Pencarian


Setiap detik masa berlalu hanya akan meninggalkan semalam.....yang indah atau pun sebaliknya.....

 

Kisah demi kisah yang telah di coretkan dalam “diri” terakam buat selama lamanya sehingga masanya kita mengembalikan semula “buku catatan rakaman” kepada Pencipta!

 

Yang mengerti dengan jiwa maka tahu bahawa buku tersebut masih boleh di Edit....tetapi yang tak tahu maka akan pasti Rugi.....tetapi yang paling ramai di antara kita tahu serta peka tentang “boleh edit” ni tetapi terlewa sangat dengan pendekatan Duniawi...itu kita tak dapat salahkan sesiapa kerana kita manusia sememangnya akan terfokus dengan apa yang di rasai kuat yang dapat “menarik” kita ke arahnya......

 

Astarfirullah hal’azim....

 

Kita tidak dapat lari dari kenyataan semakin menggelapkan “jiwa ruhani” yang sepatutnya di belai di sirami dengan keghairaihan cinta yang sentiasa berbalas hidup buat selamanya insyaallah! Maka di situlah kita akan lihat “bersinar” kehidupan dunia akhirat.....Insyaallah kerana dunia sudah tidak lagi dapat mengikat dengan “tipuan” haqiqat yang palsu kerana “rahsia dunia” sudah pun kita “di beritahu” oleh Kekasih hati.......! Maka orang2 yang di dalam percintaan ini hanya “mabuk” dalam alunan Cinta yang Masyuk dalam rahsia “Percintaan Haqiqi” yang tiada tolak bandingnya walau di tukar ganti dengan apa sekali pun.....!

 

Maka ramai lah dari kita akan mengatakan “Susah! Kami bekerja....dengan bebanan serta stress kerja lagi lah susah nak dapat!”

 

Itulah “hijab” sebenarnya.....Allah tak pernah suruh kita cuai dan tidak serious dalam pekerjaan kita tetapi dia suruh kita “beringat” pada Dia setiap masa! Dia tak suruh pulak kita Solat Sunnat sentiasa semata mata untuk ingat pada Dia! Tetapi sentiasa paling tidak pun Dia hadir di dalam setiap helaian nafas serta di dalam minda kita sewaktu kita buat apa sahaja walaupun sedang bekerja.....! Baru2 memang susah tetapi jika ada kesungguhan Insyaallah akan jadi biasa nanti....Alah bisa tegah biasa!   

 

Tajuk lagu -  Cinta luar biasa....Ada lagu di buatkan untuk kita mendengar tetapi luar biasa yang biasa sahaja kalau tak “sampai!” Ya...buat yang tahu ia memang luar biasa...barulah kita tahu “khazanah rahsia” yang terpendam di dalam “perut bumi” kita! Yang ada menggelarkan “Quantum Energy” ada yang menggelarkan “Tenaga dalaman” dan ada yang menggelarkan “Tenaga Batin!” di mana maksud sebenar Tenaga Batin tu bukan yang “Zahiriyah pada lelaki” ye! Jadi macam mana nak dapatkan semua itu sedangkan kita tak tak ada “jalan” atau “cara” macam mana!!! Ia tidak akan pernah boleh di capai dengan Teori atau pun amalan yang melibatkan pada amalan2 harian! Percayalah - NO WAY!!!

 

Ada dari kita yang dah “merantau” jauh sehingga “belajo” dengan Internet sana sini....! Boleh....tetapi susah juga nak faham nanti kerana orang yang faham sentiasa bercerita “haq” tanpa memperdulikan lain orang yang masih terkial kial nak faham! Nak salahkan siapa? Dia tidak bersalah kerana itu haq dia! Itu anugerah dia! Itu taman dia! Itulah risiko serta adab jika nak belajar buat yang masih belum “dapat keluar” dari “taman rahsia”......

 

Hissss! Bertambah Pening dan Keliru.....! Betul kan?

 

Jangan putus asa dan lekas Give Up! Ingat lagi tak dengan “Apa yang tinggi itu rendah dan yang rendah itu Tinggi!”?

