KL14 – Persepsi Masa VI.

Bismillahirahmannirahim.....

Kita sambung dari yg lepas Insyaallah.....

Sifat Riak, Takabur, sombong dan ingin menonjol nonjolkan kepandian ilmu sebenarnya adalah dari sifat keakuan yg masih menebal di dalam diri kita ini! Saya paling suka memerhati gelagat2 kita apabila berada di dalam kelompok masyarakat ini agar dapat mengingat diri saya yang sentiasa terdedah juga pada mara bahaya tarikan gravity dunia ini! Yang terlihat kebanyakkan dari kita adalah  “keaktifan” sifat keakuan pada nama (diri sendiri), kepujian dari orang ramai serta keakuan “aku yang buat itu dan ini!” Inilah hijab yang amat sukar untuk di leburkan jika kita masih lagi berkehendakkan ia lagi (aku).....! Maknanya, kita yang “ada” dan soalan utama adalah di mana “Dia” dalam ketika itu? Cuba lihat, kita menidakkan kuasa Dia, menidakkan keesaan Dia, mengecil kan Dia! Astarfirullah hal azimmmmm!!!  

Maaf kata saya pernah melihat di kedai mamak pakcik2 bersembang tentang Cincin2  Akek yang ada kuasa untuk memberi kemurahan Reski, Pelaris Jualan, Menundukkan orang agar mendengar cakap kita dan dapat menjaga/mendinding diri dari kecelakaan!  Astarfirullah hal azimm! Tak sangka saya dengan pengalaman hidup yang begitu lama mereka tetapi amat cetek sekali fahaman tentang bab2 “Syirik!” Kenapa letak penyerahan kita pada batu2 tu? Kuasa apa yang batu tu ada? Sedangkan dari sudut saintifik batu2 tersebut adalah dari asal magma cair yang ada di dalam perut bumi, panasnya 1.000 derajat Celsius, ciptaan Allah SWT dan dari sudut CVT struturnya batu2 akek di dapati tidak stabil sama sekali maka gelombang frekuensinya adalah Tinggi maknanya ia sangat mudah di duduki anasir2 entiti yang sama frekuensi (tak baik)!  Ya Allah yang Tuhan kami, ampun kan lah kami sekian muslimin dan muslimat wal mukminin wal mukminat dari segala unsur  Syirik kepada Mu Ya Allah! Astarfirullah hal azim Allazi La illa hailla hual hayul Qayyum Wa’utubu illaih!  

Allah Ta’ala berfirman,

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” (QS. An Nisa’: 48).

Berbalik kita pada cerita tentang keakuan....Cuba perhati sedalam dalamnya pada diri kita ini.....sukat dan ukur di mana kita di sisi Allah SWT!

Benda2 seperti ini lah (sifat aku yang masih wujud) sebenarnya yang akan melewat kan masa kita dari Haq! Macam mana nak kenal Tuhan kalau “tuhan” masih wujud?  “tuhan” wajib “mati” jika ingin Tuhan yang sebenar benarnya Wujud di mana sememangnya sedia Wujud!

Allah SWT berfirman dalam Hadist Qudsi :

“ MAUTU ANTAL KABLAL MAUTU” artinya Matikanlah dirimu sebelum mati kamu (mati sebenarnya).

“LAA QADIRUN, WALA MURIDUN, WALA ‘ALIMUN, WALA HAYYUN, WALA SAMI’UN, WALA BASIRUN, WALA MUTAKALLIMUN.”

Artinya :

- Tidak ada berkuasa ;
- Tidak ada berkehendak ;
- Tidak ada kita tahu ;
- Tidak ada kita hidup ;
- Tidak mendengar ;
- Tidak melihat ;
- Tidak berkata-kata.

Senang? Boleh?

Maka secara rambang akan ada 50% - 50% jawapan yg boleh dan yg kata sukar! Come on....! Letakkan kesungguhan, kepercayaan, letakkan “will power” yang bersungguh sungguh kerana Allah SWT maka Insyaallah pasti Allah akan berikan Hidayah petunjuk serta kekuatan untuk berjaya Insyaallah Amin! Fikirkan semula....datangnya kita dengan penuh kesucian takkan sewaktu balik (kematian) dengan kekotoran! Ingatlah dunia ini hanya tipuan belaka dan sebenar benarnya kehidupan adalah di akhirat kelak!

 Firman Allah :-

Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman)itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu. (Al-Hadid [57]: 20)

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui (Al Ankabut [29]: 64)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa sallam bersabda,

“Demi Allah, DUNIA ini dibanding AKHIRAT ibarat seseorang yang mencelupkan JARINYA ke LAUT; air yang TERSISA di JARINYA ketika diangkat itulah NILAI DUNIA ( akhirat = LAUT) ” (HR Muslim).

Maknanya hanya 1% kenikmatan sebenarnya Allah letakkan di dunia ini tetapi 99% kenikmatan yang menanti kita di akhirat kelak! Maka marilah sama2 kita fikirkan........

Teringat saya pada Guru saya Wak Kang ketika kami mengeluarkan wang yang kami kumpul untuk membeli tanah seluas 4 ekar di Pontian, beliau tak mahu memegang duit tu! Faham lah sudah saya maknanya jika kita tidak berhati hati apa pun perihal duniawi boleh menghijab kita maka jangan membuka ruang walau sejenak untuk hijab2 ini “melintas” kita! Ya Allah Ya Tuhan kami lindungi kami dari Lintasan2 mu dari menghijab kami dari Mu Ya Allah!

