Manusia yang sentiasa didalam keadaan hening, sabar dan ikhlas payah untuk dicerobohi dari pelbagai permasalahan umumnya dari penyakit ataupun stress. Ingatlah, setiap kali fikiran kita bercelaru, bimbang, tidak tenang, sistem Hypothalamus dan usus akan terganggu. Uric acid akan terbentuk, mulalah masalah awal seperti kepayahan tidur, tidur yang tak lena, tiada selera makan, pelupa, keliru, tergopoh gapah, melatah, meradang dan pelbagai lagi.

Islam mendidik kita agar hening senantiasa. Kelima-lima waktu solat itu memegang rahsia keheningan. Solat itu adalah terapi semulajadi, dari pengambilan air wudhuk, dari pergerakan serta penyerahan pada yang Maha Berkuasa. Apabila sahaja kepala (pineal gland) mencecah bumi sewaktu sujud, maka tercetuslah hormon melatonin dari kelenjar Pineal. Rahsia pergerakan solat itu sendiri adalah konsisten yang boleh mengakibatkan resonans terjadi, pergerakan berdiri, sujud dan rukuk yang menyebabkan terjadinya tenaga membujur dan melintang! Inilah dia terapi semulajadi....

Hening adalah rahsia Sabar, Ikhlas dan Redha. Hening juga memegang rahsia Nitrogen yang juga memegang rahsia cahaya bulan (rahsia putih). Apabila amalan ini menjadi kebiasaan, maka seseorang itu kita dapat melihat begitu tenang dalam apa hal sekali pun, tidak gopoh, tidak keliru dan senantiasa "cool". Itulah rahsia Nitrogen yang sejuk.......


Hakcipta Pusat Rawatan CVT ILHAM

Make a free website with Yola