Identiti diri (Rahsia Doa)


Assalamualaikum WBT kpd kesemua pengamal sahabat2 setia CVTJohor amnya. Lama juga tak update site….Alhamdullilah dapat lah kiranya saya menulis seketika menyampaikan hasrat di hati di mana segala ceritera2 yg akan di tulis ini merangkumi kehidupan kita sebenarnya, dari mendengar rintihan rakan2 sahabat dan dari diri saya sendiri juga…..!

 

Acapkali membuka sahaja mata kita di pagi hari maka paling tidak pasti kita akan berasakan “berat” kerana segala permasalahan di dalam minda dari sudut Spirit, Emosi, Mental dan juga Fisikal! Betul?  Yang “kronik” sedikit sehingga berasa sakit kepala! Rata2 kita ini senantiasa terdedah atau terlalu mengikut alunan duniawi yg pasti akan membawa kepada kemudaratan jika tidak bijak mengendalikan…….

 

Baru2 ini saya dpt pertanyaan dari seorang hamba Allah “Adakah perlu kita berusaha setelah kita tahu yg pasti ia akan berakhir jua dgn Takdir! Allah pasti dah tahu akan keputusan yg akan berlaku nanti! Selalunya doa tak pernah dapat maka kat situ  rasanya memang telah Allah tentukan sebab itu Dia tak makbul kan permintaan!”

 

Bagaimana sahabat2 sekelian? Betul ke soalan ini dalam landasan “boleh pakai”?

 

Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Ghaafir ayat 60 yang tafsirannya: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

 

Bercanggah kan??? Allah katakan minta lah dari Aku maka nescaya akan Aku makbul kan permintaan kamu! Tapi kenapa tak dapat2 ye?

 

Teringat saya akan seorang pesakit yang telah menghidapi Cancer Tulang tahap 4 suatu ketika dahulu yang hanya ada peluang 2 bulan sahaja untuk hidup! Dengan berkat usaha berikhtiar berubat dan doa beliau di sahkan sembuh dari serangan penyakit tersebut! Allah Hu Akhbar!  

 

Orite apa pun kita perlahan lahan Post Mortem Insyaallah kes masalah sahabat seperti di atas :-

 

1). Pertama sekali rukun doa kena betul! Doa kena khusyuk dalam rahsia diam! Ikhlas, minda terbuka lurus terus pada Dia semata mata!

2). Jangan cakap atau di katakan  permintaan dalam doa! Mengapa? Agar Jangan sampai iblis mendengar permintaan kita maka nescaya iblis akan memohon kepada Allah agar menidakkan doa kita supaya teruji keimanan kita dan menjadi berputus asa!!!

 

Dalam Al-Quran Allah Berfirman : “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”      ( Yusuf : 87)

 

Allah Berfirman : “Dan sungguh, Kami telah Memuliakan anak cucu Adam, dan Kami Angkut mereka di darat dan di laut, dan Kami Beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami Lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami Ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”       (Al-Isra’ 70)

 

Firman Allah  : "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatirkan menghianatinya, dan dipukullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh". Al Ahzab : 72

 

Dalam sebuah Hadist Qudsi, Allah berfirman :   “Aku Ciptakan segala sesuatu untukmu (manusia) dan aku Ciptakan dirimu untuk-Ku! Tanpa mu Wahai Muhammad, Aku tidak Ciptakan Alam Semesta”

Yang ini harus kita faham baik2! Tanpa Muhammad maka tidak lah wujud kita!

 

Kalau di lihat segala Firman2 Allah SWT serta Hadis maka tiada sebab Doa2 hamba2Nya tidak akan di makbulkan Allah SWT! Enggeh? Maknanya Betul?  

 

So, kaji selidik segala apa pun kesilapan teknikal yang telah kita lakukan! Sempurnanya Zat Allah SWT yang Maha segala galanya maka kaji lah kesilpan2 kita dahulu sebelum “melemahkan” Zat!

 

Bagaimana nak dapat kan khusyuk atau dan keikhlasan berdoa?

 

Belajar lah selalu dengan disiplin yg tinggi dengan mengerjakan Solat Wajib! Bila dah cukup disiplin lakukan extra iaitu Solat Sunat lebih2 lagi Solat Taubah dan Solat Tahajjud! Solat Tahajjud ni yang paling sukar sekali untuk kita lakukan kerana masa nak buat tu adalah dalam “linkungan waktu mencabar” iaitu sepertiga malam! Dalam istilah CVT ia adalah “Waktu Komunikasi “ – Warna Alam sedang Biru) Mengapa?  

 

Rasulullah SAW dalam sabda beliau: “Rabb kita tabaraka wa ta’ala turun ke langit dunia setiap sepertiga malam akhir. Ia lalu berkata: ‘Barangsiapa yang berdoa, akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku akan Aku beri. Siapa yang memohon ampun kepada-Ku, akan Aku ampuni. Hingga terbit fajar‘ ” (HR. Bukhari 1145, Muslim 758)

 

Hadits ini disepakati kesahihannya. Para ulama menjelaskan bahwa yang dimaksud nuzul (turun) di sini adalah sifat nuzul yang layak bagi Allah bukan sebagaimana kita turun. Tidak ada yang mengetahui bagaimana bentuk turunnya kecuali Allah. Allah Ta’ala turun ketika Ia menginginkannya, dan ini tidak berarti ketika itu Arsy kosong, karena sifat nuzul di sini adalah nuzul yang layak bagi Allah SWT….

Allah tidak serupa dengan makhluk-Nya sedikitpun, sebagaimana firman Allah Ta’ala: “Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (QS. Asy Syura: 11)

 

So Allah SWT dah beri tips lagi…iaitu sepertiga malam! Mustahil Allah berbohong! Lihat dan amati lah diri sendiri sedalam dalam nya…….! Tepuk dada Tanya rasa….jika betul2 mahukan maka lakukan tetapi ingat lah Allah melihat kedatangan kita pada hati kita iaitu dari sudut keikhlasan pada Dia!

 

Maka berdoa lah terus tanpa putus harap serta ikhtiar lebih2 lagi pada Solat sepertiga malam.....

Cuba lah buat Solat Tahajjud tu dalam kegelapan malam yang syahdu….tiada bunyi bunyian yang mengganggu, hanya tarikan nafas, degupan nadi yang sama berzikir akan kebesaranNya beserta dengan kita ini yang akan “mempersembahkan” diri pada Diri, dalam tangisan yang haqiqi berharapkan Keredhaan Dia semata mata! “Pergilah” sejauh mana yang dapat! Tinggal kan diri sejauhnya sehingga lenyap di mamai rasa dalam keasyikkan nikmat yang sejati….melepaskan rindu dan Cinta sepenuh Ikhlas kepada Nya! Allahhh Hu Akhbarrr…Kaulah Tuhan ku………!

 

 Sekian dahulu....

 

Wabillahi Taufiq wal Hidayah.......

 

Wassalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatu.....


Selasa 17hb Apr 2018.

 Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

Make a free website with Yola