KL15 – UJIAN

Bismillahirahmannirrahim....

Sebagai manusia kita paling tidak akan di uji Allah dalam kehidupan seharian kita...Maka tahap uijan2 itu juga berbeza beza mengikut kemampuan yang Allah sahaja yang mengetahuinya di mana letaknya keupayaan kita Insyaallah. Sesungguhnya kita yang telah Allah angkat ke satu martabat yang tertinggi dari makhluk2 yang lain harus menghadapi dengan tabah dan iktikad iaitu ia datang dari Allah! Kenapa harus di uji? Segolongan dari kita akan berkata “Mengapa aku?”  "Kenapa aku?" Tarik nafas dalam2..........istifar padaNya.......

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).   

Ingatlah sahabat2 ku sekelian Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa." (HR At-Tirmidzi)

Jika kita buat penilaian kajian dari kisah2 yang tersirat di dalam Al-Quran, maka setiap Nabi dan Rasul juga di timpa ujian! Setiap dari Rasul yang menghadapi kaum2nya sendiri pun paling tidak sedikit akan terjejas juga dengan kesabaran dan memohon dari Allah agar di timpakan musibah dan bala dari Allah kepada kaum2 mereka! Hanya tetapi Nabi Muhammad SAW dapat bersabar dan menyimpan doa buat umat2nya! Cuba lihat akan kesabaran Nabi kita SAW yang sangat tinggi seperti juga Nabi Allah Ayub A.S......

Sahabat2 ku sekelian, banyak2kan bersabar, ingat, dan perhatikan pada cermin hati, perhati sedalam dalamnya, serah diri padaNya dan mohonkan keampunan dan jangan sekali kali berputus asa pada Dia maka Insyaallah pasti akan Allah luputkan segala penderitaan tersebut dengan kenikmatan yang hanya hamba2Nya yang faham akan rasa teramat nikmat Insyaallah! Sentiasa bersyukur walau dalam ujian kerana pahit getir kehidupan dunia ini adalah buat orang2 mukmin sebenarnya tetapi Insyaallah tidaklah Allah akan menyeksa tanpa sebab kerana pasti akan ada kebaikan serta rahsia yang Dia sahaja yang Maha Mengetahuinya!

Ingat KL14 bab dunia yang hanya sementara serta hanyalah tipuan belaka? Dalam ujian2 yang kita hadapi, banyakkan membaca tafsiran2 kisah2 Nabi dan Rasul sebagai suatu penguat serta kefahaman kita akan erti Ujian serta Sabar! Kisah Nabi Ayub harus kita contohi akan kesabaran serta ketaqwaan Nabi Ayub A.S....3x kali ujian di lakukan iaitu kehilangan/kehancuran gudang serta anak2 beliau. Di uji sehingga menjadi miskin dari kaya raya. Di uji dengan penyakit kusta sehingga masyarakat menjauhi nya.....Penderitaan beliau berakhir selama 18 tahun! Kesabaran Nabi Ayub sangat2 tinggi sehingga Allah firmankan di dalam Al-Quran :-

 “Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya).” (QS. Shad: 44)    

Begitu juga dengan Rasullullah SAW...Ketika baginda berhajat keluar dari kota mekah dan ingin ke Thaif. Dakwah Baginda tidak di senangi oleh kaum Bani Tsaqif dan mengusir keluar serta merancang untuk menganiaya Rasullullah SAW serta  Zaid bin Haritsah yang mengikut Rasullullah SAW! Tatkala mereka berdua keluar sahaja dari rumah mereka rupa2nya telah di kepung!  Sekelompok penduduk itu pun melempari Rasulullah SAW dan Zaid bin Haritsah dengan batu. Zaid bin Haritsah berusaha melindungi Rasulullah SAW sambil pergi dari tempat itu. Mereka berdua terluka akibat lemparan-lemparan itu.

Setelah agak jauh dari kota Tha’if, Rasulullah berteduh dekat sebuah pohon sambil membersihkan luka-luka mereka. Ketika  sudah tenang, Rasulullah SAW mengangkat kepala menengadah ke atas, ia hanyut dalam suatu doa yang berisi pengaduan yang sangat mengharukan:

“Allahumma ya Allah, kepadaMu aku mengadukan kelemahanku, kurangnya kemampuanku serta kehinaan diriku di hadapan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Engkaulah yang melindungi si lemah, dan Engkaulah Pelindungku. Kepada siapa hendak Kau serahkan diriku? Kepada orang jauh yang berwajah muram kepadaku atau kepada musuh yang akan menguasai diriku? Aku tidak peduli selama Engkau tidak murka kepadaku. Sungguh luas kenikmatan yang Kau limpahkan kepadaku. Aku berlindung kepada Nur Wajah-Mu yang menyinari kegelapan dan membawakan kebaikan bagi dunia dan akhirat. Janganlah Engkau timpakan kemurkaanMu kepadaku. Engkaulah yang berhak menegur hingga berkenan pada-Mu. dan tiada daya upaya kecuali dengan Engkau.”

Kemudian Allah SWT mengutus Jibril untuk menghampiri Baginda. Jibril berkata, “Allah mengetahui apa yang telah terjadi di antara kamu dan penduduk kota Tha’if. Dia telah menyediakan malaikat di gunung2 di sini untuk menjalankan perintahmu. Jika engkau mahu, maka malaikat2 itu akan membinasakan gunung-ganang itu sehingga penduduk kota itu akan binasa. Atau engkau sebutkan saja suatu hukuman bagi penduduk kota itu.”

Setelah mendapatkan hinaan dan lemparan batu yang demikian menyakitkan, kemudian mendapat tawaran luar biasa dari Jibril, apa jawapan Rasulullah SAW? Ia malah terkejut dengan tawaran tersebut, lalu menjawab kepada Jibril a.s,

Walaupun orang-orang ini tidak menerima ajaran Islam, tidak mengapa. Aku berharap dengan kehendak Allah, anak-anak mereka pada suatu masa nanti akan menyembah Allah dan berbakti kepada-Nya.

Masyaallah! Betapa indahnya ketaqwaan keimanan Rasullullah SAW yang patut kita contohi! Puncak segala galanya adalah kesabaran! Sabar dan terus Sabar kerana Sabar adalah ujian yang banyak skali dari kita yang gagal! Maka latih lah diri kerana Diri dengan sabar Insyaallah semoga Allah memberikan kekuatan dengan kesabaran yang tinggi serta keimanan yang mutlak dan di naikkan martabat yang tertinggi di sisiNya Insyaallah Amin!

(ucapan jutaan terima kasih buat blog http://cara-muhammad.com/kisah/rasulullah-dan-lemparan-batu/ yang telah saya ambil info. Semoga Allah merahmati kamu Insyaallah Amin!)

Wabillahi Taufiq wal Hidayah.......

Wassalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatu.....

 

Jumaat 15hb Dec 2017.

Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

Make a free website with Yola