KL12 - PERSEPSI MASA IV


Assalamualaikum WBT....kita sambung lagi cerita dengan izinNya Insyaallah....

Dalam konteks Solat Kang pernah sergah kami! “Cuba mengucap Azmi!” Maka Azmi pun mengucap....”Ashadualla illa haillallah waash hadu anna Muhammad darasullullah!” Kang terus sambut “Kau ni macam baru masuk Islam! Mengucap pun kosong! Macam burung yang pandai bercakap yang baca!” Kami kat situ tak boleh elak mengekek ketawa! “Cuba Solat aku nak tengok!” sampuk Kang. Azmi pun berdiri buat lah Solat...Kang dengan pantas terus berkata “Dah2! Berhenti! Itu Solat budak2!” Selepas itu kesemua dari kami kena buat Solat juga kat depan Kang dan semua kena komen yang sama “Solat Budak2!” Aduhhhh! Malunya!

Kang teruskan “2 Kalimah Syahadah ada 2 maksud buat 2 jenis pemahaman orang! Pertama berkata hanya dengan keyakinan tapi “tak Nampak Tuhan! Yang kedua berkata dengan Ainul Yakin dengan rasa iatu “jelas”! Korang jangan main-main 2 kalimah syahadah tu berat kalau tak “sampai” tak sah Solat! Sebab tu aku suruh korang brlatih Nafi dan Isbat! Selagi tak pass Nafi dan Isbat kau lah yang Champion! Tak menyerah pada Dia! Selagi kau belum serah balik pada Dia “buta lah pandangan korang, buta lah hati nurani! Hidup macam haiwan tak kenal diri tak kenal Tuhan! Nanti Raya Korban korang pergi secara sukarela jadi Lembu buat di sembelih! Senang habis cerita!” Marah betul Kang pada kami pada hari tu!

Dia sambung lagi “Puasa apa cerita? Pun macam Puasa budak2! Sama je....nak masa buka beli makanan banyak2 penuhkan balik tong taik tu! Dah jadi kotor balik! Puasa memutih ada yang menipu! Tak sampai 7 hari dah berhenti! Kau ingat aku tak tahu! Nak jadi apa ni korang! Bila tanya semua tak pass...habis tu datang sini buat apa? Kalau korang rasa nak habis kan kopi aku, korang pergi balik je! Jangan buang masa aku!” Semua dari kami hanya diam dan satu2 dari kami mula mohon minta diri utk pulang! Hehehe...tak boleh tahan kena hentam!    

Adeh! Sebenarnya saya faham kemarahan Kang tu! Dia hanya memandang pada Aku ibarat cermin pada diri kita agar cepat khatam kerana kesuntukan masa! Dia marah betul dengan pembaziran masa!

Kalau tak silap saya ada dalam 3 minggu saya belajar bersama Guru dan rakan2 ni, Khalid datang ke rumah saya dgn wajah yang berseri seri memberitahu saya yang dia dapat tempuhan! “Tempuh apa lid?” Dia jawab terus dgn nada yg gembira “Aku tertidur tadi dan aku terasa macam terangkat ....melepasi kipas siling tu! Aku ingat mesti hancur badan aku kena kipas tapi tak lah! Aku masih terfikir ini mimpi ke betul ni! Lepas tu....(ooops tak dapat cerita lah krn itu taman dia....) “Mari ikut aku jumpa Kang!” ajak Khalid pd saya.....

Kang bila mendengar sahaja hanya berdiam diri dan tersenyum! Dia hanya katakan “Kerja keras lagi lid! Tak habis lagi tu!” Dia pun memandang kat kami semua dan berkata “Yang lain2 bila?” Kami semua hanya mampu tunduk dan berdiam je! Hehehe biasa lah.......

Selepas lebih kurang 1 bulan  Alhamdullilah giliran saya pulak dapat “cerita” sikit....Al kisah saya ke tandas dan setelah habis melabur, saya pun membuka pintu untuk keluar dari tandas, alangkah terperanjatnya saya ternampak Lembaga yang sangat hitam legam berdiri di depan saya! Pertama sekali ingatan saya terfikir ini mesti Jin kafir ni! Saya terus bertanya pada lembaga itu “Siapa kau?” Dengan spontan dia menjawab “Itulah kau!”

 Ya Allah! terduduk menangis saya ketika itu tanpa di sedari...! Alangkah sedihnya terlihat “diri” yang serba hitam tiada “Nur” langsung...Astarfirrullah hal azim.....!