 

Maka balik semula lah kita ke bawah dengan menguatkan Asas – Wudhuk....! Tanpa amalan yang bersungguh “Kekalkan Wudhuk” memang payah kita nak ke peringkat selanjutnya......Yes ini bukan main2! Serious! Sebab itu masa demi masa bertahun tahun lamanya kita tak pernah nak “Game!” Kita sambil lewa “membawa” amalan “Kekalkan Wudhuk!” Sedangkan Wudhuk adalah peringkat pertama sebelum “nak jumpa Tuhan!” Kalau Wudhuk tak Lulus macam mana kita dapat ke peringkat Solat?

“Tak kan masuk kamu ke dalam Syurga Ku walau pun hanya tinggal sebesar Zarah dari dosa kamu!”
 


Sedihnya apabila melihat ada yang dah cuba nak “menyelinap masuk” tanpa “lulus wudhuk”......last2 bawak masalah demi masalah yang tak dapat terhurai! Last2 give up dan terus “terjun” semula ke tarikan “gravity dunia” semula dan biasanya akan menjadi lebih teruk ibarat orang yang cuba buang tabiat merokok tetapi gagal dan mula merokok semula! Jawapnya berkotak kotak akan di hisap semula untuk “membayar” sewaktu “berpuasa merokok” dahulu! Nauzubillah!

 

Banyak2 bersabar dan banyak2kan Bersolat dinihari...Insyaallah nanti kita akan faham mengapa.....Fokus pada dalaman dan selalu beringat pada diri walaupun tengah bekerja...! Bila???

Eh! Tengah pegang Pen pun boleh ingat apa! Siapa yang pegang Pen? Siapa yang beri daya? Siapa yang mencipta Pen? Siapa yang beri kita tenaga memegang Pen tersebut sehingga minda otak bekerja sealiran dari Sistem Neuro ke bahagian Saraf? Kita yang gerakkan? Itu baharu pegang Pen!

 

Bertenang.....! Pegang Pen, tarik nafas, pejam mata sejenak....lihat dalam2 pada diri...”buka dan dengar dari dalaman kita yang ingin berbicara!” Ya...Insyaallah jika focus anda Ikhlas pasti komunikasi akan tercipta nanti.....apatah lagi nanti pada waktu dinihari....senyap, sunyi, hening...hanya “kita berdua” yang ingin “bercengkerama”....sampai suatu ketika nanti barulah tahu bahawa “kita” itu “satu” jua semata mata............! Jika itu tercapai....Alhamdullilah....! Itu tahap pemberitahuan Surat Cinta sudah berbalas Cuma masih “malu2” lagi....hehehehehe....Adeh...!

 

“Jika hanya engkau tahu bahawa Cinta Aku adalah tulus dan hanya untuk mu pasti kau tidak akan pernah alihkan pandangan kau dari Ku!”

 

*Untuk Terakhir Kali – Marsha Milan Londo AF


“Mencinta diri mu
Untuk yang terakhir kali ini
Lihat ku di sini
Setia untuk dirimu

Kasih yang ku belai
Gugur selama lamanya
Waktu yang memisah
Menghukum luka yang lama terpendam

Kesuraman yang telah menjelma
Dihujani sedihku
Melarakan kenangan bersama
Di akhir pemergian dirimu

Tinggalah aku menanti
Mimpi yang indah kan mewarnai hati

Hanyalah dirimu
Yang bertakhta di jiwa ku dulu
Tak rela meninggal suci kasihmu itu
Bersemadi cinta ku disini
Biar mekar mengharumi
Andai ada masa kan ku temu.. Kasih”


*Tips

JANGAN pandang kat MARSHA tu yang sampaikan!!! (Saya telah cuba buatkan unuk kita sama2 renungi muzik video ini! Insyaallah semoga munafaat buat kita semua Amin!)

Jika anda berasa sesuatu bila menghayati Lagu ini maka anda sudah pun masuk ke tahap pertama tanpa anda sedari Insyaallah.....! Dengar dan balikkan kata2 Dia semata....Ya Rahman Ya Rahim

Hakcipta Pusat Rawatan CVT Ilham

Make a free website with Yola