KL 30 - Sebelum Kaabah di bina bagaimana pula stability

bumi ini di kawal?

As salam kpd kesemua prctnr yg di kasihi.

 Persoalan. Sebelum Kaabah di bina bgmana pula stability bumi ini di kawal?

 

Allah SWT Maha Pencipta maka sudah tentu Dia sudah menetukan bahawa di tapak Kaabah akan di bina kemudian hari sudah mempunyai tarikan Gravity! Di situ kita di perlihatkan ketika siti Hajar mencari cari air untuk anak nya Nabi Ismail a.s,

 Dikisahkan dalam Sahih al-Bukhari secara jelas daripada hadis Ibnu Abbas,

 

Ketika Nabi Ismail a.s. dan Hajar berada di puncak bukit Marwah, mereka terdengar satu suara. Lalu Hajar berkata dalam hatinya, "Diamlah." Hajar maksudnya "Diamlah" itu adalah dirinya sendiri. Kemudian dia berusaha mendengarkannya dan dia dapat mendengar suara itu lagi. Dia berkata, "Kamu memperdengarkan suara kamu jikalau kamu bermaksud memberikan bantuan.

 

Ternyata suara itu adalah suara Malaikat Jibrail a.s. yang dekat dengan tapak punca air zamzam. Lantas Malaikat Jibrail a.s menguis kawasan itu dengan sayapnya sehingga air keluar memancar. Akhirnya, Hajar dapat minum air dan menyususkan anaknya, Nabi Ismail a.s. kembali.

 

Kemudian Malaikat Jibrail a.s. berkata kepadanya:

 

"Janganlah kamu takut ditinggalkan. Ini adalah rumah Allah yang akan dibangunkan oleh anak ini dan ayahnya. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan hambanya-Nya."   (Sahih Bukhari, no.3113)


Maknanya segala gerakkan Bumi dan Cakerawala sudah pun teratur tinggal lagi Allah SWT mahu kan Kaabah ini menjadi Pusat (di tengah2) dengan lain perkataan Pusat Penyatuan bagi kaum Muslimin dan Muslimat serta segala apa sahaja yg ada di perut bumi akan bersatu di Pusat Penyatuan ini! Pembinaan Kaabah adalah sebagai satu simbol di jadikan sebagai asas Kiblat iaitu arah!


Firman Allah “Dimana sahaja hadap kamu di situ wujud Allah!”


Jika kita membuka minda dengan jelas maka Allah ingin kita perhatikan dari arah mana sekali pun kita pandang, Utara, Selatan, Timur atau Barat kita akan melihat Allah SWT semata mata!


Maka Kaabah adalah simbol penstabilan bumi dan rahsia yang Allah ciptakan lagi adalah Kaabah itu ibarat seperti “Armature” (alat penjana elektrik) dan kita ibarat “Static coil housing” (penjana eletrik berpasangan dgn Armature). Bezanya dalam proses penggerakkan penjana ini, armature yg akan berpusing ttpi ia adalah terbalik! Kita pula sebagai static coil housing yg bergerak yg sebenar benarnya akan menyebabkan suatu “tenaga eletrik” serta “kemagnetan” terbentuk! Jangan lupa manusia mempunyai “tenaga elektik” yg kita tidak pernah ambil tahu iaitu AURA kita!

Berbalik pd cerita tadi, maka dengan “hidupnya generator” iaitu Kaabah maka tenaga tarikan magnet menjadi Quantum! Dengan adanya air zam2 di bawah, dengan Ilham yg Allah SWT berikan kepada hamba2Nya kain Kaabah di letakkan dgn berwarna Hitam untuk “menyerap” segala unsur2 penyakit yg datangnya dari Spiritual, Emosional, Mental serta Fisikal serta segala noda2 kita Insyaallah! Allah Hu Akhbar!

Apabila sebuah Generator di matikan dgn tiba2 maka akan berlaku suatu “Penyusutan tenaga secara total!” Maka di situlah akan hilang segala keupayaan kawalan oleh Pusat Kawalan utama iaitu Kaabah! Maka dgn itu dgn sekelip mata sahaja, segala penggerakkan objek2 di bumi dan di langit iaitu Cakerawala akan menjadi huru hara! Inilah yang akan berlaku tatkala Kaabah di robohkan kelak!  Maha Suci Allah yg merancang segala ketetapanNya sahaja yg tahu bagaimana nak “hentikan stesen janakuasa Dunia ini!”  Kau Maha Bijaksana Ya Rabb!

 

Semoga kita akan lebih bertaqwa dan beriman kpdNya dan juga di berikan Taufiq Hidayah sentiasa Insyaallah Amin!

Wallahualam......


Wabillahitaufiq Wal hidayah Wassalam mualaikum Warrah matullah hiwabarakatu…..



Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

Make a free website with Yola