Malam tu jugak saya beritahu Khalid tetapi Khalid tak pasti maka pada keesokkan hari saya dan Khalid ke rumah Kang, kebetulan kawan2 semua ada ketika tu. Kang terus menjawab “Dia bekerja keras! Hijab dah terbuka! Korang yang lain bila lagi? Ada yang lama dah belajar tapi tak dapat2! Tak malu ke dgn orang baru belajar!”  Saya terkedu tak terkata tak sangka itu hijab rupa2nya! Rasa segan sgnt2 ketika itu dan “paiseh” ibarat orang cina kata pada rakan2 yang lain! Selepas itu Kang balik semula pandangan pada saya dan berkata “Kau teruskan perjuangan dan teruskan bekerja keras lagi! Kalau perlu kau seru je nama aku, nanti aku datang bantu kau!” Terus terang saya katakan saya tak faham bab ini ketika itu....apa maksud Kang! Satahu saya hanya pada Allah yang harus di pohonkan apa2 pun pertolongan! Blurrrr.......

Selepas bertahun barulah faham akan maksud dia tetapi biarlah ia menjadi rahsia dan hanya akan terbuka bagi mereka yang dah suatu hari nanti sampai jua pada fahaman ini nanti Insyaallah..Amin!

Bulan demi bulan berjalan terus. Saya teruskan latihan walau pun di tempat kerja Insyaallah dan dengan izinNya, saya mula Nampak “cahaya” yang berwarna Merah! Saya beritahu Khalid dan dia berasa  ghairah dan beritahu yang dia dan kawan2 lain akan ke rumah saya....

Pada malam tu, ramai dari kawan2 yg hadir di mana saya pun naik hairan kenapa ek? “Di...malam ni kau cuba pendat!” Khalid brthu saya. “Pendat? Pendat macam biasa tu ke?” saya tanya. “Ye betul! Cuma ada lain sikit! Kau kena “kunci” nafas bila nafas tu turun nanti ke bahagian perut!” jawab Khalid. Saya dah mula menggelabah.....

“Pendat je! Nanti kau tahu!” celah Khalid lagi. “Ok Insyaallah!” saya masih dgn tanda tanya main jawab ye je!

Saya pun duduk di antara dua sujud, melakukan proses “pendat nafas”, seingat saya ada dalam 2 kali mencuba selepas tu....kedebab!

Apabila saya sedar, semua rakan2 tanya “Di....apa cerita?” Saya seakan terpinga pinga masih macam percaya dengan tidak masih blurrrr!  Ada dalam 1 atau 2 minit baru saya dapat ingat semula apa yang telah saya lakukan sebelum itu! (Mohon maaf sangat2....biar lah ia menjadi Rahsia dahulu buat kali ini...) Al kisah saya pun bercerita lah.....!

Kawan2 pun terus menyampuk “Best kan! “

Selepas Berjaya “pendat nafas”, saya sering lakukan sendiri. Ada kala nya saya pendat kat atas motor (kuda besi) saya ketika riding! Ada sekali tu...terpendat lebih sedikit, saya dah mula Nampak seakan “tirai hitam bermanik manik putih”  mula seakan ingin “menutup” pandangan saya! Ketika itu hati saya dah berkata “Alamak! Lak lah aku ni atas motor jawabnya!” (Lak (lah) atau maksud “Tiada”  ni adalah istilah kami menggelarkan ketika “rebah.”) Maka dengan kekuatan yang hanya tinggal lebih kurang 10-20% sahaja saya bermohon “Jangan Lah kan aku Ya Allah! Atas motor ni!” hehehe boleh gitu....Dengan secepat kilat pandangan tirai tadi terbuka semula! Fuhhhh! Lega! Hehehe Kalau tak....mahu kedebab kat tengah2 jalanraya dan mahu kena sambar dengan kenderaan lain! Adeh...kalau si Suadi ni pun!!!

Esok ceritalah saya pada Kang macam biasa...Kang terus berkata “Kau ni! Ada ke pendat atas motor! Dah takde tempat lain ke nak pendat?” Saya hanya tundukkan muka sahaja dan tanpa saya sangka sekali Kang berkata “Syok kan rasa pendat atas motor!” Saya, Khalid dan rakan2 yang lain berderai ketawa...! Kang menyambung lagi “Ingat....kita boleh mati di mana2 dan pada bila2! Jadi kena rasa dahulu kalau betul2 sampai ajal mati kat atas motor! Jadi selalu beringat Cuma jangan sampai “jatuh”! Aniaya je!” celah Kang lagi.

