5th KL – Suatu Kemusykilan.


Assalamualaikum WBT....

 

Saat demi saat berligar. Coretan demi coretan telah di coretkan. Kata demi kata telah di perkatakan....Tulisan demi tulisan telah di nyatakan.....Kenyataan demi Kenyataan telah di nohtakan! Dan Kesemua itu Dia yang telah menyampaikan untuk kita demi Rahmat dan Pengasih dan PemurahNya tetapi berapa di antara kita yang benar2 "mendengar?"

 

Kita hidup dalam era kemodenan terlalu terbawa oleh arus tersebut suka atau tidak sehingga terlupa akan janji2 manis yang telah tercipta pada awal penciptaan! Hijab demi hijab terus menerus menutup “pelita” dari menerangi “kegelapan diri” yang semakin jauh menyimpang dari “bersua” dalam istilah kehidupan yang sebenar2nya!

 

Baru2 ini ada seorang telah bertanya pada saya akan kehidupan Syeh Siti Jenar. Saya petik kata2 Syeh SJ yang di whatsapp kan pada saya :-

 

“Syahadat, shalat dan puasa itu, sesuatu yang tidak diinginkan, jadi tidak perlu. Adapun zakat dan naik haji ke Makah, itu semua omong kosong (palson kabeh). Itu seluruhnya kedurjanaan budi, penipuan terhadap sesama manusia. Orang-orang dungu yg menuruti aulia, karena diberi harapan surga di kelak kemudian hari, itu sesungguhnya keduanya orang yang tidak tahu. Lain halnya dengan saya, Siti Jenar.”

 

“Tiada pernah saya menuruti perintah budi, bersujud-sujud di mesjid mengenakan jubah, pahalanya besok saja, bila dahi sudah menjadi tebal, kepala berbelulang. Sesungguhnya hal ini idak masuk akal!. Di dunia ini semua manusia adalah sama. Mereka semua mengalami suka-duka, menderita sakit dan duka nestapa, tiada beda satu dengan yang lain. Oleh karena itu saya, Siti Jenar, hanya setia pada satu hal saja, yaitu Gusti Zat Maulana.”

 

Maka dia bertanya dengan seribu tanda tanya! Saya begitu tak sangka kenapa kehidupan orang lain yang di ambil tahu? Sang Syeh berkata dalam “rahsia rasa” atau pun fahaman yang amat mendalam pengetahuan dalam Rahsia Zat semata! “Pandang lah dari yang satu kepada yang ramai dan kembalikan lah Pandangan itu dari yang ramai kepada yang Satu.” Sang Syeh sudah pun Khatam “pandangan” kerana dia sudah satu tapak lagi kehadapan iaitu Pandang dari yang Satu kepada yang Tiada!

 

Berkali kali saya dah beritahu jangan taksub atau berkhayal dalam “taman orang lain!” Kita akan “tergantung” tanpa jawapan dan itulah nanti akan merusak aqidah kita! Kalau tersilap fahaman maka kita akan jatuh Syirik! Nauzubillah himinzalik!

 

Maka fahamlah saya maknanya kita masih memandang pada derajat sesaorang itu untuk berilmu! Ok itu adalah biasa sahaja yang sememangnya lumrah...tetapi nasihat saya berhati hati kerana sesaorang Guru yang telah “Nampak” kadangkala apabila dia berbicara dia “di dalam taman” atau pun dalam “penyerahan”! Jika sang murid terus “menelan” ajaran Guru tersebut tetapi masih jauh lagi dari istilah “faham dan Nampak” maka sudah pasti dia akan terpesong! Itulah yang berlaku pada anak2 murid Sang Syeh!

 

Soalan saya adalah kenapa nak terus belajar ilmu yang sangat tinggi fahaman seperti Weh Datul Wujud yang di amalkan Syeh CT Jenar! Maksud saya fahaman tentang “taman Sang Syeh” dan bukan ilmu Weh Datul Wujud itu sendiri....ilmu itu sebenarnya Asas tetapi tinggi dan dalam ia tinggi ia adalah Asas semata mata! Kalau faham takde masalah Insyaallah tetapi kalau masih keliru Jangan cuba2 nanti kita dalam bahaya!

 

Doa saya semoga kita semua akan terus di limpah kurniakan Taufiq dan HidayahNya Insyaallah agar kita terus bertaqwa terus menerus sehingga di jemput balik bertemu dengan Dia dalam KeredaanNya Insyaallah Amin!




"Pak tua menangis sendiri
Mengenangkan nasib diri
Walaupun puas mencari
Namun belum ketemui

Cik Buyung riang selalu
Damai dan senang hati
Walaupun tak berusaha
Dia ketemui

Dia ketemui
Apa dicari
Dia ketemui
Yang abadi
Dia ketemui"



Ya insan yang hadir

Dengarkan semua
Ku isytiharkan dengan hati terbuka

Ya insan yang daif
Insaflah semua
Manikam yang di sangkakan
Bukan yang asli
Hanya seiras dan serupa

Ya insan yang hagas
Awasilah semua
Maya yang indah
Ada kudisnya
Jangan terpedaya

Angin yang membawa berita
Pancaindera yang memang lemah
Mudah terkeliru

Pak tua menangis sendiri
Mengenangkan nasib diri
Walaupun puas mencari
Namun belum ketemui

Cik Buyung riang selalu
Damai dan senang hati
Walaupun tak berusaha
Dia ketemui

Dia ketemui
Apa dicari
Dia ketemui
Yang abadi
Dia ketemui

Alam yang membawa cerita
Pancaindera yang memang lemah
Mudah terkeliru


Make a free website with Yola