KL 29 – Maksud 6 masa dan 4 Penjuru Alam di sebut Allah SWT dalam Al-Quran


Enam masa ini konsisten di dalam Firman2 Allah SWT utk menyatakan PenciptaanNya! Di sebalik ilmiah dlm konteks CVT Allah SWT menyatakan 6 iaitu No Matrik 6 adalah Hitam! Apa yg ada dlm Hitam? Pertama Misteri dan yg kedua adalah Cahaya dengan kepantasan yang tidak akan pernah dapat di sukat! Misteri adalah meliputi segala had kefahaman akal utk berbicara maknanya akan terkeluar dari garisan fahaman Logika dan ini buktinya Allah SWT hendak menyatakan juga bahawa Dia lah sahaja yg layak tahu tentang landasan2 terkeluar dari fahaman segalanya kerana semua itu di dalam genggamanNya! Di sini suka sy menyatakan bahawa mustahil bagi Allah tidak boleh mencipta hanya dengan sekelip mata! Kalau Allah hanya boleh mencipta langit dalam 6 masa, petikan ayat dari Yassin adalah palsu! Mustahil Allah SWT tak boleh lakukan! Jika kita shj2 nak gunakan akal logika kita tahu misteri “Black hole” jika kita termasuk apa akan jadi? Ramai saintis sememangnya hanya dpt mengeluarkan Teori tetapi ada yg menyatakan ia ibarat “Time travel!” Kemungkinan juga Bumi tercipta dari Kebijaksanaan Allah SWT dari rahsia ini atau apa pun yg hanya Dia shj yg tahu! Yg pasti Rahsia 6 tetap Misteri dalam Kelajuan Kegelapan Cahaya! Utk pengetahuan semua Rahsia Penciptaan manusia juga bermula dgn No 6 iaitu Kegelapan! Dari Hitam lah maka terzahir segala warna2 yg mendatang! Wallahualam….

 

Innama Amruhu Idza Arada Syaian An Yaqula Lahu Kun Fayakun

 

Artinya :

 

Sesungguhnya urusannya-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, Jadilah, Maka jadilah ia. Qs. Yasin : 82.

 

Dalam rahsia Allah meletakkan Firman2Nya di dalam Kitabullah Dia meletakkan “yang tersirat” utk di tafsirkan dan di pelajari oleh kita makhluk2Nya! 


Teringat sy ketika bersama Prof dahulu. Prof menyoal kami “Adakah bumi ciptaan Allah itu hebat?” Kami dengan spontan menjawab Ye Prof! Dan dengan selambanya Prof menjawab “Salah! Jasad yg kita ada inilah sebesar besarnya Penciptaan yg jauh lebih hebat dari muka bumi itu! Kamu melihat langit, pernah ke kamu mengambil tahu tentang langit yg ada pd kamu? Pernah ke kamu melihat “gunung ganang di dalam diri kamu? Pernah ke kamu melihat dan mengembara di dalam lautan diri kamu sendiri juga pd sekelian “alam diri kamu?”

Di sini maksud 6 masa juga amat mendalam dan memerlukan pengetahuan IlmuNya utk dapat meneroka erti sebenar Rahsia yg tersirat…..tetapi fahami lah betul2 dgn Matrik 6 iaitu Misteri adalah sesuatu yg boleh menjangkau logika akal. Apabila penerokaan pada Rahsia diri dpt di kupas maka Insyaallah pasti akan terjawab dgn sendirinya. Alam yg luas terbentang ini hanya lah genggaman bagi orang yg tahu! Wallahualam….

 

Rahsia 4 penjuru alam adalah No Matrik 4! Penjuru alam ini sebenarnya adalah Kaabah! Ia adalah “Centre of Gravity of the Earth!” Dengan lain perkataan ia meliputi tarikan gravity segala pelusuk alam maya termasuk alam cakerawala! Dengan lain perkataan apabila 4 penjuru alam ini musnah maka kiamat lah dunia ini kerana tiada lagi “alat controller” yang akan mengimbang segala penggerakkan bumi dan juga cakerawala! Di waktu sekarang ini dgn tarikan gravity dari tengah2 bumi ini iaitu Kaabah maka datang lah segala mineral2, zat2 galian, air dan sebagainya bersatu dan terbentuklah Air Zam Zam!

 

Rahsia 4 juga bermaksud Stabil dan Kemakmuran. Manusia lah yg di beri amanah utk memegang segala Rahsia ini. Kita di anugerahkan dgn 4 Level! Maknanya manusia ini di cipta sudah pun dgn suatu Kestabilan Penciptaan dgn penuh Kehebatan yg tersirat! Yg pasti masih ramai yg akan hanya memerhati hari demi hari hingga lah kehebatan pd jasad ini kembali semula kpdNya tanpa di teroka dan di tafsirkan segala yg tersirat! Ingatlah duhai sahabat2 sekelian, Allah SWT mencipta bukan utk Dia tetapi utk “Muhammad”! Segala Rahsia dari sudut Pernomboran adalah utk “kekasihNya” iaitu kita sebenar benarnya! Maka jgn mensia siakan!  Jom byk2 pelajari dgn hati dan jiwa semoga kita akan dpt Insyaallah….


Izin kan sy mnjwb bg yg msh was2 akn kekuasaan Allah SWT yg blh buat short cut ttng bab 6 masa ni Insyaallah....


Penciptaan Adam adalah fakta prtama yg Allah tunjukkn manusia di cipta terus bgitu juga dgn Hawa! Kedua adalah manusia jg blh di cipta tanpa bapa iaitu sprti Nabi Isa a.s. Allah jg tunjukkn Dia blh buat ke atas haiwan ciptaanNya sprti dlm Hadis di mana Rasullullah di minta agar melihatkan keesaan Allah agar unta yg bunting penuh utk melahirkan anak sebesar ibunya tanpa melalui proses sprti biasa dan banyak lagi sebenarnya seperti mana Firman Allah SWT "Jika kamu menggunakan air laut untuk menulis segala Kebesaran Ku maka air lautan tidak akan pernah cukup untuk menampung menulis Kebesaran kekuasaan Ku!"....Masyaallah! Dia adalah Esa dan Perkasa dan tidak mgkn apa pun mustahil bagiNya! Wallahualam…..

 

Wabillahitaufiq Wal hidayah Wassalam mualaikum Warrah matullah hiwabarakatu…..


Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

Make a free website with Yola