7th KL - Insafi Diri - Rahsia Air Wudhuk.

Insafi Diri - Rahsia Air Wudhuk


Bismillahirahmannrirahim....

 

Kita telah pun tahu akan rahsia sebenar mengapa “menjaga Air Wudhuk” itu adalah Wajib bagi yang mengerti! Secara am nya ia merupakan “Puasa Anggota” yang harus di jaga, di awasi serta di beri perhatian agar ia sentiasa “dalam wudhuk, Insyaallah!”

Mengapa?

Saya terpanggil untuk menulis KL pada pagi ini kerana tersentuh hati apabila semalam kami menziarahi serta membantu menguruskan pengkebumian saudara terdekat kami. Apa yang akan saya ceritakan ini Jangan sekali2 tersalah anggap dan bukan sekali2 untuk mengaibkan atau pun “buat ketupat” lebih2 lagi kepada orang yang sudah pun menghadap Ilahi.....! Ini adalah sebagai contoh amalan agar ia akan menjadi sumber inspirasi dan penggalak agar kita sentiasa peka dan berhati-hati dengan diri kita sendiri buat kebaikan Dunia Ahirat Insyaallah!

 2 malam yang lepas, kami sedang bersama rakan2 Practitioner sedang “makan beradap” hahaha....di Bandar Dato Onn. Makan Shell Out beramai ramai sebagai salah satu aktiviti pengerat persahabatan Gang2 cvtjohor! Pada malam tersebut isteri saya mendapat khabar ada kematian dari salah seorang saudara terdekat dan selepas aktiviti bersama gang2 cvtjohor kami pun beredar ke rumah saudara yang ada kematian tersebut.

Sampai ke sana macam biasa, saya tinjau2 belum ada orang sangat yang menziarahi dan isteri saya sahaja ke dalam dan buat apa yang patut. Di pendekkan cerita, saya terlihat isteri saya serta seorang lagi saudara sedang membersihkan sesuatu dari mulut arwah (perempuan) dan saya nampak seperti darah yang terbekas pada kapas yang di gunakan! Sekejap lagi ada ambulance dari Nursing Home yang pernah Arwah tinggal sejenak pun tiba kerana di panggil anak si arwah untuk membersihkan kesan2 darah dari mulut arwah ibu mereka. Ada dalam setengah jam paramedic pun memohon diri pulang ke Nursing Home semula. Alhamdullilah! Sebelum kami pulang kerana jam dah lebih kurang dinihari, saya terlihat isteri saya menakap lagi ke mulut arwah dan membersihkan di kawasan mulut arwahnya. Kami masih tertanya tanya.......      

 

Keesokkan pagi jam 7.30pagi kami melawat semula dan belum ada orang yang datang menziarahi....saya duduk di luar bersama anak saya manakala isteri saya ke dalam. Dalam setengah jam gitu saya terlihat isteri saya dan seorang lagi saudara sedang membersihkan lagi mulut si arwah dan saya terlihat ada kesan darah lagi! Saya bertambah tertanya Tanya kerana secara Logiknya apabila sahaja stesen janakuasa iaitu Jantung berhenti bekerja maka tiada lagi pengeluaran atau pun discharge seperti dalam kes ini! Saya termenung jauh berfikir mencari alasan yang munasabah....iaitu Mengapa? Kenapa? Why? Why? Why?

Di pendekkan cerita jenazah di bawa ke Masjid Taman Pelangi untuk di mandikan dan di kafankan.....isteri saya ikut membantu. Setelah selesai Solat Jenazah kami bergerak mengguna kenderaan sendiri untuk pengkebumian di Tanah Perkuburan Kebun Teh dan isteri saya bercerita pada saya bahawa si arwah tetap dischargekan darah dan darah dah mula keluar kehitaman! Astarfirullah hal aziim!

Kami saling memandang dan secara telepati kami memahami!

 

Astarfirrullah Halazimmmm! Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja! Ini hari dia dan kita harus ingat, perhatikan segala apa yang Allah ingin nak tunjukkan pada kita untuk kita “pukul diri” kita sendiri! Bukan untuk “buat ketupat” perihal orang!

Pada dasarnya Rahsia Wudhuk adalah untuk kita mempersembahkan pada diri sendiri dan untuk diri2 yang terdiri untuk melihat akan Keindahan Zat2 yang tersirat di sebalik rahsia anggota tubuh agar kita ikut gelombang tersebut! Kata2 yang indah yang selalu di di gunakan, pandangan mata yang sentiasa “Nampak” akan kebesaran, pendengaran yang baik sahaja yang di dengari, tangan yang “suci” sentiasa bebuat baik, bersedekah dll, sentiasa merendah hati  serta perjalan pada jalan yang lurus! Boleh kekalkan Air Wudhuk? Jom kita usahakan...Insyaallah semoga Allah sentiasa memberi Taufiq Hidayah kepada kita semua agar tergolong dalam orang2 yang bertaqwa Insyaallah Amin!

 

Ya Allah Kau ampuni kami. Kedua ibu bapa kami, saudara2 kami sekelian muslimin dan muslimat Walmukminin Walmukminat.......! Kurniakan lah keampunan Mu! Letakkan lah Ruh2 mereka di dalam Nikmat Mu semata mata! Kurniakan lah kepada kami Taufiq Hidayah Mu buat kami Ya Allah agar hati kami sentiasa ghairah beribadat khalwat kepada Mu! Amin Ya Rabbal Alamin.......!

Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

Make a free website with Yola