KL11 - PERSEPSI MASA III


Assalamualaikum WBT kpd sekelian sahabat2 prctnr sekelian yg di kasihi. Saya akan menyambung sdkt sbyk cerita atau kisah yang pernah saya alami bersama rakan2 seperjuangan Insyaallah. Ia bukan untuk membabik dada, atau itu atau ini dan lagi dan lagi.....! Bukan apa semoga ia dapat di jadikan sesuatu yang bermakna mudah2an Insyaallah buat diri utk Diri justru buat Dunia dan Akhirat Insyaallah Amin!

Maka sewaktu di Pontian, pada sebelah siangnya kami bekerja bersama sama bergotong royong membina rumah “sekolah” yang Wak Kang idam2 kan. Ada di antara kami menebas lalang dan juga menebang pokok! Al kisah Azmi, adik si Khalid sedang cuba nak menebang pokok jambu air kalau tak silap. Dah berjam jam jugak pokok tak tumbang! Datang si abang pulak (Khalid) bawak Chainsaw (mesin gergaji), dengan konfiden nya beritahu dgn Azmi “Tepi2! Mari kasi aku tebang dgn chainsaw ni!” Maka berderum derum bunyi enjin Chainsaw dgn mata gergaji berpusing untuk memotong pohon tersebut...! Jeng Jeng Jeng! Tapi GAGAL! Percaya atau tidak...TAK BOLEH tebang dah pokok tu! Macam tak lut!

Maka terduduk lah si Khalid terpinga pinga. Saya pun menyibuk jugak  bertanya dan dia hanya berkata “Pokok ni macam “kebal” ! Pakai mesin pun tak jalan!” Dengan tidak kami sedari rupa2nya Wak Kang ada memerhatikan gelagat kami dan dia pun menghampiri kami. Dia mencapai kapak dan terus menebang pokok tu...ada dalam 5 minit rasanya...pokok tu tumbang dah!!! Wak Kang terus angkat kedua belah tangannya memberi isyarat Champion! Dia terus berkata pada kami “Korang ni bodoh! Potong pun tak perati, pokok ni ada “penghuni! Orang yg jual tanah kat kita ni memang letak benda ni! Lain kali nak potong “beringat!”” Semua tertunduk je...dalam hati semua dah teringat cerita Tiga Abdul...”Kami bodoh Tuan!” hehehe.....

Pada sebelah petang kami mandi di perigi betul2 terletak di bahagian tepi rumah. Ada 2 perigi, Kang berpesan dgn kami, “perigi yang hujung tu JANGAN guna!” Saya terus tertanya kenapa Kang dan dia hanya kata kan perigi tersebut adalah penggunaan “kawan2 ghaib” dia! Alamak! Terperanjat kami...biar betul!

Pada malam hari kami beramai ramai menelaah bersama sama pengajian. Kang beritahu agar kami mengamalkan Puasa Memutih. Puasa memutih ini sangat mencabar. 7 hari berturut di mana Sahur dan buka hanya menggunakan kepalan nasi iaitu pada hari pertama puasa menggunakan 7 kepalan nasi putih dan dgn air putih sahaja. Esok 6 kepalan dan seterusnya menurun sehingga 1 kepalan nasi sahaja! Saya masih teringat pada hari ketiga dan seterusnya badan rasa ringan sangat2 seakan terapung dan Alhamdullilah tak rasa letih atau nak pitam dan sebagainya....

Pengajian lain yang masih saya ingat ketika itu adalah Kang berpesan dgn kami “Korang semua ni JANGAN sekali2 membaca buku2 ilmiah seperti HAQIQAT INSAN dan lain2 selagi belum “Kenal diri!” Buku2 tu dah Champion! Yang korang baca tu orang lain punya Taman dan nanti korang yang terbawak bawak macam Taman korang pulak! Nanti berangan tak sudah! Mesti failed perjalanan korang nanti! Pukul tong taik diri sendiri dahulu, bersungguh sungguh belajar lepas berjaya nanti nak baca, bacalah! Selagi korang tak pecah dan bersihkan tong taik tu kepala korang pun macam kepala haiwan!”

Astarfirullah! Terperanjat saya mendengar kata2 itu! Teringat kisah Syeh Siti Jenar yang berkata pada anak2 muridnya “Ilmu Weh Datul Wujud ini jika kamu berjaya maka kamu akan terlihat kebanyakkan manusia itu berkepala hewan! Tetapi jika kamu gagal maka kamu akan terlihat kepala kamu yang berkepala hewan!”

Saya terfikir sebenarnya apa kisah di sebalik “berkepala haiwan” ini sebenar benarnya dan dengan izin Allah dapat lah saya akan maksud yang sebenar Insyaallah! Kisah ini ada saya letakkan di dalam “Siapakah kita bab Korban?” jadi hanya ringkasan ceritanya adalah kehidupan kita yang tidak mengenal diri dan Diri maka sama sahaja dgn haiwan malah lebih teruk lagi kerana kita di anugerahkan AKAL! Kalau hidup hanya setakat Makan minum, berkeluarga, Tidur, Bekerja keluar cari rezki (utk makan) buat zuriat, rasanya macam tak ada beza dgn mahkluk yg berkaki empat! Betul tak?

Malam tu di Pontian Kang berpesan juga pada kami “Bila berzikir JANGAN bilang (kira) yang korang zikir!” Maksudnya umpama Ya Allah 100x tanpa faham dan rasa! Kalau setakat membilang 1000 kali pun tak ada faedahnya menurut guru saya itu kalau ia hanya sebutan yang kosong! “Kalau kau buat kerana pahala maka kau tak ihklas pada Allah! Bila buat sahaja mesti mintak ganjaran! Macam mana nak dapat!” Masih terngiang ngiang lagi kata2 Wak Kang tu!

Nanti saya tulis lagi Insyaallah jika ada izinNya lagi.....cerita “penempuhan” rakan2 yang dah berjaya yang dapat saya share Insyaallah.....

Jika bacaan ini berat, jangan baca kerana ia membawa gelombang freq yang rendah maka hanya apabila kehadiran gelombang yang sama hadir pada diri anda baru lah akan faham, jika tidak tak apa, tinggalkan sahaja kerana ia adalah tulisan yang “Kosong” belaka...utk berulang baca utk saya jua Insyaallah! ” 

Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

Make a free website with Yola