Seronoknya belajar dengan Kang ni dia tidak menumpukan pengajian pada Kitab atau Buku sahaja tetapi dengan “gaya bebas” asalkan ia tidak “terkeluar dari garisan Tasauf!” Sebab itu kami campur adukkan dengan pelbagai cara!

Ada satu peristiwa yang sangat2 misteri bagi saya dalam sejarah sewaktu belajar dahulu. Ini kisah “penempuhan” Wak Hassan...pada malam hari apabila kami berkumpul kat rumah Wak Kang, Khalid beritahu saya tadi pagi ada peristiwa gempak dah berlaku! Saya pun dengan penuh panic bertanya “Apa crita?” Khalid teruskan perbualan “Wak Hassan tempuh! Gila lah dia ni! Dah tempuh tak nak balik!” Saya terpinga pinga....Khalid teruskan lagi “Tadi pagi aku dapat paging (pager – dahulu handphone belum berleluasa lagi) sekali tengok no telefon rumah Wak Hassan dan aku terus kol rumah dia. Isteri dia terisak risak menangis kata Wak Hassan dah takde, dah meninggal! Aku terperanjat dan tanya bila, kenapa? Isteri dia hanya kata tak pasti tapi dia terbaring kat atas katil! Yang gempaknya isteri dia dah kol Doctor peribadi, klinik yang biasa mereka pergi. Doctor dah sah kan Wak Hassan dah “Flatline” dan suruh isteri dia kol Polis kerana mati secara mengejut! “Bulu roma aku terus meremang dan aku suruh isteri dia jangan buat apa2 dahulu! Jangan buat lapuran polis dahulu! Nanti aku datang dgn Kang!”

“Sampai je kat rumah Wak Hassan, jiran2 dah ada dan aku ternampak Doctor tu pun ada! Kang terus ke bilik dan aku cuma nampak dia macam “stoink” ....jap lagi Wak Hassan tersedak sedak sedar dan menangis terisak risak on the spot macam budak kecik lah! Kang terus perambat (marah) dia! Kau nak tinggalkan anak bini nak suruh siapa jaga! Aku dah kata kalau nak “Lah” jangan sorang2! Nasib baik tak sempat kena post mortem dan kena tanam!  Kalau tak aku yang akan talkin kan kau! Marah betul Kang aku nampak! Aku toleh belakang Doctor tu masuk dan rasa hairan terperanjat dan aku terperasan kat luar ruang yang tadi ada jiran2 mula kosong! Aku ketawa sendiri...ini mesti dah lari ketakutan tengok orang mati hidup balik!” celah Khalid pada saya! “Wah! Gempak dah!” saya menyahut! “Apa tak nya, isteri dia punya terima kasih kat Kang tak tahu macam mana aku nak explain!” sampuk Khalid...

Pada malam tu Kang berpesan pada kami semua “Kalau nak cuba2 “Pendat” beritahu kita orang dan pesan pada isteri masing2 jika terjadi apa2 kol kita orang! Kalau boleh panggil kawan2 tengok sewaktu buat pendat tu...! Ha Wak Hassan kau apa crita?”sampuk Kang. “Tempuh tempuh jugak tapi jangan lah kasi orang susah! Kau ni!”...Wak Hassan tunduk tapi tersenyum yang saya lihat seakan senyuman kepuasan dengan “penempuhan” siang tadi.....! Al kisahnya Wak Hassan ni sama seperguruan dahulu bersama Wak Kang belajar Tasauf bersama cuma Kang khatam dahulu dan Wak Hassan terus belajar je dari Wak Kang sahaja kerana dah biasa sangat dgn Wak Kang ni!            

Ok saya berhenti dahulu dan Insyaallah nanti cerita lagi di lain masa Insyaallah....Semoga ia akan memberikan suatu bentuk motivasi atau tip atau apa pun mudah2an Insyaallah Amin buat sahabat2 sekelian!

Sahabat2 ku....Bacalah jika ia akan memberi munafaat Insyaallah dan tinggalkan sahaja tanpa soal jawab jika ia tidak bernas kerana cerita2 ini memang tak masuk akal! Hanya buat mereka yang sedang “berjalan” atau pun yang dah menempuh je yang akan betul2 faham cerita2 ni Insyaallah....

Salam muhibbah buat semua...

Wassalam....

Jumaat - 10th Nov 2017.

 Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

 

Make a free website with Yola