KL 27 - Rahsia Puasa Isnin dan Khamis

Rahsia hikmah PUASA ISNIN dan PUASA KHAMIS

Rahsia hikmah PUASA ISNIN dan PUASA KHAMIS sepanjang tahun berkaitan dengan puasa ramadhan sebulan dan lailatuqadar yang bersamaan seribu bulan. PUASA KHAMIS bererti puasa yang membersihkan zat untuk kesihatan pada bahagian perut dalam frekuensi kuning. PUASA ISNIN untuk membersihkan kerohanian atau spirit seseorang. PUASA ISNIN dengan pengaruh bulan. Manakala PUASA KHAMIS adalah pembersihan fizikal bermula di perut dengan pengaruh cahaya matahari. PUASA KHAMIS atau kuning menyekat zat-zat berlebihan agar tidak bertukar menjadi sisa toksik yang hanya akan mengenyangkan jin pendua pembawaan setiap orang iaitu Qorin. Godaan iman dalam melawan nafsu diri berlawan dengan qorin inilah yang amat sukar. Setelah berpuasa khamis esoknya jumaat hijau dengan energi oksigen dalam otak akan lebih seimbang dan rasa segar dengan kebijaksanaan akan dapat dirasai pada kekuatan mental. Jika tidak rasa mengantuk pada hari jumaat begitu ketara.

 

Manakala yang lebih unik adalah PUASA ISNIN. Sepanjang hari isnin adalah pembersihan spirit atau masa vital energi tubuh. Kesannya dapat keheningan dan rasa ada kekuatan fokus melalui pusat kawalan nafsu pada rahsia warna violet yang mula dapat dirasai bermula pada pagi selasa. Hari selasa sungguh banyak ujian menguji nafsu seperti kemarahan dan berbagai trauma yang tidak disangka. Semua ini berkaitan jin, iblis dan syaitan. Cemerlang warna merah jambu dan violet pada sepanjang hari selasa maka emosi dan spirit dengan mudah menentang sifat baran dan pemarah yang tidak menentu. Puasa ini sebenarnya satu latihan untuk kita berhadapan dengan kejadian nanti pd penghujung zaman debu hitam yang amat gelap sehingga telapak tangan pun tidak kelihatan apabila berlaku dukhan iaitu jatuhnya sebuah meteor dari langit.  Ketika itu makanan kita hanyalah zikir yang berterusan selama 40 hari dan 40 malam tanpa makan. Wallahualam.....

Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

Make a free website with Yola