KL 28 - Rahsia air dan Hydrotherapy

KEMBALI KEPADA AIR. Terapi air atau hidroterapi adalah paling semulajadi mengikut sunnahtullah.  Bagaimana alam diciptakan begitulah juga manusia yang diciptakan mengikut susunan yang bermula dari air. Ada CAHAYA di dalam air. Ada WARNA dan BUNYI didalamnya. Air menurut perintah dan mendengar kata. Air penyusun energi terbaik. Apabila kita mandi sebenarnya kita sedang menyusun aura tubuh kita.  Aura diri kita di awal pagi kusam dan kelam. Aura diri kita mengalami kepincangan. Air akan mengharmonikan energi ini. Di tambah dengan air yang DINGIN akan menambah kecekapan air dalam menjalankan fungsinya dengan tepat. Apa yang ada di dalam air. Ada energi besar di dalam air iaitu HYDROGEN dan OKSIGEN. Air yang Allah Swt ciptakan ada kuasa menghidupkan atau mematikan. Rahsia dalam enam masa juga ada pada air. Kompasisi hydrogen di dalam air adalah 66.6 manakala oksigen 33.3. Jika kita dapat mencari air minuman tulen yang tidak tercemar akan dapat kompasisi begini akan abadilah tenaga hayat sel-sel dalam tubuh badan kita. Jika di campurkan 66.6 akan kembali menjadi 9.  Juga 33.3 yang penuh ilmu didalamnya juga kembali kepada 9. Minumlah AIR ZERO POINT HYDROGEN CVT yang di usahakan dalam molekul tersebut.

 

Air adalah pengukur tepat  bunyi. Gema niat yang bersifat kuantum juga di kesan di dalam air melalui perubahan hablur. Niat kerana Allah Swt dengan hati yang penuh yakin dan percaya. Hablur atau kristal pepejal dalam ais akan membentuk gugusan atom molekul atau ion yang tersusun dalAm ragam tertib atau susunan berkala yang menjangkau ke semua arah atau dimensi enam masa. Kesannya tubuh yang sakit akan melepaskan haba pendam yang terperangkap dari berbagai pencemaran radiasi buruk. Semasa ais mula dimasukkan ke dalam tempat rendaman, kita sudah boleh mula berniat dan berdoa untuk membentuk kristologi ais. Niat yang di rakam akan menjadi penghabluran sebagai kode komunikasi yang lebih berjaya antara kita dan Allah Swt. Hablur yang umum adalah seperti kristal salji dan garam dapur dan juga pada batu permata. Struktur mikroskopik hablur garam yang digunakan dalam terapi ais memiliki simentri  cubic atau empat segi stabil pada susunan atom. Keserentakkan ada pada bentuk segi empat kaabah yang stabil pada kedudukan di tengah bumi dan ini akan menyusun hablur dalam empat perjuru alam. Atas sebab itu juga di dalam air zam zam memiliki kandungan garam yang paling tinggi dalam mana-mana air laut yang terhasil di dunia. Dan air zam zam di minum sesuai dengan niatnya.

Airlah penyusun energi terbaik dalam tubuh kita. Tubuh kita adalah bekas penyimpan energi terbesar.  Jika di nilai kekuatan tenaga elektrik yang ada dalam tubuh kita membuatkan kita seperti tidak percaya banyaknya. Sila hayati Ilmiah ini dan hafalkan. Semoga suatu hari nanti shbt2 prctnr akan berjaya dalam pemahaman ilmu CVT Insyaallah Amin!


Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

Make a free website with Yola