Teringat juga seketika saya ketika di rumah Pontian, di bawah pohon Cengkih yang besar Wak Kang bermain main dengan Lipan bara yang agak besar! Benda tu boleh jinak dengan dia! Datang si Khalid pergi tengok dan tanya pada Kang “Apa tu Kang?”  Kang tanpa lengah terus lalukan Lipan bara tu ke lengan Khalid dan dengan kegelian serta ketakutan Khalid menepis dan berlari pantas tanpa memandang di hadapan dan hampir2 nak melanggar tembok rumah tetapi pada saat2 akhir dia sempat melihat tembok dan mengelak! Memang terlepas sedetik je tu kalau tak haru si Khalid tu! hahaha Soalannya kat mana kau Lid? Perhati diri ke lipan? Hahaha...tetapi cuba tanya pada diri, kalau situasi tersebut berlaku pada kita dapat ke kita “perhati?” ???

Apabila saya bercerita bab guru saya ni saya tidak dapat elak teringat akan kisah2 semasa berguru dengan dia serta dengan rakan2 seperjuangan, Pernah ketika kami sedang belajar di rumah Kang, kami terdengar ada budak kecil menangis macam nak rak dan sejurus lepas itu kami terdengar ada orang memberi salam di depan pintu Wak Kang.....kami pun menjawab salam dan saya terlihat ada dalam 2 orang dewasa dan budak tadi yg dalam lingkungan kurang dari setahun yang menangis kuat! Kang mempersilakan masuk dan dengan tak semena mena budak tu terus diam lah dari menangis! Dah macam cerita Ahmad Albab! Ketuk pintu terus diam! Hahaha.....Mak pada budak tu kata pada Kang “Saya di beritahu oleh rakan saya suruh datang sini nak mintak air! Anak saya ni tak berhenti menangis dari petang tadi! Sampai sini je terus diam!” Kang hanya tersenyum dan ambil sebotol air dan buka penutup dan saya terlihat seakan dia membaca sesuatu dan tutup semula penutup botol dan serahkan pada kakak tadi. Saya terlihat wanita tu memberi wang pada Wak Kang di mana Wak Kang menolak dan beritahu pada ibu si anak tu untuk letakkan dalam tabung masjid.....Setelah mereka beredar, Azmi bertanya pada Kang “Baca apa tu Kang kat air tu?” Dengan spontan Kang jawab “aku komat kamit je takde apa pun!” Kami tak dapat elak dari ketawa beramai ramai! Aduh....

Itu kes budak kecil tu...ini pulak kes si Md Khalid ni....hisss Lid kau ni pun....! Kes dia macam gini. Pada malam tu kami macam biasa berada bersama Kang menelaah pengajian tapi tanpa Khalid. Dah lewat jugak masa ketika tu baru si Khalid datang dengan muka yang muram dan sugul! Wah! Sungguh hairan kami melihat situasi yang tak pernah terjadi pada rakan kami ini!

Kang pun bertanya “Kenapa dengan kau?”

Khalid pun dengan menunduk muka dan berkata pada Kang “Saya dah buat kesalahan besar! Tadi attend DnD company budak2 kerja ni suruh saya togok air setan dan saya tertogok jugak selepas cuba nak tolak! Macam mana ni Kang?”

Kang Tanya pada Khalid “Kau nak aku buat apa?”

“Kalau boleh ingat nak mintak air supaya dapat cuci apa yang saya  dah tertogok tadi!”

Kang terus capai air masak minuman dia (dalam gelas)  terus meludah di dalam air tu dan beri pada Khalid! Kami semua kehairanan! Aik! Macam dalam cerita muntah si Jin untuk si Badang je! Hahaha....

Khalid terus mengambil air tersebut tetapi keberatan nak minum! “Kau tunggu apa lagi minum lah!” sampuk Kang....

Khalid terketar ketar terus berkata pada Kang “Kang takde cara lain ke selain minum air ni?” Tanpa kami sedari Kang ketawa terhilai hilai! Dalam beberapa saat dia berkata “Tahu pun geli! Togok air setan tak geli! Habis kau ingat dah buat dosa dengan minum air yang aku beri tu kau dapat ampunan ke? Air tu ada kuasa mengampunkan kau ke?”

Khalid saya lihat tersenyum dengan tergaru garu kepala! Pada malam tu dapat lah kami ilmu yang sangat berharga iaitu Permohonan keampunan itu adalah dari Allah dan kepada Dia sahaja lah yang wajib di mohonkan keampunan serta yang lain2 dan bukan pada yang lain! Allah Hu Akhbar!  

Kita istirihat sejenak ye. Semoga kita  senantiasa di dalam pelukan kasih sayang Allah SWT dan semoga sentiasa di dalam RahmatNya di berikan kepada kita Petunjuk dan Hidayah untuk sampai kepada Dia Insyaallah Amin!

 

 Wabillahi Taufiq wal Hidayah.......

Wassalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatu.....

 

Jumaat 8hb Dec 2017.

Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

Make a free website with Yola