertama sekali sy mohon maaf kerana jawapan sy adalah berlandaskan diri sy dan bukan dari yg lain2 kerana sy bukan Ustaz! Seperti biasa, baca dan “selam” jika tak boleh terima tinggalkan sahaja kerana ia adalah tetap menjadi bacaan utk sy jua Insyaallah!

 

Seperti kesemua makhluk tahu dalam setahun akan ada Bulan yg sangat Mulia iaitu Bulan Puasa! Mengapa? Kerana manusia di ingatkan tentang “Kehidupan yg sebenar yg Haqiqi” di sisi Tuhan, rahsia Tuhan yg di “hijabkan” pada setiap diri iaitu Ruh! Ia sangat suci dan tidak bergantung makan utk hidup atau hidup utk makan! Ia tidak seperti yg kita selalu firkirkan iaitu makan minum, berkeluarga, seks dan sebagainya! Besarnya pengertian Rahsia ini sehingga Allah SWT adakan Bulan yg penuh barakah ini iaitu Bulan Puasa utk kita mengingatinya dan sedaya upaya “kembali” kpd gelombang freq Ruh iaitu “bercerai” dan “menyatu!”  

 

Cuba perhatikan tekanan sepanjang pada Bulan Puasa ini sentiasa tinggi tidak seperti bulan2 yg lain! Yg hanya mengetahui sahaja akan merasakan perbezaannya sebenarnya…….Bab Lailatul Qadar ini terlalu Spiritual utk kita bahaskan atau ketengahkan kerana ia melibatkan rasa! Persoalan utama kenapa bertanya atau mencari Lailatul Qadar? Salah fahaman saya? Kenapa pulak tak cari sedang ia melibatkan pahala seribu bulan! Tepuk dada Tanya diri……Saya hanya mengingatkan sahaja setiap perbuatan itu bergantung pada niat! Ihklas kan hati dan jiwa! Buat lah kerana Diri kerana Allah! Tolak ketepi apa pun yg lain2 trmsk Lailatul Qadar! Sedangkan diri kita belum ihklas buat kerana Allah bagaimana nak dapat kesemua itu???

 

Sebenarnya malam terakhir sepuluh itu beerti tekanan pada diri kita sudah cukup (mudah2an) tinggi utk mencapai matlamat “bercerai” dan “menyatu!” Maka di situlah segala pecahan "Rahsia” akan terjadi antara hamba dgn Tuhannya ! Kesemua malam akan di rasakan penuh Nikmat dan Nyaman Insyaallah! Hanya mungkin salah satu malam akan ada luar biasa sedikit tetapi ia sama sahaja rasa bagi yg tahu kebiasaannya Insyaallah kerana jiwa dan hati mereka hanya pada Allah SWT tidak kpd yg lain! Keesokkan hari baru terperasan…”Ohhhh rupa2nya mlm smlm mlm istimewa!” Maka tidak lain hamba Allah trsbt akan menitiskan airmata memohon kan keampunan lagi dan lagi kerana “terlihat” akan KebesaranNya….Masyaallah! Allah Hu Akhbar!

 

Sahabat2 ku sekelian….bukan sy yg bercerita ttng bab ini sbnrnya krn sy hanya menyampaikan dari sesaorang! Lihatlah, selamlah, perhatilah dan nilaikan sedalam dalamnya semata mata utk diri! Boleh jadi ini adalah Bulan Ramadan yg terakhir buat kita…Oh ye… Sy di beritahu juga oleh sesaorang itu bahawa 2018 – hari yg ke 25 Ramadan! Wallahualam………

 

Sekian….


Wabillahi Taufiq wal Hidayah.......

 

Wassalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatu.....

 

Ahad 10hb Jun 2018.

 

Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham    

Make a free website with Yola